[ h a b s y a m p o v ]
dengan pantas aku usap air mata aku apabila seseorang melabuhkan punggung di sebelah aku .
aku ingat tempat ni takde orang nampak do .
yela ni belakang makmal komputer kot , jarang orang lalu sini . lagipun semua murid mesti dekat padang dahtu diorang balik terus , takde yang nak naik kat sekolah lagi .
haih bodo habsyam bodo .
apabila aku sedar itu kehadiran siapa , aku segera mengalih pandangan ke arah yang berlawanan .
aku peluk erat lutut aku .
aku..
malu .
"chacha..." gumam aku perlahan .
chacha hanya diam .
dia turut memeluk lututnya dan pandang ke hadapan .
"tak perlu terangkan apa apa . chacha cuma nak temankan dan biarkan air mata tu mengalir . lagi sakit kalau simpan lama lama ." tutur chacha setelah senyap beberapa minit .
automatik air mata aku meronta ronta minta di lepaskan semula .
shietlah aku nangis lagi .
aku malu tapi dalam masa yang sama aku rasa tenang bila ada orang temankan aku .
lagi lagi orang tu chacha , gadis yang aku suka .
selamani aku menangis sendiri . aku hanya sendiri .
dulu pernah adam dan airieyl teman aku , masa hari pertama aku kena buang . tapi dua ekor beruk tu pegi berjoget depan aku , siap menari poco poco lagi . dorang kata untuk happykan aku . tapi aku tambah sedih sebab dapat kawan cam haram .
sejak tu aku insaf mengadu dekat dorang dua .
"chacha"
"hm"
"best ke ada family ?"
dia mengangguk .
"dulu mama dengan papa aku tak macam tu"
"habsyam . kalau tak sanggup nak ingat balik , tak sanggup nak cerita , takpe . tak payah paksa syam"
aku menggeleng .
"kau dah jadi ahli whitegerilla , bermaksud kau dah jadi sahabat kitorang tiga . kitorangpun dah anggap kau macam adik bongsu . buat apa nak sembunyi kisah lama dengan adik sendiri kan?"
chacha mengangkat kepalanya lalu memandang aku lama . selepas beberapa saat dia tersenyum sebelum meletakkan kembali kepalanya di atas lututnya tanpa berkata apa apa .
aku tersenyum kecil .
aku tau dia taknak paksa aku bercerita tapi kalau aku nak luah , dia pun tak keberatan untuk dengar . sebab tu dia hanya senyum tanpa kata apa apa .
aku menarik nafas lalu menghembuskan perlahan .
"nama papa aku Dato Syahril . nama mama aku Datin Hafizah . nama adik aku Syirah Haqilah . kitorang dah terbiasa hidup senang . papa dan mama aku pun tak pernah hidup susah . kekayaan semua tu memang diwariskan kepada papa aku sejak papa aku kecik lagi . mama aku pulak memang anak bangsawan ."
"Allah tu adil cha . ditakdirkan satu masa ni perniagaan papa aku merosot . walaupun tu pejabat besar , boleh dicakapkan semua orang berlumba lumba nak keje kat situ tapi entah macam mana boleh jatuh mendadak . bank mama aku kena rompak dan entah macam mana boleh jadi kebetulan , butik orang orang elit mama akupun bankrap teruk"
YOU ARE READING
' smile mystery 🔒
Teen Fiction+ a smile can mean a thousand words , but it can also hide a thousand problems + ' him :: " baby girl , you can fake a smile , but you can't hide your feelings " [ alkisah empat samdol dengan penuh kesamdolannya ] tajuk lama - 'minah tiga suku' star...