ayam golek |9

3K 254 20
                                    

"ha baru selesa sikit tangan ni . jahitan dah buka , balutan dah buka . seminggu tangan macam robot , pikir senang ke nak cover duhmakk " bebel chacha sambil menilik garisan bekas torehan pisau di lengannya semasa menapak keluar dari bilik doktor .

airieyl , adam dan habsyam hanya mengikuti di belakang chacha sambil tersenyum melihat chacha . chacha umpama happy pills mereka .

"cha tolong aku jap" habsyam berlari ke sebelah chacha .

"tolong ape ?" soal chacha sambil menurunkan lengan bajunya untuk menutupi parut di lengannya .

"kau tengok nurse tu , dari tadi jeling jeling je keje dia . rimas la. tolong cover aku jap" bisik habsyam .

chacha tersengih . "tula muka acah mat salleh sangat"

"kau oke lagi kena jeling dengan awek lawa do . kau tengok makcik pakai selipar yang tunggu giliran tu , dia angkat mini love siot kat aku . meremang bulu ketiak yall" bebel adam sambil tertunduk tunduk untuk menyembunyikan dirinya .

MAJU MAKCIK MAJU !

"SAPE LAMBAT KELUAR , DIA BELANJA LUNCH JAPGI !" jerit habsyam tiba tiba .

saje lah tu supaya nak berambus cepat cepat .

lantas chacha dan adam membuka langkah .

"aku tak join" kata airieyl mendatar sambil berjalan seperti biasa mendahului chacha , adam dan habsyam .

cepat cepat chacha menarik lengan airieyl .
"alah mana aci ! kena ikut juga ! taulah tak laju kan kan" chacha tersengih sambil menaikkan dan menurunkan kening kirinya berulang kali . saja nak mencabar mamat beku tu .

"kau elok sikit . rekod aku takde sape yang boleh kalahkan setakat ni"

"ha yelah yelah . orang lambat memang mengaku laju kan adam"

lantas adam mengangguk laju . "takpe , game ni untuk orang orang laju je chacha . orang tak laju , kita jadikan pengadil je . sebab memang dah tau kan , mesti dia yang kalah nanti ohohohohoho"

airieyl menjeling . "fine ! aku ikut"

"ok aku kira sampai tiga terus lari"

"okey !"

mereka berempat mula bersedia tidak jauh dari pintu hospital itu . masing masing sudah bersedia dengan kaki kanan di hadapan .

adam sudah mula untuk mengira .

"satuuu ..."

"duaaa..."

terus habsyam dan chacha berlari meninggalkan adam . chacha sempat menarik airieyl untuk lari bersama .

"WOI SAMDOL ! TIGA BELUM LAGI LA HANAT !" jerit adam yang terkinja kinja mengejar tiga ketul sahabat tagunanya .

mereka berebut keluar dari pintu . airieyl yang innocent juga terlibat dalam permainan bangang itu .

"tepilah , aku keluar dulu !"

"ee janganlaa tolak !"

"baik korang undur , bagi aku keluar dulu !"

"kenapa aku terlibat babey?"

"eyy tepiii !"

BUKK !

dan akhirnya...

empat empat selamat bergulik di hadapan hospital seperti ayam golek .

airieyl cepat cepat berdiri sambil menepuk seluarnya yang terkena habuk . "hilang macho aku" gumamnya .

' smile mystery 🔒Where stories live. Discover now