Jin berada di satu tempat yang penuh dengan air di sekelilingnya seperti dia sedang tenggelam di dalam laut. Peliknya,walaupun dia tak pandai berenang,elok je dia boleh bernafas dengan teratur.
Dia mengamati sekelilingnya. Hanya pemandangan warna biru gelap.
"Jin!"satu suara halus mendayu dayu memanggil namanya. Jin berenang di sekeliling,cuba mencari pemilik suara itu.
"Jin!"
"Jin!"
"Tolong saya!"
Dia nampak satu tubuh berada tidak jauh darinya. Jin berenang ke arah tersebut.
"Minra!"
Ya,yang dia nampak sekarang adalah Minra. Minra meronta ronta tidak boleh bernafas,tangannya terkapai kapai. Gelembung udara keluar dengan banyak dari mulut dan lubang hidungnya. Tubuh Minra semakin tenggelam ke bawah,ke dasar laut yang di bawahnya sangat gelap dan hitam. Dan Minra sedang menuju ke arah sana,bagaikan daya graviti sedang menariknya dengan kuat.
"Jin!"jerit Minra cuba menggapai tangannya ke arah Jin.
"Tolong saya!"Minra lemas. Anggota tubuhnya dah tak bergerak. Keras,kejung.
"Minra!"Jin terus berenang mendapatkan Minra. Dia gapai tangan Minra,sekuat tenaga dia cuba Menarik tubuh Minra ke atas. Namun,ia terlalu berat sampai Jin pun hampir tertarik sama ke bawah sana.
"Saya akan selamatkan awak Minra! Saya akan selamatkan awak,"jerit Jin,mengerah tenaganya untuk sedaya upaya menarik Minra. Semakin ditarik tubuh Minra ke atas,semakin kuat tenaga yang berlawanan arah menarik Minra ke bawah menentang khudrat Jin dan mereka berdua sedang bergerak menghampir dasar berwarna hitam itu. Sekeliling sudah semakin menjadi gelap. Genggaman tangan Jin semakin lemah pada tangan Minra. Minra pula nampak dah tak bernyawa. Tautannya kian longgar,dan Jin terpaksa melepaskan tangan itu.
"Minra!"jerit Jin. Minra terus tenggelam ke bawah,hilang ditelan kegelapan.
* * * *
"Minra!"Jin bingkas bangun dengan nafas tercunggap cunggap ,jantung di dalam tubuh berdegup dengan sangat laju. Peluh sejuk membasahi rambut dan seluruh mukanya terasa basah lencun.
"Aku mimpi dia!"Jin tekup kedua dua belah tangannya pada muka. Peluh peluh itu dikesat. Nafas panjang ditarik lalu dihembus perlahan. Dia cuba untuk menenangkan dirinya. Dah seminggu Minra tinggalkannya,dan dalam tempoh itu dia dapat mimpi yang sama,berulang ulang di mana dia berada di dalam laut,tenggelam dan Minra lemas. Dia dapat ingat dan bayangkan dengan jelas sebab mimpi tu mimpi yang sama dia alami bila dia tidur.
"Apa petandanya?"Jin pegang kepalanya erat. Umbu umbu rambut diramas kuat.
"Kenapa aku susah sangat nak lupakan kau,"bisik Jin. Ya,memang dia berusaha cuba untuk lupakan Minra. Tapi bagi Jin ia terlalu susah,sangat payah sebab dia tak dapat nak lenyapkan kewujudan Minra dan perasaanya sendiri.
Jin turun dari katil,keluar dari biliknya dan pergi ke sebuah bilik kosong yang pernah Minra diami dulu. Pintu bilik itu dikuak. Jin pandang bilik itu lama,terasa Minra masih ada di situ,ya terasa Minra sangat dekat dengannya.
"Kau kena lupakan dia Jin. Kau tak boleh macam ni. Minra dah tinggalkan kau. Dia tak cintakan kau pun,"hatinya berbisik.
Bilik itu kosong.
Sunyi.
Sepi.
Gaun putih yang Minra pakai sewaktu mereka keluar hari tu terletak elok di atas katil. Jin ambil gaun itu,ditelekapkan pada hidungnya. Harum bau Minra masih kuat melekat pada gaun itu.
Air matanya terus mengalir keluar. Cepat cepat Jin kesat dengan jarinya. Dah banyak dia menangis,kali ni tak. Dia dah penat. Bukannya air mata ini akan bawa Minra balik semula kepadanya."Jin,kamu buat apa kat sini?"suara Jin Hye menegur Jin air belakang. Jin menoleh. Jin Hye sedang berdiri bercekak pinggang di muka pintu. Jin cepat cepat menyorokkan gaun itu ke dalam bajunya.
"Takde apa. Saja nak tengok tengok bilik ni,"
"Dah berapa kali Noona cakap tak payah masuk bilik ni lagi. Dah,cepat keluar sekarang. Noona nak kunci bilik ni,"balas Jin Hye menayang satu anak kunci di tangannya.
