Dua Puluh Empat

16 4 1
                                    

"Hanisya, aku harap kau boleh lupakan aku." Aku bersuara, perlahan.

"W- what? You use 'kau aku' with me? Babe I'm sorry... I know it was my fault but plea-"

"Aku dah tak cintakan kau." Hanisya terdiam. Air matanya jatuh dalam masa yang sama menatap mata aku. Bibirnya diketap sedih. Sepantas kilat aku mengalihkan pandangan mata.

"Aku tak rasa jalan yang kita pilih ni jalan yang betul." Aku cuba menjelaskan.

"After a lot of years?" Hanisya menyoal dalam sedu sedannya. Rambutnya yang jatuh ke depan dialihkan ke belakang. Sekali lagi, mata aku alihkan ke tempat lain.

"Couple is not the best way Han." Aku terus jujur dengannya. Atmosfera yang seiuk akibat pendingin hawa itu menampar kulit wajah kami lembut.

"Then what is the best way?" Hanisya menyoal dengan suara mendatar.

"Marriage." Hanisya terkedu.

"But you said you didn't love me anymore." Hanisya keliru.

"I didn't if I'm not marry with you." Aku cuba memberanikan diri untuk memperbetulkan apa yang salah selama ini. Aku duduk semula di atas katil dan mula tersenyum sendiri.

"Aku mimpi pasal kita masa kita sekolah menengah." Hanisya mengesat air mata dan duduk di atas sofa yang berdekatan dengan katil pesakit aku duduki.

"Everything that happen in there, I love it so much. I spend my time with you. But, aku nampak kau dengan Luqman was together." Aku senyum senget.

"And I felt hurt." Tawa kecil dilepaskan. Terasa kelakar yang entah datang daripada mana.

"Then abi, my lovely abi masukkan aku dalam maahad tahfiz. Aku belajar pasal cinta yang sebenar-benar cinta." Aku cuba menjelaskan tanpa memandang wajahnya.

"Cinta aku dengan Pencipta Hati aku." Aku melebarkan senyuman. Terasa indah segala rasa itu. Tiada kecewa apabila harapan itu terarah kepada Dia.

"Daripada situ aku belajar, cinta sebelum kawin adalah haram dan dimurkai Allah." Aku menahan sebak. Teringat segala jahil semasa bersama Hanisya.

Kami berpegangan tangan tanpa rasa malu, tanpa segan silu. Jahil tentang agama. Langgar segala yang Allah larang. Tinggal segala yang Allah perintah untuk laksanakan. Jahil dalam kebodohan agama. Atas pilihan sendiri membuat tidak tahu tentang agama Allah.

"Aku rasa nikmat hidup yang aku dapat sekarang ni, peluang kedua yang Muddatthir maksudkan dalam mimpi aku." Aku tersenyum dalam tangisan apabila teringat akan Muddatthir.

"That is why. Aku taknak teruskan kejahilan ni. Aku dah nampak jalan yang betul, yang patut aku pilih." Aku menjelaskan panjang lebar kepada dia.

"Muzammil, thank you for everything. But I don't think... I mean, aku tak rasa aku adalah yang terbaik untuk kau." Hanisya berdiri. Dia tersenyum memandang ke arah aku.

"Aku faham dengan apa yang kau cuba sampaikan and aku terima dengan hati yang terbuka." Hanisya mengesat air mata yang berjujuran keluar.

"Terima kasih untuk 3 tahun yang takde benda aku tak suka. Semua benda yang kau buat, aku appreciate. Tapi aku rasa aku tak layak untuk kau Muzammil." Hanisya mengambil begnya dan mula meluru ke pintu.

"Jaga aurat. Jaga ibadah. Baca al-Quran selalu. Jaga hubungan dengan Allah. Jaga hubungan dengan manusia. Jangan putus asa dengan rahmat Allah." Aku berkata tanpa berpaling ke arah dia.

"Inshaallah." Hanisya berkata lalu terdengar bunyi pintu dibuka dia dan tertutup sendiri.

Hafiz Yang Dipinjam [ C ]Where stories live. Discover now