POV AUTHOR
Jungkook berjalan ke wad Youra dengan langkah yang lemah longlai.
"Tuan, Jimin baru je pergi 5 minit lepas sebab dia ada urusan. Dia suruh saya sampaikan maaf dia dekat tuan" kata seorang pengawal yang bertugas pada malam itu.
"Ok". Sepatah sahaja yang dibalas olehnya. Fikirannya terlalu kusut.
"Kau boleh balik" kata Jungkook kepada pengawalnya itu.
"T-tapi kenapa tuan?" soal pengawal itu. Takut pulak dia melihat wajah Jungkook yang sudah seperti orang putus cinta.
"Aku akan jaga Youra malam ni. Kau balik lah. Esok pagi datang balik" kata Jungkook. Tanpa mendengar balasan dari pengawalnya itu, Jungkook terus berjalan masuk ke wad Youra.
Jungkook memerhati tubuh Youra yang membelakanginya. Dia kemudian menyandarkan dirinya pada dinding sambil tangan disilangkan bagi memeluk tubuh.
Youra berdiri lalu mendekati tingkap besar yang memaparkan pemandangan kota Seoul. Dia tersenyum sendiri melihat keindahan dihadapan mata itu.
Tanpa berlengah Jungkook berjalan mendekati Youra. Tubuh kecil gadis itu ditarik lalu dimasukkan ke dalam dakapannya. Jungkook membenamkan wajahnya pada bahu Youra.
"J-Jungkook?" soal Youra yang tersentak dengan perbuatan Jungkook.
"Stay" ujar Jungkook dengan suara yang serak. Tenaganya hilang selepas pulang dari balai polis tadi.
Youra akur dengan kata-kata Jungkook. Dia mendiamkan diri. Langsung tidak bergerak mahupun membalas pelukan jejaka itu.
Selepas beberapa minit mereka kekal dalam posisi begitu, Jungkook meleraikan pelukannya. Wajah Youra ditenung.
"Kenapa ni?" soal Youra. Dadanya berdebar-debar menunggu jawapan dari Jungkook.
"Maafkan aku.. Kau tak sepatutnya terlibat dalam masalah aku" ujar Jungkook perlahan. Dia menundukkan pandangannya sambil mengetap bibir.
"Tak Jungkook. Saya sendiri yang akan libatkan diri saya dalam masalah awak. Saya taknak awak hadap benda ni sorang-sorang". Jungkook mengangkat pandangannya.
Pandangannya yang diberikan pada Youra membuatkan gadis itu tertanya-tanya dengan apa yang ada di dalam fikiran lelaki itu.
"Stop it Youra" kata Jungkook perlahan. Matanya merah. Youra mengerutkan keningnya. Bingung dengan perangai Jungkook malam ini.
"Stop buat aku risaukan kau" ujar Jungkook serentak dengan itu air matanya menitik. Segera Jungkook menundukkan kepala untuk melarikan diri dari pandangan Youra.
"A-aku tak sanggup tengok kau sakit lagi. Tolong lah" rayu Jungkook. Dia kembali menatap wajah Youra.
"Risau?" soal Youra yang langsung tidak dapat menangkap maksud Jungkook.
"Aku suka kau Youra. Aku sayang kau dan aku taknak kau cedera lagi sebab aku"
Akhirnya segala yang dipendam terlepas jua.
Terkesima Youra dibuatnya. Setelah lama Youra mendiamkan diri akhirnya dia membalas kata-kata Jungkook.
"Cuba awak bagitahu saya, macam mana saya nak biar awak hadap masalah awak sorang-sorang kalau saya-" kata-kata Youra terhenti di situ. Dia merenung tepat anak mata Jungkook lalu berjalan mendekati lelaki itu.
"Kalau saya pun sayangkan awak" tuturnya lembut. Jungkook yang setia merenung wajah Youra tidak langsung memaparkan reaksi terkejut. Malah dia kekal merenung setiap inci wajah Youra.
YOU ARE READING
SILENT IN LOVE | JJK ✔️
FanficJeon Jungkook seorang lelaki yang berubah 100% setelah kematian ayahnya bertemu dengan Choi Youra seorang gadis ceria dan suka melakukan benda pelik . Siapa tahu Jeon Jungkook mula menyukai gadis yang dikatakan pelik itu tanpa dia sedari . [i choo...