POV AUTHOR
"Dah la Kook.. Nak dekat 4 botol dah kau minum ni.. Ayah kau mesti akan sedih tengok kau macam ni.." pujuk Jimin sambil cuba menghentikan perbuatan Jungkook yang masih cuba untuk menuang soju ke dalam cawannya.
Jungkook mengabaikan Jimin di sebelahnya dan sambung meneguk soju. Sekali sekala air matanya yang mengalir hanya dibiarkan. Jimin sudah buntu melihat rakan baiknya itu.
"Nak lagi" kata Jungkook ringkas setelah botol soju keempat sudah habis diminumnya memandangkan Jimin ialah pemilik bar itu.
"Enough Jungkook! Kau ingat buat macam ni boleh kembalikan ayah kau ke?! Jangan jadi bodoh la Jungkook" marah Jimin apabila melihat rakannya itu sudah seperti orang putus cinta.
Ya dia faham perasaan Jungkook yang baru sahaja kehilangan ayahnya semalam, tetapi dia tidak tahan melihat Jungkook begini.
Jungkook menekup wajahnya menggunakan kedua belah tangannya. Dia minum minuman keras ini bukanlah atas kerelaannya. Dia hanya ingin melupakan tentang mendiang ayahnya buat seketika.
"Kau tu good drinker Kook.. Kau minum lah banyak mana pun kau tetap boleh kawal diri kau.. Jadi takde function pun kau teguk berbotol-botol" kata Jimin lagi. Tak sanggup dia melihat rakannya itu bersedih sampai begitu sekali.
Jungkook mengesat air matanya kasar sebelum berdiri untuk melangkah pergi. Sempat dia meninggalkan beberapa wang kertas bagi membayar harga soju yang diminumnya tadi.
••••••••••••
POV YOURA
Kaki melangkah masuk ke dalam bar milik Park Jimin. Jimin ialah salah seorang kawan aku. Kami tidak terlalu rapat, tapi aku sentiasa kongsi masalah dengannya. Kira rapat ke tu?
Aku berjalan mendekati Jimin yang sedang berborak dengan seseorang. Siapa lelaki tu? Jarang pulak aku nampak dia dekat sini.
Lelaki tadi berjalan berselisihan dengan aku. Matanya kelihatan merah dan berair. Ada dua sebab yang berkemungkinan. Sama ada dia mabuk atau...
Menangis?
Aku masih belum mengalihkan padangan dari lelaki itu sehingga dia hilang dari pandangan aku. Bahu dijungkit sedikit sebelum aku kembali melangkah ke arah Jimin. Bukan hal aku untuk ambil tahu berkenaan lelaki tadi. Banyak lagi perkara yang perlu aku buat dan salah satunya adalah mengisi perut yang sudah bergendang.
"Wassup" sapaku dan mengambil tempat duduk di kerusi yang sama lelaki tadi duduk. Jimin hanya menjungkitkan keningnya beserta dengan senyuman nipis bagi membalas sapaan aku.
"Asal tuh?" soal aku apabila aku sedar Jimin kelihatan risau dengan lelaki tadi. Inilah Choi Youra. Kata saja tidak mahu masuk campur urusan lelaki tadi. Ini dia sendiri yang membuka mulut menyoal.
"Takde apa lah" balas Jimin. Aku mencebikkan bibir sambil menjelingnya.
"Dia minum semua ni?" soal aku setelah melihat 4 buah botol soju yang sudah kosong. Mata aku terbuntang ketika Jimin menganggukkan kepalanya menjawab soalan aku.
"Sumpah la?" soal aku lagi meminta kepastian. Sukar untuk percaya. Lebih-lebih lagi lelaki itu kelihatan normal! Langsung tidak nampak tanda dia sedang mabuk.
"Dia memang macam tu.. Dia takkan mabuk teruk punya ah.. Kau jangan la risau sangat.." kata Jimin. Kening aku berkerut lalu memberi jelingan tajam pada Jimin.
"Bila masa pulak aku risau". Aku mendengus geram. Suka hati je pakcik ni.
"Youra kau boleh tolong aku tak?" soal Jimin. Aku hanya menganggukkan kepala perlahan. Jarang budak ni minta tolong baik-baik.
YOU ARE READING
SILENT IN LOVE | JJK ✔️
FanficJeon Jungkook seorang lelaki yang berubah 100% setelah kematian ayahnya bertemu dengan Choi Youra seorang gadis ceria dan suka melakukan benda pelik . Siapa tahu Jeon Jungkook mula menyukai gadis yang dikatakan pelik itu tanpa dia sedari . [i choo...