04 -drunk

160 19 1
                                    

POV AUTHOR

Semua mata dihalakan pada lelaki itu. Dia mula berasa tidak keruan dan berjalan meninggalkan kedai. Jimin meraup wajahnya sambil mengeluh kasar.

"Korang semua boleh balik awal hari" kata Jimin yang masih menutup mukannya menggunakan kedua belah tangannya.

"T-tapi kenapa boss?" soal salah seorang pekerja Jimin.

"Aku nak tutup cafe" kata Jimin lagi sebelum melangkah keluar dari bilik CCTV. Jungkook dan Youra saling berpandangan.

Jaehyun berlari mengejar abangnya diikuti oleh mereka berdua.

"Abang" panggil Jaehyun. Jimin menarik nafas panjang sebelum menoleh memandang adiknya.

"Aku mintak maaf" kata Jaehyun. Kepalanya ditundukkan. Jungkook hanya memerhati mereka berdua. Perasaan simpati mula terasa.

Jimin dan Jaehyun hanya tinggal berdua memandangkan ibu dan bapa Jimin sudah lama meninggalkan mereka.

"Bukan salah kau lah. Dah pergi balik rumah. Nah kunci rumah. Jangan melencong pergi tempat lain" kata Jimin sambil menggosok kepala Jaehyun. Jaehyun sudah pun mengalirkan air mata.

Melihat kesengsaraan dua beradik ini membuatkan Jungkook berasa tidak puas hati dengan lelaki tadi.

Jungkook dengan pantas berjalan keluar dari cafe. Lelaki tadi perlu terima balasannya.

"Jungkook!" panggil Youra. Jungkook menoleh ke arahnya seketika sebelum meneruskan langkah dan menghiraukan Youra.

"Awak nak pergi mana?" soal Youra. Jungkook tidak membalas pertanyaan Youra malah menyelinap masuk ke dalam kereta. Tiba-tiba pintu sebelah turut dibuka oleh seseorang.

Jungkook memandang Youra yang sudah pun melabuhkan punggung di kerusi sebelahnya dengan pandangan pelik.

"Aku nak cari lelaki tadi lah. Kau tak payah lah ikut" marah Jungkook sambil memandangnya malas.

"Awak nak buat apa cari dia balik?" soal Youra tanpa bergerak walau seinci.

"Balas dendam" kata Jungkook dengan tenang. Dia mula menghidupkan enjin keretanya.

"Jangan buat kerja gila eh!" marah Youra. Jungkook memandang gadis itu dengan dahinya yang berkerut.

"Apa benda yang gilanya? Cuba kau bagitahu aku" kata Jungkook sambil memusingkan tubuh sepenuhnya menghadap Youra. Youra hanya mendiamkan diri atau lebih tepat dia sedang berfikir.

"Perniagaan Jimin akan merosot. Kita kena tolong dia" sambung Jungkook lagi. Dia mula menekan pedal minyak dan menggerakkan keretanya.

"Saya ada idea" kata Youra secara tiba-tiba. Jungkook memandangnya sekilas sebelum kembali memandang jalan di hadapannya. Dalam fikiran Jungkook tertanya-tanya apa idea yang dimaksudkan.

••••••••••••

Seperti yang dijangka, selama 2 minggu ini cafe milik Jimin kosong. Pelanggan yang datang hanya 2 atau 3 orang sehari. Perniagaannya merosot selepas kejadian itu.

Dalam sosial media juga sudah ramai yang mengata buruk tentang cafe Jimin. Walaupun Jungkook dan Youra sudah memberitahu perkara yang sebenar menggunakan account palsu mereka. Tetapi masih ramai yang tidak percaya dan terus menghina.

"Tch! Tengok orang ni! Dia cakap saya bodoh" marah Youra. Jungkook yang mendengar aduan Youra hanya mampu bersabar. Dia juga turut dapat banyak kutukan akibat cuba mempertahankan kedai milik kawannya itu.

SILENT IN LOVE | JJK ✔️Where stories live. Discover now