nak tahu maksud disebalik tajuk 'smile mystery' ?
skip ke chapter 'please read this | maksud disebalik tittle' .
baca dan kembali semula ke sini .
+++++++
"sampai bila kau nak berdiri dekat dengan aku macam ni ?" Airieyl berkata mendatar sambil matanya tidak berperasaan memandang chacha .
chacha tersentak , dia tidak perasan jarak mereka dekat sampai macam tu sekali .
"ha ?" cepat cepat chacha beralih ke tepi airieyl .
"so..sorry..chacha tak erk..aku tak sengaja" chacha terus berjalan sambil tunduk . jarinya menguis hujung baju uniform sekolahnya .
"kau boleh je takyah guna 'kau aku' kalau dengan aku"
serta merta chacha berhenti berjalan dan terus dia pandang airieyl .
"seriously ?!" soal chacha teruja .
Airieyl hanya sekadar mengangguk dan terus berjalan .
"YEAYYY !" chacha melompat keriangan dan terus mengejar airieyl .
"tu bilik guru . nanti ada cikgu yang tolong hantar kau masuk kelas . aku blah dulu" Airieyl terus meninggalkan chacha yang terpinga pinga melihat airieyl berlalu pergi .
--------------------
5 Alpha
Habsyam menarik kerusinya ke hadapan meja Airieyl dan diikuti dengan Adam . Suara suara yang menegur mereka hanya dianggap seperti angin lalu .
"nak apa ?" airieyl memandang habsyam dan adam sekilas sebelum kembali meletakkan kepalanya di meja .
"rieyl kau kenal chacha ke ?" soal adam . sebenarnya itu yang dia musykilkan dari tadi . naik bengkak otaknya memikirkannya (╥_╥)
airieyl menggeleng .
habsyam dan adam berpandangan . "habistu ?" soal mereka serentak .
"dia ingatkan aku pada ariana" Airieyl memandang tingkap . sebak mula menyelubungi dirinya .
"tapi rieyl , kau tak tau lagi dia macam mana..macam mana kau boleh cakap dia macam ari.." habsyam terus memintas kata kata airieyl .
"aku pernah nampak" airieyl tersenyum . kejadian seminggu yang lepas kembali bermain di ingatannya .
flashback
airieyl melangkah masuk bangunan ToyRus itu . hari ini hari lahir adik kesayangannya , ariana . atau patutkah dia sebut arwah ariana ?
entahlah . dia juga tidak pasti satu satunya adik kesayangannya itu masih hidup atau tidak .
kalau masih hidup , rindukah adiknya kepada dia seperti rindunya kepada adiknya ?
sesugguhnya dia rindukan adik bongsunya itu . terlalu rindu sehingga tiada kata kata yang boleh menjelaskan betapa tersiksanya dia menanggung rindu itu .
apabila dia teringat adiknya , dia pasti akan pergi ke kedai itu kerana disitulah tempat kegemaran ariana .
Airieyl berlegar legar di bahagian mainan masak masak , mainan kegemaran adiknya .
"along cepatlahh alongggg !"
airieyl terhenti . dia memandang seorang perempuan yang menarik seorang lelaki yang dipanggil along itu . dari apa yang airieyl lihat, gadis itu seperti sebaya dengannya .

YOU ARE READING
' smile mystery 🔒
Fiksi Remaja+ a smile can mean a thousand words , but it can also hide a thousand problems + ' him :: " baby girl , you can fake a smile , but you can't hide your feelings " [ alkisah empat samdol dengan penuh kesamdolannya ] tajuk lama - 'minah tiga suku' star...