CHAPTER 32

203 41 1
                                    

Keluar dari kereta, Jung Kook memapah Taehyung masuk ke ruang tamu. Dia menjatuhkan Taehyung ke atas sofa. Dengan keadaan kaki kiri Jung Kook cedera ditikam pisau, terkinja kinja dia berjalan dengan sebelah kaki ke dapur untuk mendapatkan sebesen air, tisu, ubat luka dan kain.

Dia duduk membersihkan luka di pelepis pahanya. Banyak darah yang keluar dari tikaman luka yang agak dalam menampakkan daging. Mungkin perlu dijahit seeloknya. Dia tidak terfikir mahu ke klinik sekarang untuk dapatkan rawatan.

Mukanya pedih berkerut menyapu air di tempat luka. Basahan air dikeringkan dengan tuala. Kemudian disapu sedikit ubat lalu dibalut kemas dengan kain.

Jung Kook jugak tolong bersihkan tangan Taehyung yang berlumuran darah dan sisa sisa kaca. Bagi Taehyung selesa.  Bau hanyir darah mencucuk hidung membuatkan tekak terasa loya.
Dia tanggalkan pakaian Taehyung yang terpalit darah Jin-Hye dan gantikan dengan tshirt dan seluar baru.

Tuala dibasahkan untuk diletakkan di atas dahi Taehyung sementara menunggu lelaki itu sedar.
Seketika, Jung Kook terbaring kepenatan di lantai. Sebelah tangan melapik bawah kepala. Jantungnya masih menendang dada dengan laju. Rasa sengal dan pedih di kaki mencucuk terasa hingga ke tempurung kepala. Dia cuma berehat sekejap, menenangkan diri yang masih trauma dengan apa yang berlaku.

Taehyung dah bunuh Jin-Hye untuk selamatkan nyawa Jung Kook.  Jiran jiran akan jumpa mayat Jin-Hye yang mati dengan perut terburai ditikam tak lama lagi. Polis akan segera menyiasat dan mencari bukti yang ditinggalkan pembunuh. Jung Kook yakin dia dan Taehyung tinggalkan cap jari di sekitar mayat Jin-Hye. Berdasarkan bukti bukti itu, pihak polis membuat ujian dna dan akan menjejak suspek. Cepat atau lambat, mereka bakal diburu polis nanti. Ini buatkan Jung Kook tak tenang.

Terus dia bangkit dari pembaringan. Langkahnya perlahan diatur. Setiap kali dia cuba bergerak, luka kakinya terasa makin terkoyak luas, lagi menyakitkan. Dia tetap menggagahkan diri memanjat satu persatu anak tangga. Darah dari luka menitik dari celahan balutan kain.

Masuk ke dalam bilik, Jung Kook ambil dua beg pakaian—satu beg diisikan dengan pakaiannya dan satu beg lagi untuk pakaian Taehyung. Dia dan Taehyung perlu tinggalkan rumah mereka paling lewat pun sebelum matahari pagi menjengah hari esok. Dia pandang jam dinding. Pukul 1 pagi. Mereka cuma ada sedikit masa sekarang untuk melarikan diri.

Selepas itu, dia turun semula ke ruang tamu sambil memikul satu beg di atas bahu, satu lagi diheret. Dia nampak Taehyung dah sedarkan diri, statik di atas sofa. Taehyung menggamit kedua dua belah tangannya dengan muka keliru sebelum memandang Jung Kook dengan mata berkaca. Bibir Taehyung menggigil dan seluruh tubuhnya bergetar seperti dibalut kesejukan atau ketakutan.

"Tae...kau ok?"gumam Jung Kook menapak ke arah Taehyung lebih dekat.

"Aku dah bunuh Jin-Hye kann?" Taehyung menekup muka dan kedengaran tangisannya yang teresak esak.

"Tae...better kita..."

"AKU PEMBUNUH! AKU DAH BUNUH PEREMPUAN TU,"dia menjerit dan mengepal tangan memukul kepalanya sendiri. Jung Kook terus menangkap tubuh Taehyung dalam pelukannya. Tangan Taehyung digenggam kejap. Dia menolak kepala Taehyung ke dadanya. Tshirt yang dipakai Jung Kook teras basah menyerap air mata hangat Taehyung. Taehyung berhenti agresif, beransur ansur tenang menerima belaian lembut Jung Kook.

Jung Kook jadi sebak. Kenapa Taehyung? Kenapa tidak dia yang mati dan selepas itu segalanya akan ternoktah. "Kau tak salah Tae. Kau cuba selamatkan aku. Aku terhutang nyawa dengan kau,"ujar Jung Kook,"seraya mengesat air mata di pipi Taehyung. Setidaknya dia kena kuat ketika diri Taehyung sedang lemah. Mereka saling membahagi kekuatan dan melindungi satu sama lain. Kerana itu utuhnya persahabatan mereka.

7 REASONS WHY▶KSJWhere stories live. Discover now