CHAPTER 20

488 58 5
                                    

Dari cermin kecil pada pintu bilik rawatan,Jin dapat melihat Minra terbaring lemah di atas katil,sedang dirawat oleh dua orang jururawat dan seorang doktor perempuan pertengahan usia. Tadi masa dia nak balik ke rumah,lepas habis kerja-hujan lebat sangat time tu. So,Jin hentikan sekejap motornya di bus stop untuk berteduh. Kebetulan ada seorang perempuan kat situ,berpeluk tubuh kerana kesejukan. Rupanya Minra. Bila dia tegur Minra,Minra tiba tiba je pengsen. Dia terus minta bantuan dan bawa Minra ke klinik.

Kreekk! Bunyi pintu ditolak terus buat Jin bingkas bangun dari kerusi. Dia bergegas pergi mendapatkan doktor yang merawat Minra tadi.

"Perempuan tu,dia ok kan doktor?"

"She's fine. Dia cuma kesejukan, tu yang sampai pengsan. But nasib baik awak cepat cepat bawak wife awak ke sini,kalau tak ia akan beri effect pada kandungan isteri encik,"Jin jadi keliru. Kandungan? Apa maksud doktor tu?

"Kandungan?"soal Jin blur.

"Yes. Ohh,encik tak tahu lagi la ni,isteri encik mengandung 2 bulan. Tahniah,"ucap doktor tersebut,tapi langsung tak bagi reaksi yang ceria untuk Jin seperti suami suami yang lain-bila tahu isteri mengandung,terus excited gila. Correction yang akak doktor,Minra bukan bini saya.

"Takpelah encik,buat masa sekarang ni isteri encik tak boleh balik lagi,tunggu bila dia sedar and dia betul betul sihat dulu baru boleh keluar. Ermm,kalau encik nak tengok isteri encik sekarang pun boleh.....silakan ye,"pelawa doktor tersebut lalu membawa langkahnya pergi meninggalkan bilik rawatan.

Entah,Jin speechless dengan berita yang disampaikan oleh doktor tadi. Minra mengandung? Mengandungkan anak saper? Haishh,pening dibuatnya. Lagipun hampir sebulan jugak Jin tak jumpa Minra. Mungkin banyak perkara yang berubah pada Minra tanpa pengetahuannya,
memandangkan apa yang Minra buat pun Jin dah tak ambil tahu.

Lagipun,Minra sendiri yang mengakhiri hubungan mereka.

Jin masuk ke dalam bilik itu. Dia berdiri di sisi Minra. Wajah gadis itu ditatap lama. Masih tetap cantik,tipulah dia cakap kalau perasaan sayang pada Minra itu dah takde. Hatinya,hatinya masih tetap ada Minra.

"Minra....,"tangan Minra diraih,digenggam erat. Rasa sejuk seperti ais.

"Anak tu,anak Jimin ke?"soal Jin,rasa kecewa mula menyelubungi hati. Kalau tu anak Jimin,tapi mana Jimin sekarang? Jimin sepatutnya yang berada di sini.

Jin lepaskan tangan Minra. Dia mula membuka langkah menjauhi katil itu.

"JJJINN!"suara halus itu tiba tiba menyapanya. Kaki Jin terus melekat pada lantai,langkahnya terhenti.

"Jin,awak ke tu?"

Seketika kemudian,Jin menoleh ke belakang.

"Minra!"

*    *    *     *

"Kitorang....dah terlanjur,"

"Saya dah tak tahu nak buat apa sekarang. Jimin pulak tak nak bertanggungjawab. Anak dalam perut ni anak dia. Saya buntu Jin,benda ni terlalu berat untuk saya tanggung sorang diri,"Minra meramas rambutnya. Nampak kusut dan serabut.

"Sabar ye Minra. Taehyung....Taehyung kan adik awak. Dia kena tahu tentang keadaan awak ni,"

"No,Taehyung dah buang saya. Kalau dia tahu saya mengandung,tentu dia lagi benci saya. Tolong saya Jin,saya dah takde saper saper lagi dalam hidup saya,"Minra menangis teresak esak,buntu dengan situasi yang sedang dia alami sekarang. Terlalu berat,terlalu perit. Lelaki hanya tahu rosakkan perempuan,bila nafsu sudah dipuaskan,tidak semua lelaki tahu bertanggungjawab,malah perempuan yang lemah ini ditingggalkan begitu saja.

7 REASONS WHY▶KSJWhere stories live. Discover now