POV AUTHOR
"Papapa..". Suara kecil Jungra kedengaran di dalam satu ruangan bilik itu menyedarkan Jungkook. Dengan wajah yang mamai, Jungkook bangun dan mendekati katil anaknya yang terletak di sebelah katilnya dan Youra.
"Good morning princess" ucapnya sambil tersenyum manis pada anaknya. Jungra yang sedang menggigit kakinya tergelak kecil akibat teruja melihat wajah bapanya.
"Aii jangan makan kaki" marah Jungkook dengan manja. Tubuh comel Jungra diangkat lalu dibawa ke bawah bersamanya.
Jungkook diberi cuti hari ini. Tetapi bila-bila masa sahaja dia akan diperlukan dan menyebabkan dia perlu sentiasa bersedia.
Kaki melangkah turun ke tingkat bawah untuk mencari isterinya. Jungra yang berada di dalam dukungan Jungkook sedang menghisap jari comelnya.
"Sayang?" panggil Jungkook. Aroma pancake menusuk hidungnya membuatkan langkah Jungkook laju menuju ke dapur.
"Hi, dah bangun?" sapa Youra yang bertungkus lumus menyediakan sarapan untuk mereka. Jungkook tersenyum lalu menganggukkan kepalanya. Teruja lelaki itu apabila bangun sahaja sudah terpampang wajah dua perempuan yang disayanginya.
Jungra kemudian diserahkan ke arah Youra setelah gadis itu selesai menyediakan sarapan. Tangan anaknya yang sudah basah dipenuhi air liur dibasuh.
"Pancake?" soal Jungkook sambil mengangkat sebelah keningnya. Youra tersenyum penuh makna sebelum menganggukkan kepala. Dia tahu Jungkook amat sukakan pancake.
Jungkook dengan teruja mula berlari anak menuju ke meja makan. Namun langkahnya terhenti apabila Youra menahannya.
"Aippp! Dah basuh muka ke belum?" soal Youra dengan nada suara yang sengaja ditegaskan. Jungkook menggeleng perlahan sambil mempamerkan senyuman kekok. Youra meletak Jungra diatas tilam kecilnya yang tersedia di ruang tamu.
"Pergi basuh muka dulu lahh si busuk!" kata Youra sambil menolak tubuh Jungkook ke bilik air. Jungkook mencebik serta merengus geram.
"Mana ada busuk!" marah Jungkook. Namun dia tetap akur mengikut arahan Youra. Youra pula hanya mampu menggeleng melihat perangai Jungkook.
Setelah selesai, Jungkook berjalan mendekati Youra yang sedang menyiapkan pancake untuknya. Pinggang gadis itu dirangkul tanpa izin. Jungkook kemudian menyembamkan muka di atas bahu milik Youra.
"Sayang.. Birthday Jungra minggu depan kan? Nak celebrate tak?" soal Jungkook sambil tersenyum senget. Youra memusingkan tubuh sepenuhnya menghadap Jungkook. Lengan sasa lelaki itu dipegang.
"Boleh ke? Awak kan sibuk kerja. Takpela kalau susah.. Saya faham" balas Youra sambil tersenyum. Dia tahu pekerjaan suaminya itu bukan mudah untuk memohon cuti.
"Pasal kerja saya boleh uruskan.. Yang penting, saya nak Jungra gembira!" kata Jungkook dengan bersungguh-sungguh untuk meyakinkan Youra.
Jungra yang sedang bergolek-golek di atas tilamnya secara tiba-tiba meletuskan tawa. Jungkook dan Youra yang pelik memandang sesama sendiri.
"Kenapa dia gelak?" soal Jungkook pada Youra sambil turut tergelak kecil.
"Tak tahu" balas Youra yang sudah pun berair mata akibat terlalu banyak ketawa.
"Mungkin dia tahu kita tengah bincang tentang dia kot". Balasan Jungkook menambahkan geli di hati Youra.
Jungkook mendekatkan diri dengan Youra. Hidung gadis itu dikucup. Kemudian beralih ke mata dan akhir sekali bibir Youra dicium sekilas.
"Ish Jungra ada lah" marah Youra yang sebenarnya cuba untuk menyorokkannya mukanya yang merah.
"Alah dia bukan nampak pun-". Kata-kata Jungkook terhenti saat dia menoleh memandang Jungra. Jungra sedang merenung mereka berdua dengan wajah tanpa reaksi. Terkaku Jungkook dibuatnya.
YOU ARE READING
SILENT IN LOVE | JJK ✔️
FanfictionJeon Jungkook seorang lelaki yang berubah 100% setelah kematian ayahnya bertemu dengan Choi Youra seorang gadis ceria dan suka melakukan benda pelik . Siapa tahu Jeon Jungkook mula menyukai gadis yang dikatakan pelik itu tanpa dia sedari . [i choo...