"Assalamualaikum." Aku memberi salam dan melangkah masuk ke dalam kelas. Hanisya turut dari arah belakang dan terus mengambil tempat duduknya.
"Siapa tulis ni?" Soal aku apabila melihat nama aku dengan seseorang tertulis di papan putih kelas. Buku diletakkan perlahan di atas meja guru.
"Muzammil love Maira? Siapa Maira?" Bisik aku perlahan dan laju tangan mengambil pemadam papan putih.
"Wuuu Muzammil suka Maira~" Zahid bersuara dari arah belakang. Lantas aku berpaling ke arah dia. Satu kelas bersorak kuat. Aku tersenyum ke arah mereka dan memadam segala tulisan.
Sudah menjadi kebiasaan untuk aku dan rakan sekelas datang awal pagi kerana tepat pukul 7 pagi, kami akan mengadakan sedikit revision sebelum kelas bermula pada pukul 7.20 pagi.
"Kau tahu tak guru besar sekolah ni dah tukar? Nanti dia masuk kelas kita nak pantau." Zahid mengambil tempat dihadapan aku apabila punggung direbahkan di atas kerusi.
"Guru besar? Puan Julia pindah ke?" Soal aku dengan penuh tanda tanya. Baru sahaja Puan Julia berpindah minggu lepas.
"Taklah, meninggal. Sakit jantung." Segera lidah mengucapkan La Haula Wala Quwwata Illa Billahil Aliyyila'zim dan Innalillahiwainnailaihiroojioon. Zahid bermain tangan.
"Tulah, kita hidup ni tak tahu bila boleh mati. Entah-entah esok entah lusa. Entah-entah nanti dah kena tarik nyawa." Zahid berkata dengan senyuman kelatnya.
"Kalau aku mati, kau sedih tak?" Sambungnya sambil memandang tepat ke arah mata aku. Tetapi senyuman dia melebar hingga ke telinga.
"Weh kau ni... Apa cakap macam tu. Kalau aku mati, kau sedih tak?" Soalan yang diberikan tadi diacukan semula ke arah tuan soalan.
"Hehehehe." Dia menampakkan barisan giginya yang tersusun. Tahu pun takde jawapan. Rama-rama yang terbang tiba-tiba kena sambar dengan kucing pun sedih tau. Inikan pula yang selalu meneman tiba-tiba pergi.
"Yaisshh kau ni. Dah la aku nak study." Buku matematik tambahan diambil dan buku latihan dibuka tepat pada muka surat 18. Soalan bab 2 tentang pembezaan.
"Ajar aku ni, kalau bab ni ya allah hauk habis! Tak faham doo." Tangan mengalihkan rambut yang terjatuh di tepi ke arah belakang. Zahid segera memusingkan kerusinya ke arah aku. 15 minit yang kosong diisi dengan menuntut ilmu.
"Assalamualaikum semua, hari ini kita ada tetamu iaitu guru besar sekolah kita yang baru, Encik Mursyid Anuar." Satu kelas memberikan salam kepada Cikgu Amira dan Encik Mursyid.
"Hari ini Encik Mursyid akan memantau kelas kita, jadi saya harap kamu semua boleh memberi kerjasama yang baik, okay?" Cikgu mengangkat tangan gaya-gaya orang membuat "yes".
"Okayy!!" Satu kelas menjawab dengan serentak dan penuh bersemangat. Kecuali aku. Entah kenapa aku banyak memikirkan tentang persoalan Zahid tentang mati sebentar tadi.
Mungkin disebabkan aku baru sahaja berjumpa dengan Puan Julia pada hari Jumaat minggu lepas. Pemergian dia yang secara tiba-tiba agak terkesan kepada hati aku. Rasa sebak.
"Muzammil." Suara Cikgu Amira menerjah lamunan aku. Aku yang terkejut disapa secara tiba-tiba tanpa sengaja menjatuhkan pen pilot ke atas lantai. Tangan seseorang menggapainya terlebih dahulu sebelum sempat aku menunduk.
"Terima ka-" Pen ditangan Encik Mursyid itu diambil tanpa ucapan terima kasih dihabiskan. Aku hanya menundukkan kepala tanda terima kasih dan mengalihkan pandangan ke arah cikgu semula.
YOU ARE READING
Hafiz Yang Dipinjam [ C ]
NezařaditelnéTernyata lama dunia yang aku kejar bukanlah memberikan aku kebahagiaan. Tetapi sekejap yang aku gunakan untuk meluangkan masa bersama Tuhan, sakit yang bertahun seakan sembuh dalam sesaat. Ini Kuasa cinta Dia. "Terima kasih Allah, atas Hafiz Yang Di...