12 -freedom

113 14 1
                                    

POV AUTHOR

Sebaik sahaja Taehyung dirawat di dalam kereta polis. Jungkook berjalan mendekati Youra yang mengasingkan diri daripada yang lain untuk mencari ketenangan.

Sejujurnya, Youra menjadi trauma selepas kejadian tadi. Namun dia hanya mendiamkan diri supaya Jungkook tidak merisaukannya.

Youra juga agak terpukau melihat cara Jungkook berlawan tadi. Tidak langsung terlintas dalam kepalanya bahawa lelaki ini berilmu dalam seni mempertahankan diri.

"Hey" sapa Jungkook. Youra menoleh dan tersenyum. Hatinya menjadi lebih tenang saat Jungkook memunculkan diri.

"Hey"

"Fikir apa?" soal Jungkook. Wajahnya kekal tiada reaksi. Jungkook masih cuba untuk berlagak cool dihadapan Youra. Sedangkan Youra sudah kenal dengan lelaki di hadapannya ini.

"Takde apa" balas Youra sambil tersenyum nipis.

Jungkook mendekati gadis itu. Dia memerhati keadaan sekeliling terlebih dahulu sebelum pinggang Youra dirangkul kemas.

Youra yang terkejut dengan tindakan Jungkook itu mengetap bibirnya akibat malu. Jungkook tersengih kecil. Geli hatinya melihat gadis itu menahan malu.

"We're free now" kata Jungkook dengan lembut. Youra menghadiahkan Jungkook senyuman yang paling manis.

"Yeah.. Thanks to you" balas Youra. Hidung mancung milik Jungkook dipicit sambil ketawa.

"Jadi.. Urm.. Should we live together? I mean..". Jungkook kelihatan malu untuk menyatakan hasratnya yang satu itu.

"Are you trying to propose me?" soal Youra yang sedang menahan tawanya.

"Yeah.. Kind of" balas Jungkook sambil memandang ke arah lain.

"No taknak". Balasan Youra membuatkan Jungkook tersentak. Youra turut cuba untuk melepaskan diri dari rangkulan Jungkook.

"Kenapa pulak?" soal Jungkook yang sememangnya pelik dengan perangai Youra. Jungkook melepaskan tangannya dari pinggang Youra.

"Awak confessed dekat saya hari tu simple sangat!" marah Youra. Sengaja dicebikkan bibirnya seperti budak kecil.

Sejujurnya Youra bukanlah jenis perempuan yang memerlukan semua ni. Dia hanya mahu melihat reaksi Jungkook apabila dia berperangai begini.

"Simple?" soal Jungkook kerana tidak memahami apa yang Youra maksudkan.

"Yeaa simple. Kalau Jimin dengar cara awak confess mesti dia pun gelak" balas Youra. Dia menyilangkan tangannya lalu memeluk tubuh. Jungkook menggosok tengkuknya. Dia perlu buat sesuatu supaya Youra menerima lamarannya.

Melihat Jungkook yang sudah seperti cacing kepanasan, tawa Youra akhirnya meletus keluar.

Jungkook memandang gadis ini dengan dahi yang berkerut.

"Saya gurau je lah" kata Youra setelah tawanya berakhir. Jungkook melepaskan nafas lega. Tangannya naik mengusap dada.

Namun di dalam fikiran Jungkook, dia tetap memikirkan satu cara untuk melamar Youra dengan cara yang lebih romantik.

Disebabkan dia tidak pernah menjalinkan hubungan. Jungkook tidak berapa bijak dalam perkara begini.

"Urgh". Jungkook memegang kepalanya apabila kepalanya terasa sangat sakit. Wajah Youra di hadapannya kini menjadi kabur sebelum pandangan bertukar gelap.

••••••••••••

"Jungkook!" teriak Youra. Air matanya sudah mula bertakung saat cecair merah pekat mengalir keluar dari kepala Jungkook.

SILENT IN LOVE | JJK ✔️Where stories live. Discover now