"Jimin,please ambik saya sekarang,"Minra terus matikan talian. Dia buntu,entah apa yang dia buat ini betul ataupun salah,dia tak dapat nak bezakan. Tambahan pula,tadi mentah mentah dia tolak Jin. Dia betul betul rasa bersalah,dan selepas perkara tadi berlaku dia malu dan bersalah untuk bersemuka dengan Jin lagi.
Minra ambil beg pakaiannya dari bawah katil. Semua bajunya dalam almari dia sumbat masuk ke dalam beg. Gaun yang dia pakai pun turut sama dia tanggalkan dan pakaikan tshirt labuh dan jeans. Cuma satu di fikiran Minra sekarang-dia nak keluar dari rumah ni.
"Aikk Minra,awalnya kamu balik? Mana Jin? Kenapa bawak beg beg pakaian semua ni?"Jin Hye muncul di muka pintu bilik Minra.
"onni,terima kasih sebab onni dah bagi Minra tumpang kat sini. Minra harap,onni halalkan semua makan minum Minra,"balas Minra,menggapai tangan Jin Hye dan menciumnya.
"Apa yang dah berlaku ni Minra?"Jin Hye bingun. Lengan Minra dipegang erat. Dia perlukan penjelasan. Seketika kemudian,kedengaran deruan enjin kereta di luar rumah.
"No! Minra tak boleh nak explain sekarang. Takpelah,Minra kena pergi. Jimin dah tunggu Minra kat luar,"
"Wait. Jimin lelaki yang dah rosakkan kamu tu ke? Kamu nak pergi mana ni Minra? Tunggulah Jin balik dulu. Kalau Jimin apa apakan kamu macam mana?"Jin Hye cuba halang.
"Ehh kau tak faham bahasa ke. Aku cakap aku nak keluar dari rumah ni sekarang. Jangan masuk campur hal aku boleh tak and jangan cuba halang apa yang aku nak buat. Kau...kau dengan adik kau sama sama bodoh,bengap"tengking Minra terus merentap tangannya dari pegangan Jin Hye. Jin Hye terkesima dengan tindakan kasar Minra itu.
Minra berjalan keluar dari rumah dan menuju ke kereta Jimin. Jin Hye cuba mengejarnya.
"Gerak sekarang!"arah Minra pada Jimin dan Jimin terus memecut keretanya pergi.
* * * *
"Apa yang istimewa sangat pada betina tu hah. Selama ni,kamu jaga dia baik baik,bagi dia makan dan sekarang ni yang dia balas pada kamu. Boleh pulak dia tinggalkan kamu dan pergi ikut jantan yang dah rosakkan dia tu. Memang perempuan murahan,perempuam takde maruah,"Jin Hye naik angin dibuatnya lepas Jin ceritakan semuanya yang berlaku. Jin hanya diam di atas sofa. Matanya merah,mungkin banyak menangis.
"Lepas ni kamu tak payah cari dia lagi. Dasar tak kenang jasa langsung. Noona nak kamu lupakan dia. Dia tu tak layak dan tak sesuai untuk kamu,"Jin Hye berleter panjang. Jin pula bisu,kaku. Hatinya terlalu sakit,perit dengan apa yang dah Minra lakukan padanya.
Jin terus peluk Jin Hye erat sambil menangis teresak esak. Dia tak kuat. Hatinya terlalu hancur,pecah berkecai.
"Kamu sabar ya. Tak payah lagi kamu fikir pasal dia,"Jin Hye cuba tenangkan Jin.
* * * *
Jimin tundukkan tubuhnya,duduk melutut di hadapan Minra sambil memegang erat kaki gadis itu.
"Give me a second chance. I tahu I salah. Masa you mengandung dulu,I tinggalkan you macam tu je padahal tu pun anak I,"Jimin mengeluh,disusuli dengan esak tangisannya.
"Benda dah lepas,tak payah ungkit,"balas Minra sambil memegang wajah Jimin. Air mata Jimin yang keluar disapu dengan jarinya.
"I nak tebus semua salah dan dosa I pada you. I nak hidup bahagia dengan you. You tinggal dengan I ye. I janji I akan jaga you baik baik. Lagipun,I dah plan nak kahwin dengan you nanti,nak bina sebuah keluarga yang bahagia,"Jimin menabur janji,janji yang hanya manis di mulut,sekadar untuk menjerat hati Minra semula. Laju Minra mengangguk,seakan ada harapan untuknya. Dan memang itu yang dia harapkan-hidup bahagia dengan orang yang paling dia cinta;Park Jimin. Ya,hanya Jimin sorang je dan bukannya Jin.
YOU ARE READING
7 REASONS WHY▶KSJ
Teen FictionKematian Jin yang membunuh diri di dalam bilik air betul betul mengejutkan BTS. Namun,selepas beberapa hari BTS menerima satu bungkasan yang berisi 7 buah pita suara dan yang paling mengejutkan mereka pengirim bungkusan tersebut adalah Kim Seok Jin...