jeneral goblok bahagian dua |28

2.1K 211 8
                                    

[ a i r i e y l p o v ]

"lima pagi" bisik aku selepas menjeling jam tangan .

aku mengantuk , tapi takpe . aku masih boleh tahan .

perlahan aku mengangkat kepala memandang chacha yang duduk di bangku panjang di hadapan aku .

[ lori tentera kan memang macam tu . ada dua bangku panjang yang berhadapan . ]

kelihatan gadis itu tersengguk sengguk menahan ngantuk . dia menyandarkan kepalanya di dinding lori , beberapa saat kemudian , kepalanya mula jatuh dan menyebabkan dia tersedar semula kemudian membetulkan kembali posisi duduknya .

tadi masa mula mula sampai sini , dialah yang paling risau . kejap kejap tanya dua brader tentera yang berjaga di luar pasal perkembangan tasya .

bila aku dah suruh bertenang , barulah dia diam . tapi tak lama , lepas tu dia gelabah lagi .

lepastu tak habis habis salahkan diri dia . entah berapa kali dia luah rasa bersalah dia tadi .

macam mana seorang manusia boleh jadi sebaik dan sesabar ini ?

entahlah .

aku bangun dari tempat duduk aku dan melabuhkan punggung di sebelah chacha .

"kau kalau nak tidur , tidur je"

gadis itu segera membuka matanya dan menggeleng laju sambil membetulkan posisi duduknya .

"biar aku je jaga . kau tidurlah . aku tau kau mengantuk"

chacha mengangkat kepalanya dan memandang aku lama sebelum perlahan dia mengangguk .

"tapi bagi chacha tanya orang kat luar dulu"

chacha mula bangun tapi aku terus tahan pergelangan tangannya .

"biar aku tanya"

aku pula bangun tapi chacha pula tahan tangan aku .

pahal ni tahan menahan . ingat ni drama hindustan ke?

"nak ikut" tutur nya sebelum bergerak ke sebelah aku .

kami pun melompat turun dari lori dan menghampiri dua orang tentera yang sudah terduduk bersandar di tayar lori .

"ada apa apa update ?"

kedua tentera itu kelihatan tersentak dan terus berdiri .

"takde . korang masuk lah dulu" kata tentera yang memakai nametag zulkifli .

aku mengangguk . "jom"

chacha seperti pasrah dan hanya mengikuti aku .

"HAHH !"

langkah aku terhenti apabila tentera tadi terjerit kecil .

chacha yang paling cepat berpaling semula apabila terdengar jeritan tentera bernama zulkifli itu .

kelihatan zulkifli meletakkan jarinya dia alat komunikasi yang terlekat di telinganya .

"roger" zulkifli mengeluh .

tentera yang memakai nametag bahar pula terus menumbuk dinding tentera sebaik sahaja menerima pesanan dari alat komunikasi mereka .

"nape ?" soal chacha sambil mula merapati zulkifli .

zulkifli memandang chacha sebelum memandang aku lama seperti ada berita buruk dan meminta izin aku untuk beritahu gadis itu .

aku mengangguk perlahan .

"diorang tahu pasal kedatangan kita dan diorang takde dalam villa"

chacha tergamam .

sejujurnya aku pun terkejut .

' smile mystery 🔒Where stories live. Discover now