kita lawan . lawan lawan lawan ! | 42

1K 118 28
                                    

"KAMI TAKKAN BUAT APA APA SELAGI PIHAK AIRIEYL TAK SAMPAI, SO STOPP DESAK KAMI !"

akhirnya kemarahan encik khairuddin meletus . sejak tadi dia cuba menenangkan orang kampung dengan suara lembutnya tetapi tidak berhasil .

seketika orang kampung terdiam sebaik sahaja mendengar suara garau dan lantang encik khairuddin .

serta merta encik khairuddin tersenyum semula

"jadi saya mohon untuk semua bersabar dan berhenti hina anak saya sebelum saya TAMPAR sorang satu" ucap encik khairuddin lembut disertakan senyuman manisnya .

namun dengan senyuman itu sahaja sudah cukup untuk membuat dahi orang kampung berkerut .

airieyl dan chacha duduk bersebelahan di atas lantai dengan tangan di angkat ke atas seakan akan tengah menerima hukuman mereka .

puan khalidah berdiri tegak di hadapan mereka berdua sambil bercekak pinggang . riak wajahnya sengaja ditunjuk ganasnya walaupun mata masih lebam akibat terlalu banyak menangis .

"so memang taknak bagitau sebab dia ke?" soal umi .

chacha diam dan terus menunduk kemudian gadis itu mengangguk perlahan .

"airieyl?"

"maaf...." ucap airieyl perlahan .

suasana diantara mereka bertiga sunyi seketika .

kedengaran umi menarik nafasnya kemudian menghembus semula .

"umi percaya arash, umi percaya chacha, airieylpun dah macam anak umi sendiri, umi percaya airieyl . semua anak anak umi dah besar, dah ada masalah sendiri, dah mula nak pendam semuanya, dah mula fikirkan masalah orang dewasa . walaupun benda ni benda yang serius tapi sebab umi percaya anak anak umi, umi akan diam . bukan bermaksud umi butakan mata dengan apa yang jadi sebab benda ni 'rogol', melibatkan hukum agama kita . berdosa besar, haram, jijik . jadi satu je umi minta, umi nak dengar dari mulut chacha sendiri ."

chacha mengangkat kepalanya memandang wajah puan khalidah .

"chacha"

"betul ke airieyl yang bawa chacha pergi sini?"

"betul ke airieyl....rogol chacha?..."

chacha merenung mata uminya . sedaya upaya dia cuba menunjuk kejujuran melalui riak wajahnya .

perlahan chacha menggeleng .

"tak betul umi...airieyl hormat chacha, airieyl baik dengan chacha, airieyl selalu lindungi chacha, airieyl memang kasar tapi chacha tau hati airieyl lembut . airieyl selalu jaga chacha . chacha percaya airieyl, airieyl takkan buat semua tu umi" ujar chacha ikhlas .

airieyl terkedu . kedua mata lelaki itu akhirnya untuk pertama kalinya memandang chacha sepenuhnya tanpa perlu bersembunyi lagi .

puan khalidah tersenyum . kedengaran nafasnya dihela lega .

"sudah cukup untuk umi" bisik wanita tersebut seraya tersenyum manis .

encik khairuddin yang masih berhadapan dengan orang kampung, membelakangi airieyl dan chacha .

walaupun dia tidak berhadapan dengan dengan anak dan isterinya, tetapi dia mendengar semuanya . dahi lelaki tu berkerut menahan sebaknya, bibirnya mengukir senyuman bahagia .

...

tidak lama selepas itu, kedengaran bunyi enjin kereta berhenti di perkarangan rumah . tidak lain tidak bukan, sudah pasti itu ialah kereta kepunyaan habsyam .

airieyl segera menghampiri pintu . disebabkan semua lakonannya tidak menjadi, airieyl mengambil keputusan untuk terus beritahu kebenarannya kepada adam dan habsyam .

' smile mystery 🔒Where stories live. Discover now