POV YOURA
Aku meliarkan mata mencari kelibat Park Jimin. Dah lah dia suruh aku naik bas lepastu dia pulak yang lambat.
"Weh!" tegur Jimin dari belakang. Hampir sahaja aku menghempuknya menggunakan batu yang aku kutip di tepi jalan tadi. Jangan tanya kenapa aku kutip batu di tepi jalan secara tiba-tiba.
"K-kau asal pegang batu ni?" soalnya dengan riak wajah yang cuak.
"Untuk hempuk kepala orang yang tak reti nak tegur elok-elok" marah aku. Perlahan-lahan Jimin mengambil batu yang berada di tangan aku lalu mencampaknya ke tepi. Risau pulak ada pembunuhan berlaku akibat dihempuk batu.
"Dah jom lah" kata aku apabila Jimin masih kekal berdiri tegak.
"Kejap tunggu Jungkook" kata Jimin ringkas dan dapat membuatkan mata aku terbuntang.
"Kau ajak Jungkook?!" soal aku dengan suara yang ditinggikan.
"Haah, tak suka ke?" soal Jimin sambil tersenyum sinis.
Aku menjeling Jimin yang masih tersengih nakal. Pandangan dialihkan ke sebelah kanan. Dapat aku menangkap satu figura lelaki yang memakai jaket kulit hitam berjalan ke arah kami.
"Ha tu Jungkook!" teriak Jimin lalu berlari ke arah Jungkook. Aku hanya mengikutnya dari belakang.
"Hey bro" sapa Jimin pada Jungkook. Jungkook hanya menghadiahkan senyuman senget. Mata Jungkook dihalakan ke arah aku sekejap sebelum dia menundukkan pandangannya.
"Hello" sapa aku. Nak tunggu Jungkook yang tegur memang tidak lah. Jungkook hanya mengangguk sedikit kepalanya membalas sapaan aku. Wahh diani memang sentiasa dingin eh?
"Jom jom" kata Jimin memecah kesunyian. Kami mengangguk dan mengikut langkah Jimin menuju ke keretanya.
Setelah tiba di lokasi. Kami turun daripada kereta. Bangunan megah di hadapan menangkap pandangan aku.
"D-cube City Mall" kata Jimin secara tiba-tiba. Aku dan Jungkook mengalihkan pandangan ke arahnya.
"Banyak-banyak tempat, sini je kau bawak?" kata aku sambil menyilangkan tangan memeluk tubuh.
"Okay lah tu. Kau pernah pergi ke mall ni? Tak kan.. Ha jadi aku bawak lah pergi sini" kata Jimin. Jungkook kekal mendiamkan diri.
"Kau pernah pergi ke Jungkook?" soal Jimin pada rakannya itu. Jungkook berpaling menghadap Jimin lalu mengangguk perlahan.
"Tak mungkin la aku tak pernah pergi mall Uncle aku sendiri" balas lelaki itu selamba yang kemudian mengalihkan semula pandangannya ke arah bangunan di hadapan kami ini. Tiada langsung nada bongkak dalam suaranya tadi walaupun perkara itulah yang seharusnya dibanggakan.
Aku dan Jimin saling berpandangan. Malah Jimin sendiri tidak tahu D-cube City Mall ini milik Uncle Jungkook.
Aku memerhati Jungkook yang sudah bergerak meninggalkan kami. Tujuan untuk mengenali lelaki ini dengan lebih dalam semakin terasa.
••••••••••••
Setelah puas kami menjelajahi semua tingkat shopping mall ini. Jimin membuat keputusan untuk mengisi perut yang dari pagi masih belum diisi. Kami bergerak menuju ke Foodcourt.
"Korang pergi lah pilih makanan dulu. Aku jagakan meja" kata Jimin pada aku dan Jungkook. Kami berdua mula melangkah meninggalkan Jimin seorang diri.
"Kau nak makan apa?" soal Jungkook pada aku. Mata diliarkan memerhati setiap gerai yang ada di situ. Terlalu banyak pilihan makanan sampai tak tahu nak makan apa.
YOU ARE READING
SILENT IN LOVE | JJK ✔️
FanficJeon Jungkook seorang lelaki yang berubah 100% setelah kematian ayahnya bertemu dengan Choi Youra seorang gadis ceria dan suka melakukan benda pelik . Siapa tahu Jeon Jungkook mula menyukai gadis yang dikatakan pelik itu tanpa dia sedari . [i choo...