Yoongi memandang lama white board itu. Sesekali,marker pen di tangannya itu dilakarkan pada white board. Dia cuba mencari jawapan bagi soalan matematik yang Mrs.Song bagi. Soalannya nampak ringkas saja,tapi nak keluarkan jawapannya itu pecah kepala dibuatnya. Memerlukan jalan kira yang berjela jela. Hampir 10 minit Yoongi berada di situ.
"Ok,nampaknya Yoongi tak dapat jawab soalan ni. Ada saper volunteer nak jawab soalan ni?" soal Mrs.Song.
Semua students hanya diam tak terkutik.
"Saya!" Jin mengangkat tangannya dan bingkas bangun dari kerusi. Terus dia mara ke hadapan dan mengambil marker pen dari Mrs.Song. Hanya beberapa minit saja,Jin berjaya menyiapkan soalan tersebut.
Mrs.Song meneliti satu persatu jawapan yang ditulis oleh Jin itu. Terbit segaris senyuman lebar di bibir wanita itu.
"Bagus Jin! Semua jawapan yang kamu tulis tepat," puji Mrs.Song mengangkat thumbus. Jin tersenyum,menggaru garu kepalanya yang tidak gatal.
"Saya bangga dengan pencapaian kamu sekarang Yoongi. Kamu seorang yang bijak. Jadi tak heran,nama kamu menduduki tempat pertama dalam ujian lepas. Syabas!" tambah Mrs.Song lagi. Yoongi yang mendengar kata kata Mrs.Song terus mencerlung tajam pada Jin. Marker pen di tangannya digengam erat sampai menjadi sedikit kemek. Dia rasa betul betul tercabar. Kedudukannya yang selalu saja berada di tempat pertama setiap kali exam dah dirampas oleh Jin.
"Ok,kamu semua salin jawapan yang Jin tulis ni," arah Mrs.Song.
"Yoongi,Jin....kamu boleh balik ke tempat kamu,"
Yoongi dengan selamba melanggar bahu Jin kasar.
* * * *
Sejak Jung Kook takde,Jin keseorangan. Selalunya Jung Kook yang akan teman Jin makan ketika waktu rehat. Tapi semua tu,dah takde.
Selesai membayar makanan di kaunter,Jin cuba mencari tempat duduk. Malangnya,kebanyakan kerusi kerusi dan meja sudah penuh. Jin terpandang ke arah meja BTS. Terdapat sebuah kerusi kosong di situ.
Jin terpaksa buat muka tak malu menghampiri meja BTS. Dia sedia maklum yang sejak Jung Kook kemalangan,dia dipalaukan oleh BTS.
"Boleh tak aku duduk kat sini," kata Jin. Ahli ahli BTS yang sedang rancak berbual tadi terus jadi sunyi dengan kehadiran Jin.
"Boleh! Duduklah!" balas Taehyung,tersenyum sinis.
"Terima kasih Tae," Jin meletakkan bekas makanannya ke atas meja. Baru saja dia ingin melabuhkan punggungnya ke atas kerusi,Taehyung pantas menarik kerusi tersebut. Jin jatuh terduduk menghempas lantai. Ahli ahli BTS yang lain tidak henti henti menggelakkannya.
Namjoon mengambil bekas makanan Jin dan mencampaknya tepat mengenai muka Jin. Baju Jin menjadi kotor.
"Kau perlu sedar,kau tak layak untuk bersama kitorang. Kau tu pembunuh," kutuk Taehyung. Jin tidak melawan,sebaliknya dia terus bangun dan meninggalkan cafe.
"Korang semua,aku sakit perutlah. Aku nak pergi tandas kejap," kata Hoseok,meninggalkan meja menuju ke tandas.
* * * *
"Apa salah aku sampai diorang semua layan aku teruk macam tu sekali," Jin menangis teresak esak. Hatinya cukup sakit dengan apa yang Taehyung lakukan padanya tadi. Dia dilayan seperti sampah busuk.
YOU ARE READING
7 REASONS WHY▶KSJ
Teen FictionKematian Jin yang membunuh diri di dalam bilik air betul betul mengejutkan BTS. Namun,selepas beberapa hari BTS menerima satu bungkasan yang berisi 7 buah pita suara dan yang paling mengejutkan mereka pengirim bungkusan tersebut adalah Kim Seok Jin...