"You I minta maaf. Tapi I nak break dengan you." Suara Hanisya yang lembut itu kedengaran tegas tidak seperti selalu. Selalunya dia akan menjadi ceria dan banyak tersenyum apabila dia berada dengan Muzammil. Tetapi tidak pada malam ini.
Suasana Restaurant 5 Star itu dihiasi dengan suara kebanyakan orang. Tidak terkecuali bunyi pinggan, sudu dan garfu yang berlaga. Gelak tawa dari beberapa penjuru juga kedengaran bahagia. Tetapi tidak bagi mereka berdua yang berada di luar restaurant ini.
"Kenapa? Sebab kau ada jantan baru kan?" Muzammil yang berang itu meninggikan suara sambil rokok di tangan dilepaskan ke tanah dan dipijak seolah rokok itu adalah jejaka yang merampas Hanisya daripada dia.
"See yourself bro. Kalau macam ni perangai you, my parents tak buat silap la bila terima lamaran dari Luqman." Hanisya memeluk tubuh. Seketika itu Muzammil memandang Hanisya tajam dan merenung figura wanita itu untuk seketika.
"Apa dia? Parents you terima lamaran dari Luqman?" Tanpa banyak soal, kakinya melangkah laju mendekati kekasih hatinya itu dan lengan Hanisya dicengkam kuat.
"Kalau perangai baran kau ni tak boleh nak ubah, jangan harap aku nak terima kau lah!" Hanisya berkata lalu menolak Muzammil dengan sekuat hati. Baru sahaja tangan kanan Muzammil ingin mendarat ke pipi Hanisya, seseorang telah berdiri di hadapannya membuatkan pergerakan itu terhenti tanpa diminta.
"Lempanglah!" Teriak Luqman. Perlahan-lahan tangan diturunkan dan Luqman yang berada di hadapannya itu dipandang dengan mata yang penuh dengan bara.
"Kau blah." Luqman ditolak ketepi dan tangan Hanisya ditarik kasar olehnya. Belum sempat Muzammil membawa Hanisya pergi, tangannya telah ditepis Luqman dan Hanisya ditarik ke belakangnya.
"I thought you my friend bro. No maksud aku, best friend?" Muzammil berkata sambil tersenyum sinis. Luqman menarik nafas dalam sebelum melepaskan nafas itu berat.
"We are. But not anymore." Luqman bersuara perlahan sambil mencekak pinggang.
"Sebab perempuan ni?" Muzammil menyoal sambil jari telunjuk dihalakan ke arah Hanisya yang kaku di belakang Luqman.
"Sebab ni." Luqman menghalakan jarinya ke arah Muzammil. Tangan Muzammil yang menunjuk Hanisya itu dijatuhkan perlahan.
"5 tahun bro. 5 tahun aku berkawan dengan kau. Mana janji kau yang kau nak ubah perangai kau? Baran kau tu. Kalau aku yang kawan dengan kau pun pernah makan kaki kau, Hanisya ni... Kalau jadi isteri kau?" Luqman mengetap bibir sambil memandang ke arah langit. Menahan air mata jantan daripada jatuh ke atas tanah.
"Ubahlah diri kau Zam. Kau kena sedar yang baran kau ni makin teruk." Luqman menyambung lagi.
"Kau..." Muzammil ketawa kecil.
"Kau tahu kan aku dengan Hanisya dah 3 tahun couple?" Muzammil memandang tajam ke arah Hanisya. Luqman terdiam untuk seketika.
"Kau ingat 3 tahun yang aku rasa dalam hati ni, boleh hilang sekelip mata ke?" Air mata seorang Muzammil yang berbadan sasa itu akhirnya tumpas jua.
"Kau perempuan. Aku buat semua benda yang kau suruh...ni..." Muzammil menyedut hingus yang ingin mengalir dari hidungnya.
"Ni balasan kau dekat aku?" Hanisya diam. Tidak membalas apa-apa sebaliknya hanya menundukkan kepala dan kedua-dua tangannya digenggam erat ke belakang.
"3 tahun..." Muzammil ketawa kecil lagi.
"3 tahun tu cuma benda bodoh je untuk kau?" Hanisya terdiam lagi.
"Jawablah!" Teriak Muzammil.
Malam itu perit untuk mereka bertiga.
Masing-masing tersepit di antara dua.
Antara orang yang dicinta atau
sahabat yang sudah lama berkongsi cerita.Perit.
YOU ARE READING
Hafiz Yang Dipinjam [ C ]
De TodoTernyata lama dunia yang aku kejar bukanlah memberikan aku kebahagiaan. Tetapi sekejap yang aku gunakan untuk meluangkan masa bersama Tuhan, sakit yang bertahun seakan sembuh dalam sesaat. Ini Kuasa cinta Dia. "Terima kasih Allah, atas Hafiz Yang Di...