Koko petang itu dipenuhi dengan lautan pelajar. Dari pukul 2.30 petang koko bermula dimulai dengan unit beruniform. Sekarang kelab persatuan. Dan selepas ini kelab permainan.
"Next week kita akan adakan lawatan untuk persatuan STEM. Kita akan melawat banyak tempat. Siapa cepat dia dapat." Syazrel selaku president persatuan stem berkata dengan penuh semangat.
"Pelajar yang nak pergi akan dikenakan bayaran sebanyak RM15 ringgit termasuk pergi dan balik. Makanan sekali." Dia menyambung.
"Bayar dekat bendahari atau penolong bendahari okay. Paling lambat minggu depan. Sekian terima kasih, semua boleh bersurai." Arahan Syazrel segera dipatuhi. Semua orang mula menggalas beg dan berlalu pergi.
"Muzammil!" Panggil seseorang dari arah belakang. Aku yang sedang membetulkan kasut segera menoleh ke empunya suara.
"Maira, ada apa?" Aku menyoalnya dan kembali berdiri apabila dia tiba di hadapan aku. Hanisya turut berada di sampingnya.
"Kau pergi ke lawatan tu nanti?" Maira menyoal. Hanisya yang berada di sebelahnya sudah mengibas-ngibas tangan ke arah mukanya sambil berpaling ke arah lain. Panas mungkin.
"Kalau Hanisya pergi, aku pergi." Tangan Hanisya yang mengibas wajahnya itu segera terhenti. Dia membulatkan mata ke arah aku. Maira? Entah. Riak wajahnya kelihatan agak kecewa.
"Hanisya pergi. So... kau pergi la kan?" Maira menyoal dengan nada yang perlahan sambil menundukkan kepala. Hanisya mengetap gigi, geram dengan sikap aku yang suka menyakitkan hati.
"Pergi." Balas aku sambil tersenyum ke arah Hanisya. Hanisya membuat "roll eyes" sambil memeluk tubuh.
"Okay, jom Hanisya." Maira menyedekahkan senyuman kepada aku. Aku turut membalas senyumannya dengan senyuman yang janggal.
"Hanisya." Langkah Maira terhenti. Tetapi tidak Hanisya. Dia terus berjalan tanpa menghiraukan aku.
"Whow!" Hanisya terpijak tali kasutnya yang terburai dengan sendiri semasa dia berjalan tadi.
"Gotcha." Aku sempat menarik lengan Hanisya yang berlengan panjang itu. Dia berdiri tegak lalu menepis tangan aku laju. Hanisya mengambil tempat di bangku dihadapan dewan untuk mengikat semula tali kasutnya.
"Tak semua orang kita boleh percaya. Kadang-kadang kawan sendiri pun boleh jadi lawan." Aku duduk bersila di atas lantai dan mengingat tali kasut Hanisya tanpa sempat dia melakukannya terlebih dahulu.
"Han, ak-aku pergi toilet jap. Kau... kau tunggu aku dekat toilet je eh?" Maira berlalu pergi sebaik mendapat jelingan yang tajam dari aku.
"Hish kau ni." Hanisya mengacah ingin menyepak aku. Sebagai arahan untuk aku berhenti mengikat tali kasutnya. Dia menyambung mengingat tali kasut itu dengan sendiri.
"Kau yakin ke Maira tu kawan kau?" Soal aku dan mengambil tempat disebelah dia. Hanisya yang duduk dalam keadaan halal gap itu memandang aku dengan penuh tanda tanya.
"Takkan kawan kau pula. Kitorang bff tau." Hanisya memeluk tubuh sambil tersenyum. Mempertahankan Maira. Bff katanya. Konon.
"Choi! Dia perasan weh tali kasut kau tadi terburai. Aku nampak dia siap senyum lepastu jalan laju dari kau lagi." Aku melepaskan rasa tidak puas hati.
"Ye? Takpelah, mak aku kata biar orang buat kita. Jangan kita buat orang." Wajahnya sedikit mengeluh. Pelukan diri dilepaskan perlahan.
"Maksudnya bukan sekali la dia buat macam ni dekat kau." Aku memandang ke arah depan.
"Kenapa cakap macam tu pula?" Hanisya menyoal lagi.
"Kalau tak, kau takkan senang-senang 'iye'kan aku." Wajah Hanisya dipandang lagi. Dia memandang tepat ke arah mata aku. Pandangan yang membenarkan segala kata-kata aku. Tetapi dia cuba menidakkan.
"Dahla kau ni. Satu je, jangan sakitkan Maira. Dia kawan aku. Caw." Beg galas berwarna pink putih itu diambilnya laju dan meninggalkan aku di bangku bersendirian.
YOU ARE READING
Hafiz Yang Dipinjam [ C ]
RandomTernyata lama dunia yang aku kejar bukanlah memberikan aku kebahagiaan. Tetapi sekejap yang aku gunakan untuk meluangkan masa bersama Tuhan, sakit yang bertahun seakan sembuh dalam sesaat. Ini Kuasa cinta Dia. "Terima kasih Allah, atas Hafiz Yang Di...