Pusat Sains yang dipenuhi dengan pelbagai alatan yang canggih itu benar-benar mengagumkan semua yang ada disitu. Hanisya yang berseorangan itu didekati seseorang.
"So kau dah plan?" Maira menyoal sambil memeluk tubuh.
"Kau yang pergi duduk dengan Aliya." Hanisya berkata mempertahankan dirinya daripada menjadi habuan fitnah perempuan ini.
"Kau bukan tak tahu yang aku ni suka Muzammil." Maira menghantar cemburunya dengan suara yang masih dapat dikawal.
"Hidup kau ni takde benda lain ke Maira? Kalau kau nak sangat pergilah, aku tak hamak pun." Hanisya bengis. Tatkala semua sedang menghayati lawatan STEM itu, dua orang ini bertekak tentang perkara yang tak munasabah.
"Eh girl. Ingat sikit siapa kau. Jangan nak tinggi hidung dengan aku." Langkah Maira yang sedikit jauh itu menjadi semakin dekat ke arah Hanisya.
"Kalau bukan sebab bapa aku, mak kau dah mati tahu?" Maira tersenyum sinis. Hanisya tergamam. Tangannya digenggam erat. Terasa ingin menampar wanita durjana dihadapannya itu.
"Hanisya, kau nak am-" Kata-kata Muzammil terhenti apabila melihat aksi yang pelik dihadapan matanya itu. Sepantas kilat Maira memegang tangan Hanisya.
"Takpe ke kalau aku pergi dengan Aliya? Kau okay sorang-sorang?" Hanisya bingung. Tidak menjawab apa-apa. Kenapa dia ni tiba-tiba?
"Takpelah, jom ikut je lah aku sekali. Kesian kawan aku sorang ni, nanti kawan dengan hantu." Maira ketawa kecil. Hanisya pula tersenyum kelat. Mengambil nafas sedalam lautan China.
"Tak pe, aku okay sorang. Lagipun Aliya sorang-sorang kan? Pergilah." Hanisya melepaskan genggaman Maira dan berlalu pergi ke tempat lain. Maira berpura-pura tersinggung dan mendapatkan Aliya.
"Maira." Muzammil memanggil. Maira menoleh dengan ceria. Entah apa yang digembirakannya.
"Kalau aku punca kau marah, jangan lepaskan marah tu dekat orang lain. Aku benci orang macam tu. Tahu?" Muzammil berlalu pergi meninggalkan Maira yang terkejut dengan kata-katanya itu.
"Aku pun benci dengan orang yang suka main tarik tali macam ni Muzammil, tahu?" Bisik Maira perlahan.
"Okay semua, get ready nanti kita ambil gambar dekat luar. Make sure jangan tinggal apa-apa barang yang penting ya?" Cikgu Zuber bersuara memberi arahan kepada para pelajar.
"Baik cikgu!" Serentak suara mereka menjawab. Semua yang ada mula bergegas keluar kerana risau akan terlepas daripada mengambil gambar memori indah sebagai pelajar sekolah tahun akhir itu.
"Semua dah ada?" Cikgu Zuber menyoal.
"Ada yang pergi toilet cikgu." Syazrel menjawab.
"Alah ye ke? Kita dah tak cukup masa dah ni. Takpe, mana yang ada je kita ambil." Semua hanya mematuhi arahan Cikgu Zuber dan mereka semua berkumpul beramai-ramai menghadap ke arah lensa kamera.
"Okay jom naik bas, kita ada lagi satu tempat nak pergi. Cepat-cepat." Cikgu menepuk-nepuk tangan supaya semua orang fokus dan mendengar cakapnya.
"Berapa orang lagi?" Cikgu Hazlena menyoal.
"Maira dengan Hanisya. Pergi toilet kot." Syazrel menjawab.
"Faris mana?" Muzammil menyoal.
"Tu dek- eh. Pergi toilet juga kot." Syazrel yang baru sahaja ingin menunjuk ke arah kerusi tempat Faris duduk terhenti apabila tuan badan tiada di situ.
Baru sahaja Muzammil ingin keluar mencari, Maira dan Faris telah tiba terlebih dahulu. Hairan, Hanisya tidak bersama dengan mereka.
"Han mana?" Muzammil menyoal kerisauan.
"Bukan dia dengan kau?" Maira menyoal Muzammil kembali. Muzammil tidak bercakap banyak lalu berlari keluar dari bas. Mencari di mana Hanisya berada.
YOU ARE READING
Hafiz Yang Dipinjam [ C ]
RandomTernyata lama dunia yang aku kejar bukanlah memberikan aku kebahagiaan. Tetapi sekejap yang aku gunakan untuk meluangkan masa bersama Tuhan, sakit yang bertahun seakan sembuh dalam sesaat. Ini Kuasa cinta Dia. "Terima kasih Allah, atas Hafiz Yang Di...