[ hai aku sarankan , baca semula dulu chapter sebelum ni . sebab tiga bulan aku tak update , mesti korang dah lupa kan situasi sekarang ni . aku pun lupa dan perlu baca semula (;´༎ຶٹ༎ຶ') ]
[ ni tak wajib pun , kalau tak baca semula pun takpe . aku sarankan supaya korang lebih faham je ( ͡° ͜ʖ ͡°)👌🏻 ]
btw , hai guys im back and imissyou ಠ_ಠ 🤙🏻 .
*****
[ b e b e r a p a j a m s e b e l u m a i r i e y l k e l u a r r u m a h ]
— p a g i n y a .mulanya sepasang suami isteri itu dengan damai menyantap hidangan sarapan yang di sajikan oleh sang isteri ,
sehinggalah bunyi hentaman tapak kaki berdentam dentum menguasai rumah .
"umi yang baik adalah umi yang penyabar" ujar puan khalidah perlahan sambil mengurut dadanya seolah olah menenangkan dirinya sendiri .
Encik khairuddin mencuba menyuap makanan ke mulutnya dengan tenang .
tidak lama selepas itu , bunyi hentaman kaki itu berbunyi diikuti dengan bunyi gelak ketawa . di tambah lagi bunyi teriak teriak .
"arash....chacha...turun makan~" lembut puan khalidah memanggil anaknya .
. . . . . . tiada jawapan , malah bunyi bising di tingkat atas semakin riuh .
"arash , chacha tu—"
"HAHAAHAHAHAHAHAHAHAHA LEMBAB , KEJARLA HAHAHAHAAH"
umi mengetap giginya .
"arash , cha—"
"ALONGGGG MANA ACI MAIN SEMBUNYI ! KELUAR !"
"HAHAHAHAHAHAAHAHA SAPE SURUH BENGANG SANGAT !"
"ALONG NI KANNNN !"
"CHACHA KAKI PENDEKKK ! CHACHA KAKI—"
PAKKK !
"WOIIIIIIIIII !!!!" jeritan suara jantan umi yang di lancarkan selepas dia menghempas meja dengan kedua tangannya sekuat mungkin , membuatkan rumah itu sunyi beberapa saat .
encik khairuddin cepat cepat meneguk air sambil memukul dadanya akibat tersedak , matanya membulat disebabkan terkejut dengan gorilla di hadapannya .
"KAMU BERDUA NI PANTANG NAMPAK AKU BAGUS SIKIT , TAK SAH KALAU AKU TAK GUNA KETURUNAN GORILLA AKU NI ! DUA DUA TURUN SEKARANG ! JANGAN SAMPAI AKU YANG NAIK , KALAU AKU YANG NAIK , DUA DUA TIDUR HOSPITAL KARANG . SEKARANG , TURUN !!!!"
kedengaran bunyi tapak kaki berlari tapi kali ini berbeza dari yang tadi .
sekejap sahaja mereka muncul di meja makan .
"maaf umi...daddy..." ujur mereka takut takut dan serentak sambil menunduk lantai , tangan masing masing menguis nguis hujung baju .
"daddy dah biasa , dah duduk sini mak—"
"SAPE KATA BOLEH DUDUK ? ABANG PUN NAK KENA JUGA KE?" puan khalidah merenung encik khairuddin .
" . . . . . . ouh , tak boleh lagi ke? errr.... HA ! KAMU DENGAR APA UMI KAMU CAKAP TU !" encik khairuddin berpura pura memandang tempat lain sambil mengunyah makanannya .
YOU ARE READING
' smile mystery 🔒
Teen Fiction+ a smile can mean a thousand words , but it can also hide a thousand problems + ' him :: " baby girl , you can fake a smile , but you can't hide your feelings " [ alkisah empat samdol dengan penuh kesamdolannya ] tajuk lama - 'minah tiga suku' star...