Langit malam disinari dengan bintang-bintang yang sangat indah. Maahad malam ini tersangatlah cantik lagi-lagi apabila ditambah dengan cahaya lampu mahad yang lip lap lip lap.
Siapa sangka, hanya dengan secebis hati yang dipatahkan, akhirnya aku berjumpa dengan jalan yang sebenar-benar jalan. Jikalau aku tolak untuk berada di sini, mungkin aku akan mengalami depression yang sangat teruk.
Cinta itu suci, tetapi sayang kebanyakkan manusia menyalah tafsir makna cinta demi memuaskan nafsu diri. Aku tidak terkecuali. Walhal hakikat semua ciptaan tahu, cinta itu hanya menjadi cinta apabila terarah kepada Allah.
Cinta hakiki. Yang takkan ada rasa sakit mahupun kecewa, tiada rasa luka mahupun alpa. Yang ada cuma kemanisan iman dan keseronokan dalam ketaatan. Hanya itu.
"Woi, jauh termenung." Muddatthir menyergah dari arah belakang.
"Astaugfirullah! Kau ni pahal?" Aku membuat muka ingin menumbuk dia. Dia hanya ketawa dan mengambil tempat duduk di sebelah aku.
"Abang, abang tak teringin ke nak kawin?" Tiba-tiba amat ini anak. Aku taruk garam banyak sangat ke masa masak tadi? Terlebih garam ke dia ni?
"Kenapa kau tanya? Kau tak nak ke?" Aku membalas soalan dia dengan soalan.
"Adik mimpi kan, adik jumpa bidadari syurga. Mata dia bulat, cantik sangat. Wajah dia bersih. Macam mutiara yang tersimpan baik." Muddatthir tersenyum, memandang ke arah langit.
"Wuish bidadari syurga, kelas kau jah. " Aku mentertawakan dia.
"Kan? Adik harap mimpi tu betul." Dia terus memandang ke arah langit. Sedikit sebanyak ada rasa cemburu di dalam hati. Cemburu untuk bermimpi seperti itu juga.
"Apa lagi kau mimpi?" Soal aku, sengaja mencari ruang untuk berbual banyak.
"Adik ada dekat satu tempat ni, cantik sangat. Adik belum pernah sampai situ, tapi apa yang adik tahu tempat tu memang cantik." Dia memandang aku. Bercerita dengan sungguh.
"Dekat situ, ada raaamai sangat orang. Semua muda-muda. Elok, yang lelaki hensem-hensem. Yang perempuan pula cantik-cantik." Dia bercerita dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya.
"Lepastu adik tengah jalan-jalan, adik ada nampak satu sungai ni. Sungai tu ramai sangat orang pergi. Adik pun pergilah dekat, nak tahu kenapa." Wajah dia malam itu bercahaya, aku juga tidak tahu mengapa.
"Lepastu ada sorang lelaki ni, dia tepuk bahu adik dari belakang. Adik pun tolehlah. Dalam mimpi tu, adik tak ingat nama dia siapa. Tapi muka dia, ya Allah indah sangat." Aku semakin tertarik dengan ceritanya.
"Ada lagi empat orang dekat belakang dia. Lambai-lambai adik sambil senyum. Tapi adik pelik la, adik tak kenal dia, tapi dia macam kenal sangat adik." Muddatthir tersenyum, gembira.
"Lepastu orang yang pegang bahu adik tu, dia cakap dia Rasulullah." Muddatthir memandang ke arah aku dengan mata yang sangat teruja. Aku yang terdengar terus ternganga dan membulatkan mata. Terkejut. Nak menangis pun ada.
"Ya? Allahumma solliala saidina muhamad. Siapa lagi empat orang tu?" Aku sudah dapat agak dalam kepala bahawa mereka ialah para sahabat Rasulullah, Khulafa Ar-Rasyidin.
"Lagi empat orang tu, Saidina Abu Bakar, Saidina Umar Al-Khatab, Saidina Usman bin Afwan last sekali Saidina Ali bin Abi Talib." Muddatthir tersenyum, ceria. Aku terus memeluk Muddatthir, erat. Air mata aku jatuh dengan sangat deras.
"Adik harap kita dapat jumpa dalam syurga." Aku meleraikan pelukan. Pelik dengan apa yang dia kata. Tiba-tiba terdengar letupan yang sangat kuat daripada arah dapur maagad. Entah sesaat dua, satu bahagian banggunan yang menempatkan pelajar tahfiz sudah dijilat api.
Aku dan Muddatthir berlari ke arah maahad dengan kelajuan yang tinggi. Mujur sahaja semua yang ada di dalam bahagian banggunan itu terselamat keluar.
"Kau nak pergi mana?!" Aku menahan tangan Muddatthir sebaik melihat dia mula ingin berlari masuk ke dalam api. Muddatthir menepis laju.
"Dalam tu ada orang! Adik dengar dia minta tolong!" Aku memegang tangan dia dan memeluknya tanpa tahu asbab aku melakukan sedemikian. Beberapa pelajar mula melaungkan azan.
"Sampaikan salam aku dekat Rasulullah dengan ahli syurga." Juga, aku tidak tahu dari mana datangnya ayat itu. Segalanya tiba-tiba. Seolah aku sedang dikawal oleh sesuatu, bukan diri aku. Muddatthir tersenyum dan terus berlari meredah api.
"Muddatthir!!!" Seakan diri sendiri mula kembali. Aku melihat Muddatthir di dalam api, mencari-cari suara yang dikatakan sedang meminta tolong walhal semua pelajar telah keluar daripada banggunan.
Teriakan Muddatthir menyebut kalimah Allah berulang-ulang telah menyebabkan aku ingin meredah api, tetapi ditahan oleh beberapa orang pelajar.
"Muddatthir!!!"
YOU ARE READING
Hafiz Yang Dipinjam [ C ]
RandomTernyata lama dunia yang aku kejar bukanlah memberikan aku kebahagiaan. Tetapi sekejap yang aku gunakan untuk meluangkan masa bersama Tuhan, sakit yang bertahun seakan sembuh dalam sesaat. Ini Kuasa cinta Dia. "Terima kasih Allah, atas Hafiz Yang Di...