POV AUTHOR
Youra berjalan masuk ke dalam kedai runcit berdekatan rumahnya sambil merungut. Ommanya menyuruhnya membeli barang dapur ketika dia sedang bermimpikan Lee Jong Suk.
"Haih bad timing la omma ni" rungut Youra dalam hati. Dia memberikan jelingan pada penjual kedai runcit itu sebelum bergerak ke bahagian bahan dapur.
Youra mencapai segala bahan yang ommanya suruh beli lalu berjalan menuju ke kaunter dengan segera. Dia nak sambung tidur dekat rumah!
Dalam tergesa-gesa itu, Youra terlanggar seorang lelaki yang baru sahaja masuk ke dalam kedai itu. Youra mendongak melihat lelaki itu akibat tinggi mereka yang berbeza.
Penampilan lelaki itu yang hanya memakai hoodie berwarna hitam sambil menutup kepalanya meragukan Youra.
Mata Youra menangkap tattoo yang terukir jelas pada lengan kiri lelaki itu. Tattoo tersebut menggambarkan sekuntum bunga yang Youra sendiri tidak pasti namanya berwarna hitam pekat.
"Maaf" ucapnya perlahan. Kepalanya kekal ditundukkan. Dia tidak langsung bertembung mata dengan Youra.
Tanpa sempat Youra berkata apa-apa, lelaki itu mula melangkah masuk ke dalam kedai. Youra mula menghiraukannya. Selesai membayar, gadis itu mula melangkah pergi.
••••••••••••
Jungkook yang sedang fokus pada pemanduannya mengeluh perlahan. Sejak dua menjak ini, ommanya sentiasa mencarinya untuk memohon maaf.
Sudah banyak kali juga Jungkook kata bahawa dia sudah maafkan ommanya. Cuma dia tidak mahu ommanya menjaga dan mengambil berat tentangnya lagi.
Its beautiful life~
beautiful day~
no ye gi o ge so ne~
ga sal ten de~Telefon yang berdering minta diangkat dipandang sekilas. Jungkook kemudian mencapai telefonnya yang diletakkan di kerusi penumpang di sebelahnya.
"Helo?" sapa Jungkook apabila orang yang melefonnya itu tidak bersuara.
"Oh jadi ini lah suara Jeon Jungkook..". Terselit tawa sinis di hujung ayatnya. Jungkook mengerutkan kening bingung.
"Siapa ni?" soal Jungkook. Lelaki yang menelefonnya itu kemudian tergelak besar.
"Aku akan dapatkan balik hak aku" katanya dengan suara yang amat mengerunkan. Jungkook langsung tidak terkesan dengan ayat serupa ugutan itu. Tetapi Jungkook hanya berasa tercabar dengan gelakkan sinis lelaki itu.
"Kau siapa sebenarnya? Hak apa yang kau cakap ni?" soal Jungkook dengan suara yang mula meninggi.
"Nanti kau akan tahu jugak". Sempat dia mentertawakan Jungkook buat kali terakhir sebelum mematikan talian. Jungkook mengabaikan panggilan mengerikan itu. Dia beranggapan orang itu mungkin tersilap nombor.
Lagipun bila difikirkan balik, Jungkook susah hendak bergaul dengan orang. Mana mungkin dia ada musuh yang berdendam sampai begitu sekali?
Telefonnya kembali berdering. Kali ini nama Uncle Joontae terpapar di screen telefonnya.
"Yes uncle?" soal Jungkook terlebih dahulu. Dia berasa teruja kerana Unclenya sudah lama tidak bersembang dengannya.
YOU ARE READING
SILENT IN LOVE | JJK ✔️
FanficJeon Jungkook seorang lelaki yang berubah 100% setelah kematian ayahnya bertemu dengan Choi Youra seorang gadis ceria dan suka melakukan benda pelik . Siapa tahu Jeon Jungkook mula menyukai gadis yang dikatakan pelik itu tanpa dia sedari . [i choo...