"Tolongla boss, saya perlukan sangat duit tu. Saya tak kisah kalau boss tak nak bayar gaji saya pun untuk beberapa bulan ni. Oke, saya akan keje tanpa bayaran gaji untuk 3 bulan asalkan boss bagi saya pinjam duit. Saya betul betul perlukannya,"Jin merayu rayu pada Encik Park. Encik Park menghela nafas berat sambil mengetuk hujung pen pada atas meja. Berat juga dia nak turuti permintaan Jin tu. Jin sedang betul betul terdesak sekarang. Dia perlukan duit untuk bayar kos rawatan dan ubat ubat Minra. Kalau tak Minra takan sembuh.
"Lima ribu tu terlalu banyak Jin," Tuan Park menggeleng kepalanya, membuatkan Jin jadi hampa. Bosnya itu la salah sorang yang boleh dia mintak tolong sekarang, tapi nampak gayanya dah macam samar samar.
"Tuan tolonglah,"Jin merayu lagi.
"Saya perlukan duit tu untuk bayar kos perubatan kawan saya. Dia tengah sakit sekarang. Kalau rawatan tu tak dijalankan, dia boleh ma........"Jin tak sanggup nak teruskan kata katanya. Terus terbayang wajah Minra yang sedang tenat. HIV yang Minra hidap meningkat ke stage ketiga, menandakan peluang Minra nak sembuh tu tersangatla tipis. Tapi Jin tetap nak cuba. Dia nak Minra sembuh, sihat seperti sedia kala.
"Jin, saya betul betul tak boleh tolong awak. Bukan apa, sejak dua bulan kebelakangan ni prestasi kerja awak merosot teruk. Awak kerap ambik cuti tanpa apa pun sebab, kadang kadang tu awak tak datang keje lebih dari seminggu. Lepas tu hari hari awak masuk kerja lambat, curi curi balik awal dan awak asyik termenung dan langsung tak layan pelanggang kita. Sampai costumer dah complaint tentang keje awak. Costumer pesan menu lain awak bagi makanan lain. Jung Kook dah laporkan semuanya pada saya,"balas bosnya itu tidak nampak untuk berkopromi lagi dengan Jin memandangkan Jin pun langsung tak bagi respon positif bila dia berkali kali diberi amaran. Semua orang pun ada masalah, tapi kena la pandai handle. Ni tak, masalah tu sampai melibatkan dan menjejaskan prestasi kerja. Tu yang buat Encik Park naik angin.
"Takpelah kalau Boss tak boleh bantu saya. It's okay," Jin mengangkat punggung dari kerusi.
"Jin wait!"Encik Park sempat menahannya sebelum dia keluar.
"Jung Kook cadangkan saya buka iklan jawatan kosong untuk gantikan tempat awak. Kalau saya dapat jumpa pekerja yang bagus dalam masa terdekat ni, saya rasa awak dah boleh resign. I dont need you anymore. Sebab awak terlalu bermasalah sekarang. Saya nak awak rehat, tenangkan fikiran dan cuba selesaikan masalah awak tu,"kata kata Encik Park terus menyebabkan Jin menepuk meja dengan kuat. Tajam matanya memandang Encik Park. Tergamak kan.
"Kalau macam tu takpelah, tak payah tunggu. Sekarang jugak saya boleh berhenti. Tu yang boss nak kan. Ok fine, Saya resign sekarang jugak. But saya nak gaji saya untuk bulan ni,"balas Jin menanggalkan tag namanya dan meletakkan di atas meja Encik Park. Puas hati? Oke Jung Kook kau menang kali ni.
"Gaji penuh saya tak boleh bagi. Saya hanya boleh bagi separuh je. Saya terpaksa potong gaji awak berdasarkan hari hari yang awak ambil cuti," Tuan Park serahkan sehelai envelope kepada Jin. Jin merentap sampul itu kasar dari tangan Encik Park dan terus berlalu keluar dari situ.
Kat luat office Encik Park tu bukan main lagi Jung Kook mengintai ngintai dan cuba mencuri dengar perbualan Jin dan Encik Park. Bila terserempak dengan Jin, terus Jung Kook buat selamba bodohnya itu macam takde apa pun yang jadi. Pandai ko berlakon kan Jung Kook.
"Intai apa?"soal Jin mengetap gigi geram.
"Takde apa. Saja je lalu kat sini. Tak boleh ke,"balas Jung Kook bersahaja. Jin gelak kecil.
"Boss dah buang aku. Dan aku ucapkan banyak banyak terima kasih sebab kau dah berjaya hasut boss dan yakinkan boss supaya buang aku. Seriuosly kau memang hebat Jung Kook. Kau boleh dapat anugerah kawan tikam kawan,"Jin menyindir. Jung Kook membalas dengan senyum lebar. Senyuman kemenangan.
YOU ARE READING
7 REASONS WHY▶KSJ
Teen FictionKematian Jin yang membunuh diri di dalam bilik air betul betul mengejutkan BTS. Namun,selepas beberapa hari BTS menerima satu bungkasan yang berisi 7 buah pita suara dan yang paling mengejutkan mereka pengirim bungkusan tersebut adalah Kim Seok Jin...