Dua Puluh

10 3 0
                                    

"Ustaz...tadi...sumpah ustaz tadi saya hafal semua. Tapi...saya tak tahu kenapa saya lupa." Aku menangis. Suasana musolla menjadi sepi. Semua tertumpu ke arah aku.

"Anta rasa apa yang buat anta boleh lupa?" Aku menggeleng. Terasa sebak yang amat sangat di dalam dada. Muddatthir mendekati dan duduk disebelah aku.

"Cuba abang istighfar banyak-banyak." Dia berkata. Ustaz menarik nafas dan kedengaran suaranya melepaskan nafas. Pandangan aku yang tadinya ke arah Muddatthir bertukar semula kepada ustaz.

"Muzammil, dalam kita nak mengaji, nak kalam Allah ingat dekat kepala dan hati, kita kena ikhlaskan hati. Kena bersihkan hati." Ustaz Adi mula memperbetulkan posisi.

"Boleh jadi hafalan yang kamu ingat tadi lupa dengan sekelip mata disebabkan titik dosa yang ada dalam jiwa." Ustaz menyambung.

"Tapi saya tak buat apa-apa ustaz." Aku cuba meyakinkan dia.

"Kenal Imam Syafei?" Ustaz menyoal. Aku mengangguk. Siapa tidak kenal tokoh Islam yang sangat hebat dengan otaknya yang geliga? Jangankan baca sekali terus ingat, tengok sahaja terus melekat.

"Pernah dengar kisah beliau?" Ustaz menyoal lagi. Aku mengangguk.

"Pasal dia tulis apa yang cikgu dia ajar dekat tangan guna air liur." Itu sahaja cerita tentang Imam Syafei yang aku tahu. Tetapi menjawab juga persoalan ustaz kan? Aku pernah dengar, hanya itu.

"Betul. Lepastu ada satu hari tu, Imam Syafei ni dia belajar. Belajar punya belajar, dia pergi jumpa tok guru dia. Dia mengadu tentang dia dah belajar punya habis, tapi tak tahu kenapa susah sangat ilmu tu nak melekat dekat kepala dia." Ustaz bercerita dan aku mendengar dengan penuh minat.

"Tok guru dia pun tanya, dosa apa yang dia buat sampaikan dia susah sangat nak faham apa yang dia belajar tu. Imam Syafei ni pun, aih. Dia pun fikir, dosa apa yang dia buat sampai ilmu pun susah nak masuk." Ustaz berdehem.

"Fikir punya fikir, ohhh baru dia teringat. Masa tu dia ada pergi pasar, lepastu ada seorang perempuan ni dia nak langkah lecak yang ada depan dia tu. Lepastu dan dan Imam Syafei terpandang, perempuan itu terselak kain dia sikit. Bahasa kita cam nampak betis sikit."

"Imam Syafei pun bagitahulah tok guru dia apa yang dia teringat tu dan dia memohon ampun kepada Allah. Jadi pengajaran dia dekat sini, Imam Syafei dia tertengok sahaja pun, boleh susah nak faham ilmu. Apatah lagi kita yang kadang-kadang sengaja buat dosa."

"Tak apalah, perbanyakkan lagi solat sunat taubat, solat sunat yang lain-lain, perbanyakkan zikir dan selawat, minta doa mak ayah biar dipermudah segala urusan. InshaAllah bila niat kita segalanya kerana Allah, Allah akan permudah." Aku mengangguk.

"Malam nanti tasmik lagi sekali." Aku menyalam ustaz dan duduk semula di tempat aku. Membuka mashaf suci al-Quran yang mulia. Cuba menghafal sekali lagi. Muddatthir mengambil tempat di sebelah aku dan menghafal sama. Seolah menghantar semangat untuk terus berjuang.

Aku bukanlah budak yang nakal. Jarang sekali sakitkan hati guru. Dengan abi ada, tapi aku dah minta maaf dan abi maafkan. Rokok aku tak sentuh, perempuan aku tak main, makanan haram tak pernah rasa nak makan.

Sebab yang bermasalah bukan aku dan luaran, tapi aku dengan Tuhan. Jauh yang teramat, walau ramai lihat akulah paling dekat. Aku akui, yang bermasalah dengan aku adalah hati.

Hati diri yang tak pernah fikir tentang Ilahi.

Betapa teruk.

Hafiz Yang Dipinjam [ C ]Where stories live. Discover now