05 -omma

135 17 0
                                    



POV AUTHOR

"Aku tak rasa ni idea yang bagus" kata Jungkook yang sedang memakai costume arnab. Dia memandang Youra yang sedang menahan tawanya dengan tajam.

Dia sendiri tidak pasti sama ada idea mengarut gadis ini memang untuk bantu Jimin atau sengaja hendak mengenakannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dia sendiri tidak pasti sama ada idea mengarut gadis ini memang untuk bantu Jimin atau sengaja hendak mengenakannya.

"Panas lah pakai benda ni" rungut Jungkook lagi. Tiada secalit senyuman pun di bibirnya. Hanya mukanya yang berkerut mampu membuktikan lelaki itu tidak selesa.

"Sabar lah sekejap" kata Youra yang kini sedang menarik perhatian orang untuk masuk ke cafe Jimin.

"Ni kan kedai yang viral tu? Buat malu je" kata seorang perempuan kepada rakannya yang lalu lalang di hadapan cafe Jimin itu.

Mereka menjeling ke arah Jungkook dan Youra dengan pandangan menyampah. Youra mengetap bibir geram. Sengaja diberi senyuman palsu kepada dua gadis itu untuk mengekalkan reputasi cafe Jimin.

"Dah lah aku tak tahan" kata Jungkook yang sudah menitik peluhnya. Jungkook menanggalkan costume yang tersarung di tubuh itu lalu berjalan ke salah sebuah kerusi di luar cafe itu. Peluh dikesat menggunakan lengan baju.

"Haih macam mana ni?" soal Youra yang sudah buntu apabila ideanya tidak berhasil. Jungkook meneguk air mineral di dalam botol yang dibawa bersama.

Dia menjeling Youra dengan pandangan menyampah. Gadis itu yang merancang idea, dia pula yang perlu bersusah payah.

Secara tiba-tiba cafe milik Park Jimin dipenuhi ramai orang. Kebanyakkan perempuan. Jungkook dan Youra tidak dapat berkata apa-apa dengan situasi yang terjadi di hadapan mata ini.

Punyalah mereka bersusah payah beli costume arnab ini. Rupa-rupanya wajah kacak milik Jeon Jungkook sudah mampu menjadi daya tarikan pelanggan.

"Weh kenapa tiba-tiba ramai?" soal Jimin yang baru sahaja tiba di cafenya itu. Dia turut terkejut melihat cafenya dikunjungi ramai. Youra dan Jungkook hanya mampu menggeleng. Mereka masih terkaku melihat situasi yang tidak dijangka itu.

Youra menjeling gadis-gadis yang tersenyum-senyum memandang Jungkook. Sekali sekala mereka melambai dan mengenyitkan mata pada Jungkook.

Jungkook hanya mampu menundukkan badannya sebagai tanda hormat kepada pelanggan. Kalau bukan sebab hendak menjaga nama baik cafe Jimin memang tak dia nak layan perempuan-perempuan gedik itu.

"K-korang rancang semua benda ni ke?" soal Jimin yang mula berasa sebak. Dia sangat terharu apabila Youra dan Jungkook sanggup menolongnya sampai begini sekali.

Youra dan Jungkook memberikan senyuman nipis pada Jimin.

"Huahhh aku sayang korang!!" teriak Jimin lalu menarik mereka berdua ke dalam pelukannya. Air matanya turut mengalir. Sungguh dia sayangkan kawan-kawannya itu.

SILENT IN LOVE | JJK ✔️Where stories live. Discover now