POV AUTHOR
Tangan sasa milik Jungkook mengusap lembut perut Youra. Youra yang sedang terlelap di atas katil tidak sedar langsung akan kehadiran Jungkook. Mungkin sebab dia terlalu penat.
"Youra" bisik Jungkook perlahan di telinga Youra. Youra yang mengeliat kecil membuatkan Jungkook tersengeh.
Tangan Jungkook yang berada di perut Youra kini beralih ke wajah gadis itu. Hidung kecil Youra dipicit-picit dengan lembut. Kemudian bulu mata lentik gadis itu dimain.
Youra membuka matanya perlahan. Wajah Jungkook yang tersengih jahat di hadapannya ditenung dengan geram.
"Kenapa awak tak tidur lagi ni?" soal Youra. Pinggang Jungkook dipeluknya erat.
"Tak ngantuk" balas Jungkook. Youra menjeling Jungkook.
"Sayang.. Kalau suatu hari nanti Dongyul dibebaskan dan dia masih berdendam dengan saya.. Saya nak awak bawak anak kita pergi jauh-jauh tau". Kata-kata Jungkook membuatkan dahi Youra berkerut seribu.
"Taknak. Saya takkan pergi tanpa awak". Youra menarik tangannya yang dilingkarkan pada pinggang Jungkook. Jungkook melepaskan keluhan berat.
"You have to sayang. Saya dah taknak libatkan awak dah. Lebih-lebih lagi anak kita dah nak keluar. Awak tak kesiankan dia ke Youra?" soal Jungkook dengan nada suara mendatar.
Jungkook sudah mula memikir perkara yang bukan-bukan. Sebab itulah dia mahu Youra lari sejauh yang mungkin jika benda ini benar-benar terjadi.
"Awak selalu macam ni! Boleh tak awak jangan fikir perkara-perkara negatif macam ni?! Awak ingat saya sanggup ke biarkan awak sorang-sorang?! Please Jungkook.. Kalau kita mati sekalipun, kita mati sama-sama"
Kata-kata terakhir Youra membuatkan Jungkook tergamam. Tidak dapat dibayangkan emosi Youra sekarang ini.
"Sayang-"
Tanpa sempat Jungkook menghabiskan kata-katanya, Youra bangun dari katil perlahan-lahan dan berlalu pergi. Nampaknya Jungkook telah membuat kesilapan sekali lagi. Hanya keluhan yang mampu dilepaskan.
••••••••••••
Dongyul yang digari hanya mampu mengikut segala arahan pihak polis yang ditugaskan untuk menjaganya. Walaupun dia diberi peluang untuk bebas sementara, dia tetap dikawal ketat oleh pihak polis.
Jungkook berjalan ke arah Dongyul. Wajah lelaki itu ditenung tanpa reaksi.
"Terima kasih Jungkook" ucap Dongyul membuatkan Jungkook mengerutkan keningnya.
"Terima kasih bagi aku peluang untuk jumpa ayah aku sebelum dia pergi". Jungkook kekal mendiamkan diri. Tubuh Dongyul kemudian dibawa masuk ke dalam wad milik ayahnya.
Taehyung, Jin dan Jimin yang baru sahaja tiba berjalan mendekati Jungkook. Mereka berempat mendekati tingkap besar di tepi wad Park Dongsun.
Jelas kelihatan seorang lelaki yang terbaring lemah di atas katil itu ditemani dengan Dongyul yang kelihatan sayu di sebelah sambil memegang tangan ayahnya.
"So apa keputusan kau Jungkook?" soal Jimin. Taehyung dan Jin turut mengalihkan pandangan mereka ke arah Jungkook. Jungkook membalas pandangan mereka bertiga. Dia kemudian mengalihkan semula pandangannya tanpa membalas soalan Jimin tadi.
Jungkook memerhati Dongyul yang tidak henti-henti cuba untuk berkomunikasi dengan ayahnya walhal dia tahu bahawa ayahnya tidak mampu untuk membalas.
YOU ARE READING
SILENT IN LOVE | JJK ✔️
FanfictionJeon Jungkook seorang lelaki yang berubah 100% setelah kematian ayahnya bertemu dengan Choi Youra seorang gadis ceria dan suka melakukan benda pelik . Siapa tahu Jeon Jungkook mula menyukai gadis yang dikatakan pelik itu tanpa dia sedari . [i choo...