"Takpelah. Nanti Jin tolong kuncikan,"
"Tak payah. Kamu sorokkan apa kat dalam baju kamu tu,"
"Takde apa pun,"Jin geleng kepalanya. Habislah,Jin Hye dah tahu.
"Ingat Noona tak nampak ke. Bak sini baju tu,"
"No. Takde apa pun yang Jin sorokkan,"
"Stop it Jin. Buat apa lagi nak ingat perempuan tak guna tu. Lupakan dia,"Jin Hye terus rampas dress tersebut dari Jin dan keluar dari bilik.
"Noona nak buat apa dengan baju tu? Bagi baju tu balik!" Jin kejar Jin Hye yang laju menuju ke dapur. Baju tersebut Jin Hye gumpal dan letakkan di atas dapur gas. Dia hidupkan dapur gas,dan biarkan api membakar baju tersebut. Puas hati Jin Hye. Ya,dia akan berusaha lenyapkan apa apa pun yang berkaitan dengan Minra. Taklah adiknya tu terus jadi angau.
"Apa noona buat ni?"tengkin Jin cuba dapatkan baju yang dah separuh hangus tu tapi Jin Hye halang.
"Lupakan dia! Lupakan dia. Noona nak sebut nama dia pun noona rasa jijik,"
"Jin masih sayang Minra!"
"Noona dah tak tahu apa dah jadi pada kamu ni. Betina tu senang senang je perbodohkan kamu and kamu boleh cakap kamu sayangkan dia. Kenapalah adik Noona ni bodoh sangat. Noona peninglah dengan kamu ni. Now,don't mention her name anymore,"marah Jin Hye.
Jin diam.
Gaun tersebut dah sepenuhnya jadi abu.
* * * *
Orang sekeliling pandang Minra semacam,ada yang menggelakkanya,ada yang mengambil gambarnya. Minra menekup tubuhnya yang tanpa seurat benang dengan dua tangannya sendiri.
"Kenapa dengan minah tu bogel kat tempat awam ni?"
"Perempuan gila tu!"
"Haisyy,ni mesti pelacur!"
"Aigoo,anak omma cepat tutup mata!"
Minra hanya mampu tebalkan mukanya dengan jelingan dan kata kata kesat orang di sekitarnya terhadapnya. Ada yang melebalkan Minra gila dan bila Minra cuba mendekati mereka,mereka menjauhi Minra dan mengusirnya.
Minra ambil sehelai surat khabar lusuh yang di atas jalan dan tutup bahagian tubuhnya yang dia rasa sangat perlu ditutup.
"Ahjumma,saya lapar. Boleh saya mintak makanan sikit!"kata Minra pada seorang ahjumma yang menjual buah.
"Eeuwww,aku takde makanan. Dah,berambus! Berambus dari sini. Puii,kotor,"ahjumma tersebut meludah di hadapan Minra tanda jijik.
"Saya betul betul lapar. Dari semalam lagi saya tak makan. Tolonglah bagi saya makanan,"Minra cuba ambil sebiji buah epal ahjumma itu. Ahjumma tersebut terus memukul tangan Minra dengan penyapu lidi.
"Baik kau berambus sekarang sebelum aku buat report polis. Berambus lah babi!"maki ahjumma tersebut lalu melemparkan sampah ke arah Minra. Orang ramai pun sama,ada yang baling batu pada Minra sampai Minra luka luka. Minra terpaksa berundur dan lari.
Perut Minra sudah berkeriut berbunyi,minta diisi dengan makanan. Kebetulan ada tong sampah berdekatannya,Minra terus menuju ke arah tersebut. Tong sampah itu digeledah. Ada jugak sisa sisa makanan basi yang boleh dia makan. Bau busuk sampah terpaksa dia tahan,asalkan perutnya kenyang. Sampah sampah yang dia jumpa sekarang dapat mengalas perutnya.
Minra duduk bersandar pada tong sampah. Air mata yang keluar dikesat,hari ini semuanya berubah baginya. Hari ni baru sehari,dan bagaimana dengan hari hari yang mendatang yang terpaksa dia tempuhi dengan keadaan macam ni.
"Aku....aku dah tak kuat,"Minra menangis teresak esak. Dia rasa betul betul menyesal dengan apa yang dia buat dan inilah padah yang terpaksa dia tanggung.
"Jin....tolong aku. tolong aku. Aku perlukan kau,"Dengan apa yang dah berlaku,Minra yakin tiada lagi Jin yang akan ada untuknya kala dia susah. Ya,dia sangat perlukan Jin sekarang.
* * * *
YOU ARE READING
7 REASONS WHY▶KSJ
Teen FictionKematian Jin yang membunuh diri di dalam bilik air betul betul mengejutkan BTS. Namun,selepas beberapa hari BTS menerima satu bungkasan yang berisi 7 buah pita suara dan yang paling mengejutkan mereka pengirim bungkusan tersebut adalah Kim Seok Jin...