CHAPTER 10

677 96 12
                                    

"Party kita dah selesai. So,korang semua boleh balik. And last sekali,aku nak ucapkan selamat datang pada ahli baru kita,Kim Seok Jin," kata Yoongi memeluk bahu Jin. Mereka yang lain memberikan tepukan. Namjoon dan Taehyung tayang muka tak ikhlas. Jung Kook berasa lega kerana kehadiran Jin dalam BTS diterima oleh semu ahli kumpulan.

"Korang semua,aku balik dulu ye. Aku nak pergi farmasi kejap. Nak belikan ubat untuk omma aku," Jung Kook meminta diri untuk pergi. Dia mengambil begnya. Zip begnya ditarik. Tangannya meraba raba barang di dalam beg,mencari dompetnya. Tapi takde. Jung Kook meraba raba poket seluarnya pula. Tetap juga takde.

"Kenapa ni Jung Kook?" soal Taehyung melihat wajah Jung Kook nampak cemas.

"Dompet aku hilang!"

"Hilang!? Macam mana boleh hilang pulak. Mungkin tercicir kot," Taehyung buat ekspresi muka terkejut. Padahal dia lah dalangnya.

"Masa aku datang sini tadi,aku yakin yang aku letak dompet aku dalam beg ni. Tapi sekarang dah takde," mata Jung Kook nampak merah. Duit untuk dia beli ubat ubat ommanya berada di dalam dompet tersebut. Semua barang di dalam begnya dikeluarkan.

"Mungkin ada orang dah curi dompet kau. Aku rasa,pencuri tu mungkin salah sorang daripada kita semua. Memang takde hati perut langsung," giliran Namjoon pula membawa peranan menjayakan rancangan jahat Taehyung.

"Biar aku check beg korang," Namjoon merampas keempat empat beg milik Yoongi,Hoseok,Jimin dan Jin. Beg beg tersebut diperiksa satu persatu.

"Jumpa pun! Beg saper ni!" Namjoon mengangkat beg berwarna biru itu.

"Beg....aaaku!" Jin terketar ketar mara ke hadapan Namjoon. Terpamer riak terkejut di wajah Jung Kook.

"Hhyung kke yanng cuuri dommpet Jung Kook," memang susah Jung Kook nak percaya.

"Eh sial,kau ni memang jenis kawan makan kawan eh. Sanggup kau curi dompet Jung Kook," Namjoon membaling kasar beg tersebut ke arah Jin.

"Sumpah,bukan aku yang curi dompet Jung Kook. Aku tak buat semua ni. Jung Kook,percayalah hyung," Jin cuba mempertahankan kebenarannya.
Tangan Jung Kook diraih. Terus Jung Kook menepis tangan Jin kasar. Tubuh Jin ditolak menjauhinya.

"Jung Kook tak sangka hyung sanggup khianat Jung Kook. Mulai hari ni,kita bukan lagi sahabat," Jung Kook terus berlalu keluar.

"Perangai kau ni sama macam setan. Kau tak layak nak masuk group kitorang," bidas Taehyung.

Jin abaikan saja kata kata Taehyung. Dia bingkas bangun dan cuba mengejar Jung Kook.

Dari jauh,Jin melihat Jung Kook sedang melintas jalan. Jung Kook mengesat air matanya yang keluar. Tanpa dia sedar,sebuah van sedang meluru laju ke arah Jung Kook.

"Jung Kook!" jerit Jin laru terus berlari mendapatkan Jung Kook. Dia melintas jalan dan terus menarik belakang Jung Kook menjauhi van tersebut. Jung Kook terpelanting ke pinggir jalan. Kepala Jung Kook terhantuk pada tiang lampu jalan. Jung Kook rebah dengan kakinya berlunjur ke hadapan. Kebetulan sbuah motosikal meluru laju ke arah Jung Kook. Penunggang motosikal tersebut tidak sempat menekan brek untuk memberhentikan motosikalnya. Motosikal itu menggilis kedua dua belas kaki Jung Kook. Jung Kook menjerit kesakitan. Darah merah bersepah di atas tar jalan. Jung Kook terkulai layu di situ tidak sedarkan diri.

