POV AUTHOR
"Kita kena tunggu Dongyul bertindak sebelum kita laksanakan mission ni". Jin mengurut lembut dagunya.
Fikirannya jadi bercelaru selepas dapat tahu Dongyul telah pun membeli senjata api. Nampaknya lelaki tu memang nak Jungkook mati.
"Kau ada kenalan rapat yang pandai menyamar?" soal Jungkook pada Jin setelah lama dia mendiamkan diri atau lebih tepat berfikir.
Jin memandang Jungkook sambil mengerutkan keningnya. Apa rancangan lelaki ni?
"Bukan apa, aku cuma rasa kita perlukan seseorang yang handal dalam penyamaran" kata Jungkook. Jin mengangguk perlahan. Dia kenal seorang yang handal dalam penyamaran.
"Aku ada sorang kawan. Dia polis dekat balai polis Daegu yang memang khas ditugaskan dalam misi penyamaran".
Jin mencapai telefon di dalam poket lalu mendail nombor seseorang. Dia menjauhkan diri dari mereka untuk membuat panggilan itu. Sudah menjadi kebiasaan untuk pihak polis supaya perbualan mereka tidak dicuri dengar oleh orang lain.
Jungkook dan Youra menanti dengan penuh sabar. Setelah selesai berborak Jin kembali berjalan mendekati mereka berdua.
"Dia on the way" kata Jin sekali gus membuntangkan mata Jungkook dan Youra. Dari Daegu ke Seoul jauh tuh!
"Dari Daegu?" soal Youra.
"Tak, dia ada dekat Seoul. Ada urusan yang perlu dia selesaikan". Jungkook dan Youra mengangguk tanda faham.
"Apa plan kau Kook?" soal Jin. Dia masih lagi tertanya-tanya dengan rancangan Jungkook. Jungkook tersenyum penuh makna.
••••••••••••
"Maaf lambat" kata seorang lelaki berambut merah yang baru sahaja tiba di pintu wad sambil termengah-mengah mencari nafas.
"Boleh ke polis rambut merah?" bisik Youra pada Jungkook di sebelahnya. Jin yang terdengar soalan yang diacukan oleh Youra itu tergelak kecil.
"Dia kan selalu menyamar. Jadi memang dia perlu tukar-tukar warna rambut supaya orang susah untuk cam dia" terang Jin.
Youra membulatkan mulutnya seperti O. Dia merenung lelaki di hadapannya itu tanpa berkelip.
Secara tiba-tiba matanya ditutup oleh seseorang menggunakan tangan. Youra berpaling menghadap Jungkook di sebelah yang menutup matanya itu.
"Jangan pandang lama sangat" kata Jungkook. Matanya menjeling tajam wajah Youra. Nada suaranya kedengaran seperti sedang cemburu.
Youra tergelak kecil melihat perangai Jungkook itu. Ini kali pertama dia nampak lelaki itu cemburu.
Lelaki berambut merah tadi berjalan mendekati mereka bertiga. Dia mengangkat sebelah tangannya bagi menyapa Jungkook dan Youra.
"Taehyung" katanya memperkenalkan diri. Jin menjemput Taehyung duduk di sebelahnya.
"Asal ni?" soal Taehyung pada Jin sambil jari telunjuknya dihalakan pada Youra memandangkan baju hospital masih lagi tersarung di tubuh gadis itu.
"Stabbed" balas Jin. Taehyung mengangguk faham.
Jungkook dan Youra memperkenalkan diri mereka pada Taehyung.
"So apa cerita?" soal Taehyung. Mereka bertiga mula menerangkan segalanya pada Taehyung. Lelaki itu kelihatan tekun mendengar segala yang diceritakan itu.
YOU ARE READING
SILENT IN LOVE | JJK ✔️
FanfictionJeon Jungkook seorang lelaki yang berubah 100% setelah kematian ayahnya bertemu dengan Choi Youra seorang gadis ceria dan suka melakukan benda pelik . Siapa tahu Jeon Jungkook mula menyukai gadis yang dikatakan pelik itu tanpa dia sedari . [i choo...