Stray berisi nasi goreng dan susu panas itu ditantang dengan berhati hati lalu diletakkan di atas katil.
"Minra,makan,"Jin ceduk sedikit nasi goreng yang masih panas itu dengan sudu. Kepala sudu dihalakan ke arah mulut Minra.
"Saya suapkan ye,"Minra menggeleng,enggan membuka mulutnya.
"Makanlah,nanti sakit perut tu bila kosong," Minra geleng lagi kepalanya.
"Jin...apa yang awak dapat dengan layan saya macam ni?"soalan itu yang Minra ajukan. Jin terdiam seketika. Lama anak matanya memandang ke dalam mata Minra. Kemudian,Jin gelak kecil.
"Awak dah banyak tolong saya Jin. Selama ni,selama saya kenal awak.....saya dah sia siakan awak. Walau keadaan saya buruk macam ni,awak tetap terima saya,"kata kata Minra buat Jin jadi sebak. Jin cuba tahan air matanya dari keluar. Dia genggam erat tangan Minra. Kemudian tubuh Minra ditarik ke dalam pelukannya.
"Tak payah ungkit semua tu. Saya dah lupakan pun. Yang penting sekarang awak kena kuat. Walau apa apa pun jadi pada awak,saya sebagai sahabat awak takan pernah tinggalkan awak,"balas Jin. Minra senyum tawar. Jin,bagi Minra Jin hanya seorang sahabat. Cinta? Perasaan tersebut sukar untuk dia zahirkan dalam hati,walaupun dia tetap mencuba. Tapi,hatinya ada pada orang lain bukan pada lelaki di hadapannya itu. Betul orang cakap cinta kita tak boleh paksa,sebab perasaan itu lahir dengan sendiri. Beberapa kali jugak Minra paksa dirinya,paksa untuk menerima Jin dalam hidupnya,namun ruang di hatinya belum ada.
"Mian Jin....mian,aku tak boleh,aku tak boleh sayang kau seperti aku sayang Jimin,"bisik hati Minra.
* * * *
Sebulan kemudian,
"Minra,belum siap lagi ke? Malam ni kan Minra ada dinner dengan Jin. Kenapa tak siap lagi ni?"Jin Hye menolak sedikit pintu bilik Minra. Kelihatan Minra hanya duduk termenung di atas kerusi memandang cermin solek.
"Ahh,unnie! Minra tak tahu nak pakai baju apa?"balas Minra sambil garu garu kepalanya yang tak gatal.
"Ni,Jin ada beli kan kamu baju. Dia suruh unnie bagi kamu. Dia nak tengok kamu pakai baju ni malam ni,"Jin Hye serahkan paper beg di tangannya itu pada Minra. Minra menyambut dengan senyum. Paper beg tersebut dibuka,ada sehelai gaun putih di dalamnya.
"Cantiknya!"puji Minra. Gaun tersebut nampak bersinar,dengan taburan berlian dan manik manik kecil di sekelilingnya.
"Unnie tengok adik unnie tu suka sangat kat kamu. Tengok lah,selama kamu tinggal kat sini,dia jaga kamu dengan baik. Ermm,Minra.....unnie harap kamu tak sia sia kan dia,"Minra diam,jarinya sesekali melilit pada tali paper bag. Wajah ditunduk memandang lantai.
"Unnie betul betul harap kamu hargai dia dan....terima cinta dia,"
"Tapi...."
"Jin tu satu satunya adik unnie. Kalau boleh unnie nak dia bahagia dengan perempuan pilihan dia ni,"Jin Hye tepuk bahu Minra perlahan. Minra anggukkan kepalanya secara paksa rela.
"Kamu cepat cepat bersiap ye,kejap lagi nanti Jin balik kerja dia dah janji nak bawa kamu date,"Jin Hye cuit bahu Minra.
"Ahh nae!"Minra lekas bangun. Ambil tuala pada palang dan mengatur langkah ke bilik air.
"Minra,tolong jangan hampakan Jin ye,"itu kata kata terakhir Jin Hye sebelum wanita itu keluar dari bilik tersebut.
* * * *
YOU ARE READING
7 REASONS WHY▶KSJ
Teen FictionKematian Jin yang membunuh diri di dalam bilik air betul betul mengejutkan BTS. Namun,selepas beberapa hari BTS menerima satu bungkasan yang berisi 7 buah pita suara dan yang paling mengejutkan mereka pengirim bungkusan tersebut adalah Kim Seok Jin...