airieyl tu gentleman ke?ಠ_ಠ |6

3.1K 278 35
                                    

sudah tiga kali airieyl menjeling jam tangannya . hatinya risau tapi dia masih berusaha berfikiran positif . dia duduk bersahaja dan berpura pura fokus dengan pembelajaran yang diajar oleh Miss Asyikin .

"dam" habsyam menggoncang lengan adam .

"pe?" adam mengangkat kepalanya . matanya merah , mengantuk .

"kau tak rasa ke chacha ni lama sangat kat tandas ? masa miss syikin tinggal 4 minit lagi weh" kata habsyam risau . dia dari tadi asyik memandang pintu kelas mereka .

adam terus memandang meja chacha di belakangnya dan terus memandang habsyam kembali . matanya kembali segar .

"dia tak balik dari tandas lagi ke ?!" adam menjerit perlahan tetapi kasar .

habsyam menggeleng laju . "tula weh aku tak sedap ha..."

TOK TOK TOK !

"MISS !"

semua yang berada di kelas itu tersentak apabila seorang pelajar perempuan kelam kabut berlari ke arah kelas mereka .

Miss asyikin terus berdiri . "hey calm down girl . kenapa ni ?"

"miss yang pegang kunci tandas kan ?!"

miss asyikin mengangguk . "ye , nape ?" miss asyikin mengerutkan dahinya .

"cepat miss ! ada pelajar terkunci dalam tandas !"

BUKKK ! airieyl menepuk mejanya kuat dan berdiri . perkara itu lagi mengejutkan pelajar di dalam kelas itu . sebelum ini airieyl tidak pernah menunjukkan apa apa reaksi .

adam dan habsyam juga terus berdiri .

tanpa menunggu lama airieyl terus berlari keluar kelas tanpa menunggu izin dari miss asyikin . melihat airieyl keluar , adam dan habsyam turut berlari .

-------------------------

airieyl merempuh masuk tandas perempuan itu . pandangan beberapa orang guru di dalam tandas perempuan itu tidak dipedulikan . dia tiba tiba berhenti yang menyebabkan habsyam dan adam hampir melanggarnya .

mereka bertiga terpaku seketika melihat darah yang terdapat di tandas perempuan itu . mata airieyl melilau memandang setiap pintu tandas dan akhirnya matanya terpandang pintu tandas ketiga yang berkunci mangga . airieyl terus berlari ke pintu tandas ketiga itu .

guru guru perempuan yang berdiri di depan pintu tandas itu mengundur sedikit memberi airieyl ruang . sejujurnya mereka turut terkejut dengan reaksi airieyl .

airieyl menolak pintu itu kuat tapi tidak memberi kesan apa apa kepada pintu tandas itu .

"sabar airieyl . kita tunggu miss syikin" adam menarik airieyl dan cuba menenangkan airieyl . dia tidak mahu nanti airieyl pula yang tercedera .

tidak lama selepas itu , miss asyikin berlari masuk sambil membawa kunci . dia merenung kunci mangga itu sambil mengerutkan dahinya .

"ni bukan kunci mangga sekolah kita"

"HAHH ?!" semua cikgu perempuan disitu terkejut . mereka ingatkan pelajar yang terkurung itu sengaja masuk di situ dan kebetulan tandas itu rosak dan makcik cleaner kunci tandas itu sebab dia ingat takde orang dalam tu .

"maksudnya memang ada orang yang kurung dia !" airieyl terus menendang pintu itu kuat sehingga bergema kuat . semua guru disitu terdiam .

"dam , ambil kunci kereta kita kat kelas !"

adam mengangguk dan terus berlari ke kelas .

habsyam masuk ke dalam tandas kembali sambil membawa batu besar , entah bila dia keluarpun orang tak perasan .

' smile mystery 🔒Where stories live. Discover now