Enam

16 3 4
                                    

"Abi nak pindahkan Muz dekat Mahad Tahfiz." Abi yang tadinya diam tidak bersuara memecahkan kesunyian meja makan.

"Tak nak." Jawab aku laju. Nasi berlaukkan ayam paprik dimasukkan ke dalam mulut.

"Abi tak kira. Nak tak nak, keputusan Abi muktamad. By tomorrow juga Abi akan pindahkan Muzammil ke maahad. Tempat Muddatthir belajar" Suara abi tegas.

"Selama ni kau tak pernah ambil kesah pun pasal aku. Datang-datang nak tentukan hidup aku?" Kata aku perlahan. Abi berdehem.

"Muddatthir kan dah ada. Biarlah Muzammil sekolah biasa." Ummi menyampuk. Mungkin sedang berusaha menjadi perisai dari api kecil yang bakal membesar menjadi syaitan.

"Saya tak kira. Saya nak hantar dia juga." Abi membasuh tangannya dengan jug air yang disediakan. Mengelap mulutnya dengan tisu yang tersedia.

"Nasi dah jadi bubur, salah abu juga." Kata aku lalu bangun berlalu pergi dari situ. Menaiki anak tangga dengan laju. Tangan pun tak sempat basuh. Basuh dekat toilet atas jelah.

"Abang nak anak-anak kita jadi hafizul Quran." Kata-kata Abi yang bergema mematikan langkah aku untuk memijak tangga yang seterusnya. Telinga dipasang dengan cermat agar tidak terkantoi bahawa aku mencuri dengar.

"Tapi abang tak boleh paksa kalau dia tak nak." Ummi berkata dengan nada yang perlahan. Serba salah barangkali.

"Abang tahu ni semua salah abang. Sebab tu abang nak betulkan balik dengan cara hantar Muzammil tu ke maahad. Biar dia belajar agama. Faham hukum hakam dengan orang tua." Lebar Abi.

"Entah solat terjaga entah tidak dia tu. Saya tengok belajar dalam kelas tadi pun duk pandang je muka cikgu. Entah faham entah tidak." Abi menyambung lagi.

"Pagi tadi dia cakap dia balik lambat sebab ada study group lepastu balik dengan Si Danish. Tapi bila ditanya kawan-kawan tu katanya Muz tak pernah join study group petang." Abi meneguk air teh panas perlahan.

"Saya setuju kalau awak nak hantar dia ke maahad. Tapi bukan dengan cara memaksa. Awak kena dapatkan persetujuan anak awak tu dulu." Ummi memegang tangan abi. Cuba untuk memujuk.

"Kenapa baru sekarang?" Aku menyoal apabila tiba di meja makan. Mereka memandang serentak. Hati aku yang bergelojak ingin tahu semua perkara menyebabkan aku turun semula menemui mereka.

"Zam ken-" Ayat Ummi dipotong laju .

"Kenapa sekarang baru kau kesah? Mana kau 16 tahun dulu? Mana kau masa aku perlukan kau? Mana kau masa aku nak sangat dapat kasih sayang ayah macam kawan-kawan lain?" Soalan yang sudah lama terbuku di dalam hati akhirnya terluah.

"Muz tak tahu apa yang abi lalui. Muz jangan salah fah-"

"Habistu? Habistu kau tahu apa yang jadi dekat ibu? Kau tahu macam mana susah hidup aku dengan ibu?" Air mata yang sudah lama diahan kini membanjiri ruang dapur.

"Muz, abi tahu abi salah. Maafkan abi. Maafkan abi sebab abi tak ceritakan perkara sebenar dekat Muz." Abi mendekati aku.

"Kau hilang 16 tahun, kau ingat semua benda dari mulut kau senang-senang aku nak percaya?" Abi semakin hampir dan air mata makin deras mengalir.

"Abi minta maaf." Abi memegang bahu kanan dan menepuk bahu kiri aku beberapa kali.

"Maaf? Senanglah kau cakap sebab kau tak nampak macam mana ibu sengsara mati!" Suara aku naik seoktaf.

"Muzammil!" Ummi menegur dengan suara yang tegas.

"Hariz, abi mint-" Tangisan abi pecah. Cuba mengambil nafas dengan sebaik-baiknya.

"Jangan panggil aku Hariz. Ibu je yang boleh panggil aku Hariz." Aku menepis lengannya dan berlari menaiki anak tangga laju. Air mata lelaki tua itu, nampak palsu.

Hafiz Yang Dipinjam [ C ]Where stories live. Discover now