"Weh bangun-bangun." Kedengaran suara Syakir selaku badar mengejut. Aku merupakan seseorang yang susah untuk bangun pagi. Ini sudah kali ke tiga aku dikejutkan.
"Bang bangun bang. Jangan sampai Ustaz Mail sampai, kena rotan kang." Muddatthir pula melakukan tugasnya. Selimut aku ditarik seseorang. Aku pantang betul orang kacau aku tidur ni.
"Aduh pahal?!" Suara aku seoktaf. Muddatthir dan Syakir agak terkejut dengan tenkingan aku.
"Sekarangkan dah pukul 4.50. Pukul 5 nanti kita nak qiam." Syakir berkata dengan suara yang mengawal amarah. Aku memandang ke arah Syakir dengan muka yang tidak puas hati.
"Haih. Aku lupa aku dekat tahfiz." Aku menggaru kepala yang terasa gatal. Badan didudukkan. Belakang badan aku ditepuk-tepuk perlahan oleh Syakir agar aku segera bangun.
Sudah seminggu aku berada di sini, tetapi aku masih lagi tidak dapat membiasakan diri. Dulu duduk di rumah Mak Cik, aku boleh buat sesuka hati. Tetapi tidak di sini.
Perasaan seronok dan teruja untuk berada di sini pergi begitu sahaja. Hilang dimakan masa. Kini aku merasakan sesuatu yang sangat mengangganggu. Terasa diri yang lama datang menjelma.
Terasa malas untuk solat. Malas untuk mengaji dan memperbaiki tajwid. Malas untuk menghafaz. Malas untuk belajar feqah. Malas untuk murojaah serta tidak tahu surah apa yang dihafal.
Terasa tidak ikhlas sedangkan aku sendiri yang membawa diri ke sini. Selesai sahaja membersih diri, segera aku menyarungkan jubah putih dan serban di atas kepala. Cermin memantulkan wajah sendiri.
"Hensem." Aku menyedekahkan senyuman kepada diri sendiri dan mula menuju ke arah musolla juga dikenali sebagai dewan utama untuk solat tahajjud dan witir berjemaah.
Kaki kanan melangkah masuk. Jam tangan berjenama watch dilihat. Jam menunjukkan 05:00. Saf yang paling belakang dan paling hujung menjadi tempat aku bersila. Zikir-zikir yang dialunkan sangat menenangkan hati.
Tetapi aku terasa ngantuk. Tangan menongkat dagu dan badan digerakkan perlahan ke kanan dan ke kiri perlahan. Seseorang menepuk aku dari belakang menyebabkan aku terkejut.
"Saf." Jahid yang menjadi imam mula berdiri dan membaca niat untuk solat sunat tahajjud. Para jemaah mengikut sama. Aku membeliakkan mata dan menggelelengkan wajah beberapa kali. Takbir diangkat setelah Jahid bertakbir.
Solat Subuh didirikan setelah azan berkumandang. Bacaan yaasin menjadi rutin harian setiap kali selesai solat fardu subuh. Aku tidak tahu ini kali yang ke berapa aku menguap. Walaupun dapat tidur yang cukup, aku mengantuk!
Bacaan yasin selama 15 minit telah berlalu. Jam menunjukkan 06:15, waktu untuk para pelajar tasmi' bacaan al-Quran. Tasmi' itu maksudnya membaca ayat al-Quran yang dihafaz di hadapan ustaz untuk disemak.
Ada 5 orang ustaz memandangkan tahfiz ini baru sahaja dibuka. Setiap pelajar sudah dibahagikan mengikut kumpulan dan setiap kumpulan akan bergilir-gilir tasmi' dengan setiap ustaz dua minggu sekali.
Sementara pelajar lain menghafaz, para pelajar yang lain mempunyai peluang untuk menghafal dan memantapkan hafazan. Hari ini aku perlu menghafaz juzuk 30 dihadapan ustaz memandangkan aku sudah hafal semua surah juzuk 30.
"Muzammil." Ustaz memanggil. Aku bangkit dan bersila di hadapan ustaz. Al-Quran tafsir yang tertutup dipegang erat di atas peha. Aku tasmi' dengan lancar, tetapi selepas sahaja habis surah Naba', lidah aku kaku.
Baru sahaja tadi aku ingat segala-galanya. Kini semuanya hilang entah ke mana. Sesaat tadi, segala surah ada di dalam kepala otak ini. Ustaz memandang ke arah aku setelah lama aku membisu.
Pandangan aku kabur akibat air yang bertakung di mata. Wallahi sesaat tadi, aku ingat dan hafal segalanya. Kenapa sekarang ayat pertama pun aku sudah lupa? Empangan air mata pecah tanpa suara. Hanya air mata.
Apa yang sudah berlaku?
YOU ARE READING
Hafiz Yang Dipinjam [ C ]
RandomTernyata lama dunia yang aku kejar bukanlah memberikan aku kebahagiaan. Tetapi sekejap yang aku gunakan untuk meluangkan masa bersama Tuhan, sakit yang bertahun seakan sembuh dalam sesaat. Ini Kuasa cinta Dia. "Terima kasih Allah, atas Hafiz Yang Di...