"Jung Kook!" kawan kawan Jung Kook terus memapah tubuh Jung Kook.

"Tae,call ambulans sekarang," jerit Jimin. Jung Kook cedera parah terutamanya di bahagian kakinya.

Jin cuba menghampiri Jung Kook.

"Ni semua salah kau. Kalau jadi apa apa pada Jung Kook,kau tunggulah balasannya," Taehyung menolak Jin kasar.

"Maafkan hyung Jung Kook! Maafkan hyung. Mianhei," jerit Jin menangis teresak esak.

*    *    *    *

Jung Kook dibawa ke hospital dan sekarang sedang menjalani rawatan di dalam bilik kecemasan. Puan Jeon dan Encik Jeon mundar mandir di luar bilik tersebut. Risau dengan keadaan anak sulung mereka itu. Ahli ahli BTS yang lain turut berada di situ.

Jin hanya mampu melihat dari jauh. Tadi,dia kena halau dengan Encik Jeon dan Puan Jeon. Keluarga Jung Kook menyalahkannya di atas semua yang berlaku pada Jung Kook. Jin tahu,dia telah diperangkap. Dompet Jung Kook tu,bukan dia yang curi.

Jin meramas rambutnya. Wajahnya ditekup. Dia melepaskan tangisan kecil.

*    *    *    *

Doktor lelaki yang merawat Jung Kook keluar dari bilik rawatan. Puan Jeon dan Encik Jeon lekas mendapatkan doktor tersebut.

"Macam mana dengan keadaan anak saya doktor?" soal Puan Jeon.

"Anak Puan cedera teruk. Kedua dua kakinya patah. Kepalanya mengalami pendarahan yang serius. Buat masa sekarang,anak Puan mungkin akan koma untuk beberapa bulan," terang doktor tersebut.

Lutut Puan Jeon menjadi lemah. Wanita itu rebah di atas lantai dengan tangisan sayu.

"Anggap je ini ujian buat kita. Kita kena sabar. Saya yakin,Jung Kook akan selamat," Encik Jeon cuba menenangkan isterinya itu. Satu lagi ujian datang menimpa keluarga malang itu. Nak tak,mereka terpaksa tabah.

"Ni semua salah budak tu. Budak tu cuba nak bunuh anak kita! Budak patut mati je!" bentak Puan Jeon,berasa begitu marah pada Jin.

*    *    *    *

Bila memastikan ahli ahli BTS tiada di luar bilik Jung Kook,Jin keluar dan mendekati pintu bilik tersebut. Melalui cermin kecil pada pintu tersebut,Jin mengamati Jung Kook yang berada di dalam bilik. Jung Kook terlantar lemah di atas katil,bergantung hidup dengan bantuan alat pernafasan. Kepala dan kakinya berbalut. Di sebelah Jung Kook,ommanya sedang tidur. Mungkin kepenatan menguruskan anaknya itu.

Jin hanya mampu melihat Jung Kook dari situ. Nak sangat dia masuk ke dalam bilik tersebut untuk minta maaf pada Jung Kook. Tapi apakan daya,di mata Puan Jeon,dialah yang pembunuh yang dah cederakan Jung Kook.

"Maafkan Hyung Jung Kook. Maafkan hyung. Hyung janii hyung akan tebus semua salah hyung pada Jung Kook,"kata Jin bersama linangan air mata yang keluar dari tubir matanya. Jujur,dia tak kuat dengan semua ni.

Jin perlahan lahan meninggalkan bilik tersebut. Dia tak henti henti berdoa supaya Tuhan masih panjangkan hayat Jung Kook. Dia tak nak hilang Jung Kook.

7 REASONS WHY▶KSJWhere stories live. Discover now