Dengan izin Allah, aku telah melepasi temuduga yang telah dijalankan. Segala syarat dan pengesahan juga abi telah tandatangan. Sejujurnya, aku ke sini untuk menyembuhkan hati yang pernah ditikam.
Hari ini kaki aku menjejak tanah Mahad Tahfiz Lailatul Qadr. Banggunan yang pernah dipandang kosong, kini terasa tenang dan menyejukkan hati. Aku mengikut Muddatthir, memusing satu banggunan.
Di bahagian belakang, terdapat bahagian yang masih lagi dalam pembinaan. Mungkin disebabkan penambahan pelajar, banggunan mahad ini perlu diperluaskan. Muddatthir memperkenalkan aku kepada tempat-tempat di situ.
"Jomlah, adik tunjuk dorm pula." Muddatthir menjadi waze aku yang tidak berbayar. Ada beberapa bilik yang panjang dan di dalam bilik itu mempunyai 12 katil, mungkin?
"Ni katil abang. Atas katil adik." Akhirnya kami tiba di tempat tidur. Katil besi dua tingkat yang kelihatan sangat selesa benar-benar menggoda aku.
"Mana kau tahu aku tak suka tidur atas?" Aku menyoal Muddatthir yang pergi ke arah almari baju yang bersaiz sederhana. Sesuai untuk dua orang berkongsi.
"Sebab kita kenal dari kecil?" Muddatthir mengangkat kening kirinya. Aku hanya mengangguk membernarkan kata-kata dia.
"Sekarang pukul 1, sekarang waktu makan. Pukul 1.30 nanti kita solat Zuhur berjemaah. Jomlah makan dulu." Muddatthir memeluk bahu aku dari arah tepi dengan depa kanannya.
"Janganlah aku geli do." Aku melepaskan pelukan itu perlahan. Muddatthir tergelak kecil. Anak tangga dituruni cepat dan kami tiba di kantin untuk makan bersama.
"Assalamualaikum." Muddatthir menyapa beberapa orang yang aku kira sahabatnya. Aku menundukkan kepala sedikit dan memberikan senyuman janggal.
"Waalaikumussalam." Salam dijawab dengan mesra. Mereka bersalaman dengan Muddatthir dan apa yang paling mengejutkan aku ialah mereka turut menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan aku.
"Budak baru ke?" Aku hanya mengangguk. Aku duduk bersila di sebelah Muddatthir setelah Muddatthir mengambil tempat duduk. Seseorang hadir dengan membawa dulang bulat yang besar.
"Kenapa terkejut? Tak pernah makan dalam dulang ke?" Orang itu menegur sambil menampakkan gigi serta bibir yang melebar. Melawak mungkin. Tapi memang pun, ini kali pertama. Aku hanya tersenyum sipu.
Aku tidak tahu mengapa aku menjadi orang lain. Selalunya aku akan susah untuk bergaul dan bermesra dengan orang yang aku tidak kenal. Tetapi dengan mereka, terasa sejak dalam perut ibu aku sudah kenal.
Mungkin ini yang dikatakan akhlak seseorang menggambarkan dalamannya. Wajah-wajah mereka tenang. Tidak sebaran aku. Senyuman tidak lekang. Tidak seperti aku. Sangat mesra. Terasa benar-benar dijemput.
"Bismillahirahhamnirrahim." Semua yang berada di dalam bulatan itu menadah tangan sebaik sahaja mendengar suara seseorang yang membaca basmallah. Aku turut mengikuti dan mengaminkan doa makan bersama-sama.
Kesemua mereka duduk seperti sunnah Rasulullah dan bersedia untuk menjamah nikmat makanan. Perlahan-lahan aku juga memperbetulkan duduk seperti mereka. Muddatthir tersenyum.
"Mula-mula tak selesa, tapi lama-lama nanti tak sah kalau tak duduk macam ni. Jomlah makan." Aku tersenyum kecil. Argh, aku ke ni? Perasaan menyampah mahupun ingin marah terhadap Muddatthir entah kemana. Yang ada hanya selesa.
Mereka makan dengan penuh beradab dan sangat sopan. Perasaan yang susah untuk aku gambarkan. Terasa seperti sebuah keluarga. Terasa kehadiran aku tidak menyusahkan sesiapa.
Dan yang paling menakjubkan, dari awal hingga akhir nasi disuapkan, tiada satu suara pun yang berbunyi dari mereka yang sedang menjamu selera. Dari sini pun, hati aku ibarat dipujuk. Kagum dengan akhlak.
Akhlak yang sepatutnya sekalian Islam amalkan. Termasuk aku. Aku tahu tidak elok bercakap sambil makan. Aku tahu tidak elok berbual di depan makanan, apatah lagi bercakap perkara lagha. Tetapi aku buat juga.
Cis, betapa jahil!
YOU ARE READING
Hafiz Yang Dipinjam [ C ]
RandomTernyata lama dunia yang aku kejar bukanlah memberikan aku kebahagiaan. Tetapi sekejap yang aku gunakan untuk meluangkan masa bersama Tuhan, sakit yang bertahun seakan sembuh dalam sesaat. Ini Kuasa cinta Dia. "Terima kasih Allah, atas Hafiz Yang Di...