Tiga

23 3 2
                                    

"Muzammil!" Suara itu mengetuk gegendang telinga beberapa kali sebelum mata aku yang tadinya tertutup terpaksa dibuka.

"Ye Mi bangun dah." Sahut aku separa jerit. Bertujuan orang di luar bilik dapat mendengar suara aku dengan jelas. Mulut yang ternganga luas menghantar isyarat kepada otak '5 minit lagi'.

Selimut tebal itu ditarik menyelubungi satu badan yang digigit dingin subuh. Kebetulan malam tadi hujan lebat, bertambah sejuk dan syok jadinya mata ini dilelapkan!

"Muzammil!" Sepantas kilat minda realiti yang baru ingin masuk ke alam mimpi dipecahkan begitu sahaja. Segera katil dikemaskan dan aku membawa diri ke bilik mandi bagi membersihkan diri.

Selesaj sahaja, baju kemeja biru yang tergantung pada henger baju direnung perlahan. Keluhan berat dilepaskan dengan relanya. Mata dikalihkan ke arah jam di dinding sesaat dan segera mempersiapkan diri untuk ke sekolah.

"Sarapan?" Soal Ummi sebaik anak tangga terakhir dipijak aku. Aku tersenyum ke arah ummi dan membawa diri ke arah meja makan. Roti dan telur! Favourite!

"Hari ni perhimpunan ke?" Soal Ummi sambil menarik kerusi untuk duduk dihadapan aku. Aku menggeleng laju sebagai jawapan apabila mulut dipenuhi dengan roti telur.

"Kejap lagi Abi sampai. Kamu pergi sekolah dengan Abi ya?" Sisa roti telur yang berada di mulut terasa tersekat di dalam kerongkong lantas aku terbatuk-batuk tanpa diminta.

Allah ha tu lah gelojoh lagi. Ha nah minum air ni." Ummi menghulurkan air masak dan segera disambut aku. Fuh nikmat. Kunyahan menjadi semakin laju apabila bunyi hon kereta kedengaran dari luar rumah.

"Muz pergi dulu mi." Beg hitam bercorak daun putih itu segera dicapai aku dan tangan ibu dicium lembut. Kaki yang dipakaikan stokin hitam berlari anak ke arah pintu depan.

Kabut yang dialami membuatkan aku tidak sempat untuk memakai kasut dihadapan pintu. Kedua-dua kasut hitam berjenama Adidas itu diambil dan dimasukkan ke dalam kereta bersama dengan diri.

"Lain kali pakai kasut dulu, baru masuk kereta. Tak manis orang pandang." Tegas Abi yang mula menekan pedal minyak. Aku hanya memandang Abi sekilas lalu meyarungkan kasut.

Suasana di dalam kereta itu sunyi. Nyanyian cengkerik juga tiada. Yang ada hanya bunyi air-cond kereta perlahan menerjah kulit wajah. Abi berhenti di hadapan pagar sekolah bagi menurunkan aku.

"Balik nanti tak payah ambil. Muz ada study group. Nanti balik dengan Danish." Aku berkata sebelum membuka pintu kereta dan masuk ke perkarangan sekolah.

Block E banggunan empat tingkat yang menjadi penghuni tingkatan lima dipandang laju. Tiba-tiba hati aku menjadi berbunga-bunga. Bukan kerana blok E ini, tetapi orang itu.

"Hai Hanisya." Tegur aku sebaik kaki berjaya mengejar jejak gadis manis yang tergopoh-gapah ke arah kelas.

"Hai hai, amik ni. Berat tahu takk." Buku tulis setebal entah berapa inchi diserahkan kepada aku dengan nada marahnya. Tangan aku hanya menyambut dengan senyuman tersisa.

"Bawa pergi mana?" Soal aku.

"Pergi kelas lah. Benda tu aku amik dari cikgu Zulaikha depan bilik guru tadi." Jawabnya sambil mengurut-urut pergelangan tangannya. Lenguh barangkali.

"Kau ni asyik marah je. Cuba cakap lembut-lembut. Sejuk la juga telinga ni dengar. Marah-marah berdarah telinga aku." Saja aku mengusik.

"Ye memang aku nak telinga kau tu berdarah." Dia memeluk tubuh sambil menjuihkan mulut. Aku hanya tersenyum senget melihat gelagatnya.

"Ish lambat la kau ni, sana." Aku mendahului Hanisya untuk masuk ke dalam kelas. Aneh semua orang memandang ke arah aku macam baru lepas cuci longkang je!

Hafiz Yang Dipinjam [ C ]Where stories live. Discover now