Pejam celik-pejam celik, sudah tiga tahun berlalu dan aku kini berusia 19 tahun. Aku telah berjaya menghafaz 30juzuk al-Quran dan berjaya masuk ke Universiti Madinah di Arab Saudi.
Cita-cita ramai orang yang aku sendiri tidak pernah bercita-cita untuk sampai ke sana. Tetapi perancangan Allah itu hebat. Setelah aku sampai, aku bersyukur Allah letakkan perjalanan aku sebegitu rupa.
Hati aku juga perlahan-lahan sembuh daripada sakit yang aku sendiri cipta. Sudah tahu dosa, tetapi masih ingin mendekatinya. Bila hati dikecewakan, persalah takdir Tuhan. Kelakar bukan?
Sekarang aku faham kenapa couple haram di dalam Islam. Dan aku faham kenapa adanya perkahwinan. Jikalau suka, teruskan dengan niat untuk menghalalkan. Jangan mempersenda hukum Tuhan.
Tetapi itulah, betapa aku bodoh dengan diri yang alpa. Padahal Allah sudah pesan dari awalnya untuk menjauhi zina dan taat kepada Dia. Kecewa yang berkali-kali, Allah tidak pernah bosan memperbaiki hati lagi dan lagi.
Aku menjumpai cinta yang hakiki. Benar, cinta yang benar-benar ada manisnya. Yang benar-benar tidak melalaikan manusia. Cinta seorang hamba kepada Tuhannya.
"Muzammil, tolong sini kejap." Suara Muddatthir memanggil.
Dan kalau Allah tidak hadirkan Muddatthir ke dalam hidup aku, aku yakin aku akan bertambah jahil dan jauh daripada Allah. Aku sendiri rasai perubahan dalam diri. Dan aku pasti, Muddatthir juga merasai perubahan itu.
"Kenapa?" Aku menyoal sebaik tiba.
"Ni tolong angkat barang-barang ni letak dalam van. Nak letak dekat mahad." Katanya lalu masuk ke dalam rumah bagi mengambil beberapa lagi bungkusan peralatan dapur.
Barang-barang dapur itu diangkat sedikit demi sedikit. Muddatthir juga telah menghabiskan 30 juzuk al-Quran. Pada hari yang sama, cuma waktu yang berbeza dengan aku.
Banyak perkara aku belajar. Dahulu aku sangkakan, Allah hanya memilih orang yang baik-baik untuk menjadi dekat kepada dia. Tetapi sebenarnya, Allah memilih sesiapa sahaja yang ada rasa ingin dekat kepada Dia.
Betapa aku belajar, Allah sangat sayangkan hambaNya. Disaat hambaNya bermaksiat, Allah tidak merentap terus nyawa, membiarkan kita menggelupur di neraka.
Tetapi Allah masih memberi nikmat nyawa dan kesempatan yang ada, untuk kita bertaubat dan memperbaiki setiap karat diri. Allah sesayang itu kepada kita, tapi kita balas apa?
Dan sekarang aku sedar, ternyata gelisah yang ada di dalam jiwa selama ini adalah disebabkan dosa yang banyak bersarang sehinggakan susah untuk menerima teguran. Ternyata yang salah aku, bukan Tuhan.
Aku yang meletakkan diri sendiri dalam kejahilan. Jikalau aku ingin dekat dengan Tuhan, aku jugalah yang perlu keluar dari bulatan jahiliah dan mula berhijrah. Semuanya harus bermula dari aku. Bukan hidayah semata.
"Okay cun, jom kita gerak." Aku dan Muddatthir mula bertolak untuk ke maahad tahfiz. Jam menunjukkan pukul 4.10 petang yang mana lagi setengah jam akan masuknya waktu solat asar.
"Kenapa kau beli barang ni semua?" Aku menyoal.
"Sebab adik nak sedekah. Kan tu tempat kita belajar. Apa salahnya berbakti sikit." Dia berkata sambil matanya tertumpu ke arah depan. Fokus dengan suasana jalan raya.
Aku mengangguk dalam masa yang sama kagum dengan sifat dermawannya. 19 tahun, dia sudah mula bersedekah alatan dapur yang mencecah ratusan ringgit. Mashallah, inspired!
"Nanti asar kita solat dengan sana je tau." Muddatthir memberitahu. Aku hanya mengangguk dan akhirnya tanpa sedar, terlelap dibuai mimpi.
YOU ARE READING
Hafiz Yang Dipinjam [ C ]
De TodoTernyata lama dunia yang aku kejar bukanlah memberikan aku kebahagiaan. Tetapi sekejap yang aku gunakan untuk meluangkan masa bersama Tuhan, sakit yang bertahun seakan sembuh dalam sesaat. Ini Kuasa cinta Dia. "Terima kasih Allah, atas Hafiz Yang Di...