13 -first love

125 14 1
                                    

he POV AUTHOR

Kim Seokjin mendekati Taehyung yang baring sambil meletakkan lengannya bagi menutup mata. Setelah kes Dongyul selesai, Taehyung lebih banyak mendiamkan diri dari sebelum ini.

Jin yang sedar akan perubahan Taehyung banyak kali cuba untuk bertanya namun lelaki itu sentiasa mengelak dan melarikan diri daripadanya.

"Taehyung, kau kenapa? Beberapa hari ni aku tengok kau macam lain je. Kau okay tak bro?" soal Jin.

Taehyung masih tidak pulang ke Daegu sehingga ramai pihak polis Daegu menelefonnya. Tetapi semua panggilan itu diabaikan.

"Aku okay la" kata Taehyung dengan malas. Dia masih lagi menutup mukanya menggunakan lengan.

"Tak, aku tahu kau tak okay. Come on bro" kata Jin lagi yang amat yakin bahawa lelaki di depannya ini mempunyai masalah. Taehyung mendiamkan diri lama.

"Macam mana dia boleh tahu aku menyamar?" soal Taehyung. Suaranya menjadi perlahan. Tetapi masih dapat didengari oleh Jin.

"Sapa? Dongyul?" soal Jin. Taehyung berdehem malas bagi mengiyakan soalan Jin.

"Aku rasa Dongyul tu bukan calang-calang orang tu. Kau pun kena tingkatkan kemahiran kau dalam penyamaran jugak. Aku tahu kau dah handal tapi kalau lepas ni kau perlu berhadapan dengan orang macam Dongyul lagi macam mana?" ujar Jin panjang lebar.

Taehyung melepaskan keluhan. Dalam beberapa hari ni Taehyung kerap memikir apa yang dia tersilap dan perlu dibetulkan semasa menyamar.

"Kau jangan lah fikir sangat.. Kau kan dah pernah berhadapan dengan ketua gangster semua.." kata Jin yang cuba menenangkan Taehyung. Namun Taehyung menjadi lebih kusut saat Jin menyebut bahawa dirinya pernah berhadapan dengan gangster.

"Thats the point bro.. Macam mana aku boleh selesaikan gangster tu tapi tak boleh selesaikan Dongyul?". Taehyung bangun dari pembaringannya secara drastik. Wajah diraup kasar lalu rambut dikusutkan.

Tertekan dibuatnya apabila mengetahui dirinya masih belum mahir sepenuhnya dalam penyamaran.

"Rileks ah Tae. Kau jangan la frust macam ni.. Ni kau dah makan ke belum? Aku ada beli makanan tu" kata Jin. Dia menarik Taehyung duduk untuk memberi lelaki itu bertenang.

"Lagi satu, Jungkook nak jumpa kita nanti. Janji dengan aku yang kau takkan fikir lagi pasal benda-benda ni" kata Jin. Taehyung diam tidak menjawab. Kemudian barulah dia mengangguk perlahan.

••••••••••••

Jin dan Taehyung melangkah masuk ke sebuah bar. Jungkook yang menghantar location bar itu pada mereka.

Mereka berdua memerhati sekeliling untuk mencari kelibat Jungkook.

"Kenapa Jungkook nak jumpa kita?" soal Taehyung. Jin mengangkat kedua bahunya menandakan dia tidak tahu.

"Ha tu dia". Mereka berdua berjalan mendekati Jungkook yang sedang bersembang dengan Jimin. Jungkook mengenalkan Jimin pada mereka.

"Aku tengah dating tadi kau tahu tak. Kenapa kau nak jumpa tiba-tiba nih?" soal Jimin sambil mengerutkan keningnya. Taehyung dan Jin setia menanti segala yang akan keluar dari mulut Jungkook.

"Aku nak lamar Youra.."

••••••••••••

POV YOURA

Aku mengenakan casual outfit yang selesa pada tubuhku. Seluar jeans turut menjadi pilihan kerana aku tidak berapa gemar memakai skirt.

SILENT IN LOVE | JJK ✔️Where stories live. Discover now