POV AUTHOR
"Heyy lamanya tak jumpa kau" kata Kim Seokjin. Seorang inspektor yang ditugaskan untuk menyelesaikan kes-kes jenayah.
"Kau memang tak professional eh dekat tempat kerja? Macam mana kau boleh take over kes berat do" soal Jungkook. Tetapi dia masih menyambut huluran tangan Jin.
Bukan apa, Jungkook hanya bingung melihat kelakuan Jin yang sedikit kebudak-budakkan berbanding rakan-rakannya yang lain.
Sedangkan rakan inspektornya yang lain sangat professional lebih-lebih lagi di tempat kerja.
Tetapi disebabkan perangai Jin yang kelakarlah membuatkan Jungkook sanggup berkawan dengannya hingga sekarang.
Walaupun rakannya ini seorang yang lucu, lelaki ini sangat berbakat dalam bidang penyiasatan dan pendakwaan.
"Ha apa kes nya?" soal Jin. Dia mula mengambil tempat duduk di kerusinya. Jungkook turut melabuhkan punggung di kerusi hadapan meja pejabat Jin.
"Kau kena tolong aku hyung" kata Jungkook. Dia mula menceritakan segalanya pada Jin. Jin menganggukkan kepalanya perlahan. Sesekali dia turut terkejut dengan cerita yang diceritakan oleh Jungkook itu.
"Kereta kau ada berdekatan tempat kejadian?" soal Jin. Jungkook menganggukkan kepalanya mengiyakan. Memang benar keretanya berada berdekatan dengan tempat kejadian.
"Kereta kau ada dashcam?" soal Jin lagi. Sekali lagi Jungkook menganggukkan kepalanya.
"Bagi aku tengok" kata Jin. Jungkook mengeluarkan telefonnya lalu membuka aplikasi yang berhubung dengan dashcam-nya. Dia menghulurkannya pada Jin.
"Okay aku dah dapat" kata Jin. Suaranya sedikit tinggi akibat teruja. Jelas di camera, wajah lelaki yang menyerang mereka itu terpapar. Jungkook mengemam bibirnya. Memang betul wajah itulah yang dia nampak.
"Tadi kau cakap kau ada nampak muka suspek kan?" soal Jin.
"Ya" balas Jungkook ringkas.
"Memang betul dia?" soal Jin lagi sambil menunjuk wajah lelaki tadi menggunakan jari telunjuknya. Jungkook mengangguk lagi.
Menggunakan segala peralatan eletronik di balai polis itu, dengan sekelip mata mereka dapat mengesan biodata ringkas tentang lelaki itu dengan hanya menggunakan gambar lelaki itu.
"Yoongi" panggil Jin. Lelaki bernama Yoongi itu mula menghampiri Jin.
"Ye Tuan?" soal Yoongi.
"Tolong saya cari latar belakang lelaki ni" kata Jin sambil menghulurkan biodata lelaki tadi yang sudah pun dicetak.
"Baik tuan" akur Yoongi. Dia kemudian mengorak langkah ke tempatnya semula.
"Apa nama dia?" soal Jungkook pada Jin. Jin menjungkitkan keningnya.
"Siapa? Dia? Oh nama dia Min Yoongi" balas Seokjin selamba. Jungkook mengerutkan kening memandang rakannya itu.
"Bukan dia lah. Aku cakap pasal suspek" balas Jungkook. Suaranya ditekan akibat geram.
"Oh suspek... Nama dia Park Dongyul" balas Jin.
"Kau yakin ke tu nama dia? Kenapa macam nama perempuan?" soal Jungkook. Muka Dongyul yang terpapar di screen telefonnya itu dipandang sekilas.
"Betul lah" balas Jin.
"Dah itu nama yang mak ayah dia bagi. Kau tanya lah mak ayah dia asal bagi nama dia macam perempuan" sambung Jin lagi. Jungkook kekal mendiamkan diri. Malas hendak melayan bebelan Jin itu.
YOU ARE READING
SILENT IN LOVE | JJK ✔️
FanfictionJeon Jungkook seorang lelaki yang berubah 100% setelah kematian ayahnya bertemu dengan Choi Youra seorang gadis ceria dan suka melakukan benda pelik . Siapa tahu Jeon Jungkook mula menyukai gadis yang dikatakan pelik itu tanpa dia sedari . [i choo...