CHAPTER 1

1.4K 212 46
                                    

Rumah dua tingkat itu menjadi tumpuan orang ramai. Jiran jiran yang berdekatan, juga orang luar yang kebetulan lalu lalang berkumpul di hadapan luar pagar rumah tersebut. Suasana kecoh. Mereka berebut rebut cuba untuk melihat apa yang terjadi pada rumah yang digemparkan dengan kehadiran polis dan ambulans pagi itu. Masing masing kalut mengeluarkan telefon untuk menangkap gambar dan merakam video untuk disebarkan di media sosial. Begitulah tugas wartawan tak berbayar.

Anggota polis memasang pita berwarna kuning merentangi sekeliling rumah memandangkan keadaan menjadi bertambah sesak dan tak terkawal.

Jung Kook, Taehyung, Namjoon, Jimin, Yoongi dan Hoseok berhimpit himpit dalam kesesakkan manusia. Mereka tiba di rumah itu selepas mendapat tahu berita kematian Jin yang tular di internet. Budak budak kolej kecoh buat andaian Jin mati bunuh diri.

"Bagi laluan! Bagi laluan!" Anggota polis menghadang beberapa orang wartawan yang memenuhi pintu masuk bagi memberi laluan kepada tiga orang paramedik mengusun keluar mayat Jin untuk dimasukkan ke dalam ambulans. Mayat Jin akan dihantar ke hospital untuk prosedur bedah siasat.

Mayat Jin dibungkus sepenuhnya dalam beg plastik hitam. Menurut pakar forensik, Jin mati kerana mengelar kedua dua pergelangan tangannya di dalam tab bilik mandi. Dia kehilangan banyak darah dan ditemuai selepas sejam oleh Jin-Hye iaitu noona Jin. Malang sekali, mereka tidak dapat menyelamatkan Jin.

"Jin! Jin! Andwae, jangan tinggalkan noona! Jin-ahh!"Jin-Hye mengejar ambulans yang meluru laju meninggalkan rumahnya. Jung Kook terus pergi mendapatkan Jin Hye yang jatuh terduduk di atas jalan. Lutut dan tapak kaki Jin Hye luka kerana bergeser dengan tar jalan. Dia memapah tubuh Jin Hye supaya bangun. Jung Kook sebak melihat wanita itu tak henti henti menangis.

"Noona sabar ye!" Jung Kook cuba memujuk Jin Hye. Dia memimpin Jin Hye masuk ke dalam rumah. Orang ramai beransur ansur beredar selepas pihak polis dan ambulans pergi.

"Jin dah takde Jung Kook! Jin dah takdeee!" Jung Kook pinjamkan bahunya untuk Jin Hye. Dia melurut belakang tubuh Jin Hye. Tanpa sedar air mata Jung Kook sendiri mengalir keluar.

* * * *

"Namjoon boleh tak kau bawak aku pergi hospital,"Jung Kook pandang Namjoon dengan muka penuh berharap. Namjoon diam dan cuma buat bodoh pandang stereng kereta. "Yang kau ni beriya sangat kenapa? Kau pergi sorang jelah jalan kaki. Aku tak nak ikut. Kitorang takde kena mengena dengan dia pun kan,"balas Namjoon. Jung Kook malas nak gaduh dengan Namjoon, terus dia keluar dari kereta Namjoon dan tahan sebuah teksi untuk membawanya ke hospital.

"Hoi, takan kau nak biarkan Jung Kook pergi sorang diri. Kau follow dia cepat,"marah Hoseok.

"Habiskan minyak kereta aku je la sial! Buang masa,"Namjoon berdegil.

"Ok, aku bayar minyak kereta kau yang berapa sen sangat tu. Kau hantar aku dengan Hoseok pergi hospital,"Yoongi meletakkan sejumlah duit di dashboard. Laju Namjoon hidupkan enjin kereta. Dia memandu mengekori teksi yang dinaiki Jung Kook.

Jimin dan Taehyung tak ikut sekali, terus balik ke kolej. Taehyung malas nak ambik tahu apa apa pun pasal Jin. Lantak la Jin nak mati sekalipun. Lagi dia bahagia.

"Kau mesti happy kan Jin tu dah mati,"kata Jimin ketika sedang fokus memandu.

"He deserved it,"Taehyung menyalakan rokok. Sebatang rokok turut diberikan kepada Jimin.

"Aku still suspicious lagi ni. Aku syak kau yang dibunuh dia, buat buat macam dia bunuh diri. Tak gitu Tae?"Jimin gelak kecil.

"Hahaha so kau tuduh aku la. Aku memang nak dia cepat cepat mati but bukan aku yang gi bunuh dia. Semalam aku stay dengan korang sepanjang hari kan. Kau rasa, tuduhan kau tu betul ke?"balas Taehyung.

7 REASONS WHY▶KSJWhere stories live. Discover now