FIRST OF ALL ! IM SO SORRY FOR THIS SUPER LATE LATE LATE UPDATE 😢
fon aku rosak . ni fon aku baru balik dari hospital la ni .
sebulan lebih tak update , aku minta maaf sangat sangat do 😢
***
bunyi helikopter bertambah kencang apabila sudah terlalu hampir dengan tanah , pokok pokok di sekeliling padang Diamond Highschool turut bergoncang hebat akibat angin yang terhasil dari kipas dua buah helikopter .
beberapa saat selepas itu , bunyi bising helikopterpun hilang apabila sudah selamat mendarat tetapi di ganti pula dengan bunyi jeritan manusia yang mula berlari mengelilingi dua helikopter itu .
yang pastinya , helikopter yang membawa kingka tulah paling banyak manusia serbu .
dan 99.999999% perempuan . confirmed .
"OUR KINGKAAAA IS BACK !!!"
"KINGKAAAAAAAA I MISS YOU SO MUCHHH !!!"
"KINGGG— WOIII SAPE YANG RABA BONTOT AKU TADI JILAKE ?!"
"ADAMMMMMMMMM !!!"
"HABSYAMM SAYA RIN— eh eh tersadung"
dan banyak lagi jeritan sehingga semuanya jadi tidak jelas . bahkan jeritan lelaki sotong juga tidak ketinggalan .
"siyes ar selamat kalau turun sekarang ni ? kau tak rasa ke ni lagi menyeramkan dari gunung berapi ?"
soalan habsyam hanya di balas dengan anggukan kerana airieyl , adam dan chacha masih tergamam sehingga kehilangan kata kata melihat ketulan ketulan manusia yang sekejap saja sudah berada di sekeliling helikopter .
"ternyata banyak juga family budak budak di sekolah ni kan bang" ujar puan khalidah sambil duduk di bawah pokok dan menghayun-hayunkan tangan di hadapan wajahnya seperti kipas .
sementara tunggu para beruk berambus , elok berkhelah dulu .
encik khairuddin yang duduk di sebelah puan khalidah hanya mengangguk sambil menyapu jem anggur di atas roti lalu di hulurkan kepada isterinya .
amboi orang tua dua ekor ni , macam padang sekolah bapak hengko pulak ye .
"ni arash mana ? entah entah sesat budak tu . yela sekolah dah la besar gila babeh" soal encik khairuddin selepas selesai menyapu jem di atas roti untuk di beri kepada anaknya pulak .
"ingat anak abang tu bangang macam abang ke ? ada je ni kat sebelah—"
kata kata puan khalidah terus mati apabila dia memandang sebelahnya yang kosong . seketul tayik hidung arash pun takde .
"mana?" encik khairuddin turut memandang di sebelah isterinya iaitu di bahagian hujung sekali .
beberapa saat kemudian , dua ketul orang tua acah diva itu serentak memandang hadapan di mana helikopter mendarat dan mata mereka fokus kepada seorang remaja lelaki yang menjerit sambil terlompat lompat . beberapa kali dia jatuh terduduk akibat keadaan yang terlalu sesak namun dia bangun kembali dan meneruskan usaha practice menjadi beruk .
"CHACHAAAAA!!!"
"INI ALONGG MU YANGGG KIYUTTT !!"
"AINUL ARASYA BINTI BAPAK KITAAAA !!"
"BABY KU—WOI JANGAN TARIK RAMBUT AKU LAH PEREMPUAN TAK GUNA !!"
"JANGAN TOLAK BABEH !"
"WOIII !!"
YOU ARE READING
' smile mystery 🔒
Teen Fiction+ a smile can mean a thousand words , but it can also hide a thousand problems + ' him :: " baby girl , you can fake a smile , but you can't hide your feelings " [ alkisah empat samdol dengan penuh kesamdolannya ] tajuk lama - 'minah tiga suku' star...