POV AUTHOR
3 tahun kemudian..
"Sayang!" teriak Jungkook dari bilik memanggil Youra yang berada di dapur.
"Ish kan saya dah kata jangan buat kerja berat-berat" marah Jungkook. Dia mencempung tubuh Youra lalu meletakkan gadis itu di atas sofa. Youra memandang Jungkook dengan pandangan tidak percaya.
Kandungan Youra telah pun mencecah 9 bulan. Bila-bila masa sahaja dia boleh melahirkan.
"Sayang seriously? Saya basuh pinggan je.. Kerja berat apanya?" soal Youra. Bibirnya dicebikkan.
Jungkook tidak membalas. Dia kemudian mengambil tempat di sebelah Youra. Senyuman senget diberi pada isterinya itu.
"Awak tak kerja ke hari ni?" soal Youra. Kepalanya dibaringkan di atas peha Jungkook. Jungkook menggelengkan kepalanya.
"Kenapa tak kerja?" soal Youra. Sejak dua menjak ini, Jungkook selalu sangat tak datang kerja. Dia beri alasan sebab nak jaga Youra.
"Taehyung dah cover saya dah.. Ala hari ni je..". Jungkook mencebik supaya Youra tidak terus memarahinya.
"Awak tu polis tau. Bila-bila je diorang perlukan awak" kata Youra. Jungkook mengelus rambut Youra dengan perlahan.
"Jadi awak nak saya pergi kerja la ni?" soal Jungkook. Youra terdiam seketika. Jungkook tersenyum. Dia tahu Youra mahu luangkan masa dengannya.
"Takpe sayang.. Kalau Taehyung perlukan saya nanti dia call saya.. Awak jangan la risau.." kata Jungkook. Youra menjeling Jungkook.
Youra kemudian menyembamkan mukanya ke perut Jungkook sambil melingkarkan tangan pada pinggang lelaki itu. Tangan Jungkook setia mengelus lembut rambut Youra.
Jungkook terpilih untuk menjadi salah seorang pegawai polis Daegu. Namun dia tidak mahu meninggalkan ommanya di Seoul.
Jadi Taehyung meminta izin kepada ketua polis Daegu untuk menukarkan dia dan Jungkook ke Seoul. Jin turut membantu sesi penukaran mereka.
Manakala Jimin pula sibuk menyediakan persiapan untuk majlis perkahwinannya yang akan berlangsung minggu hadapan.
"So kita nak buat apa hari ni?" soal Youra. Jungkook meletakkan tangannya di dagu seperti sedang berfikir.
"Apa kata kita pergi tolong Jimin siapkan preperation wedding dia?" cadang Youra. Namun cadangannya ditolak mentah-mentah oleh Jungkook.
"Awak tu tengah sarat tahu kan?"
"Ala saya tak angkat berat-berat pun.. Janji". Youra mengangkat tangannya tanda berjanji. Jungkook mengecilkan matanya. Setuju atau tidak dia terpaksa juga mengikut cakap Youra.
Semakin dekat tarikh untuk Youra melahirkan, makin tak stabil emosi Youra. Gadis itu selalu menjadi marah tentang perkara kecil. Dan waktu malam pula dia akan meminta maaf pada Jungkook sebab memarahi lelaki itu.
Jungkook pada awalnya turut tertekan dengan perangai Youra yang kerap memarahinya tanpa sebab. Kadang-kadang lelaki itu turut dihalau dari bilik kerana Youra tidak tahan dengan bau badan Jungkook. Bukannya busuk pun tapi Youra tetap tidak suka.
Lama kelamaan Jungkook cuba untuk belajar tentang emosi wanita mengandung di Google. Barulah Jungkook dapat memahami kehendak Youra dan menghiburkannya ketika gadis itu sedang marah.
••••••••••••
"Jimin!!" teriak Youra sambil berlari anak masuk ke kawasan rumah Jimin. Tangannya kekal memegang perut bagi menampung perutnya yang sudah terlalu besar itu.
YOU ARE READING
SILENT IN LOVE | JJK ✔️
FanfictionJeon Jungkook seorang lelaki yang berubah 100% setelah kematian ayahnya bertemu dengan Choi Youra seorang gadis ceria dan suka melakukan benda pelik . Siapa tahu Jeon Jungkook mula menyukai gadis yang dikatakan pelik itu tanpa dia sedari . [i choo...