Kedai pokok bunga yang menjadi tarikan ramai orang itu benar-benar menyibukkan para pekerja. Rezeki milik Allah, alhamdulillah.
"Hanisya, kau tahu tak pokok yang paling bagus dekat sini?" Sahabat Hanisya, Maira mula menyoal.
"Tak tahu la Mai, aku ni bukan reti benda-benda gini." Hanisya menggeleng laju.
"Eh, dah pukul 9!" Jam tangan yang dilapik handsock itu dikerling laju oleh Hanisya. Mereka berdua segera mengambil pokok bunga yang kelihatan cantik mata memandang lalu membelinya.
"Kau yakin ke beli bunga ni boleh buat hadiah orang kawin?" Tanya Hanisya kepada Maira.
"Alah kau bukan tak tahu, Musfirah tu kan suka bunga. Beli ajolah daripada takde langsung." Kata Maira berseloroh sambil membawa kereta memecut laju jalan raya.
"Kau kan berpengalaman dah jadi bini orang, apa kata bagi tips dekat aku?" Maira mengusik, Hanisya tersipu malu. Tetapi di dalam dasar hatinya, dia sangat bersyukur dengan aturan Allah yang sangat cantik.
Kini Hanisya bukan lagi Hanisya yang dulu. Kini dia lebih matang dalam membuat keputusan dan tidak bersikap seperi anak-anak kecil. Dia tahu bahawa bagi mendirikan mahligai rumah tangga perlu memikul banyak tanggungjawab.
"Sampai dah." Cepat, Musfirah nak nikah dah ni." Hanisya memandang ke arah sekeliling masjid. Terasa tenang walaupun dipandang dari jarak jauh. Segala memorinya dengan Muzammil mula terpapar di dalam kotak minda. Terasa rindu.
"Kau tengok apa woi, cepatlah nanti lambat!" Maira menarik tangan aku dan kami berlari anak masuk ke dalam masjid. Mereka mengambil tempat duduk berdekatan Musfirah.
"Kak sorry do lambat. Minah ni ha terhegeh-hegeh." Maira menunding jari sambil memuncungkan bibir ke arah Hanisya. Hanisya hanya mencebek.
"Hahaha takpelah, imam pun baru sampai tu ha." Hanisya memandang ke arah tok kadi. Tepat di arah itu juga Muzammil berdiri meraikan kedatangan Tok Kadi kerana dia bakal menjadi wali bagi Musfirah.
--------------
"Pandang apa tu?" Muzammil datang menegur. Hanisya yang tadinya termenung memandang langit mula memandang ke arah Muzammil. Hanisya tersenyum gembira.
"Sayang tak rindu I ke?" Hanisya membuat muka cringe. Muzammil memuncungkan bibir. Macam budak-budak yang sedih sebab tak dapat gula-gula.
"Mestilah I rindu you by." Wajah Hanisya dipegang kedua-dua tangannya lalu Muzammil mengucup dahi Hanisya.
Hanisya dan Muzammil sah bergelar suami dan isteri selepas 7 hari peristiwa di hospital hari itu. Selama 7 hari itu, Muzammil sering solat sunat istikharah dan solat sunat hajat agar Allah membantunya dalam membuat keputusan.
Dalam 7 hari itu juga Hanisya perlahan-lahan istiqomah berubah bermula dengan penjagaan solat lima waktu dan seterusnya penjagaan aurat. Hanisya tidaklah sempurna segalanya lagi kerana masih ada kekurangan yang perlu diperbaiki.
Tetapi berkat menyerahkan hati dan jiwa mereka kepada Allah, Allah memberikan jalan kepada mereka untuk menempuh urusan ini dengan mudah. Hati mereka disatukan dalam doa yang dipanjatkan kepada Tuhan yang satu.
"I harap I boleh bimbing you ke jannah." Muzammil berkata sambil tangan kanannya mengusap kepala isterinya yang tercinta.
"Inshaallah sayang. I hope kita boleh sama-sama berubah ke arah yang lebih baik dan ke arah yang Allah reda." Muzammil tersenyum mendengar kata-kata Hanisya.
"Bagusnya isteri solehah saya ni!" Pujian Muzammil menyebabkan Hanisya tersenyum hingga ke telinga.
"Amboi lebih daripada pengantin sweet muwetnya!" Luqman bersuara mengacau daun. Ummi yang datang bersama Musfirah juga tersenyum macam kambing.
"Alah awak ni, biarlah diorang." Musfirah menepuk bahu Luqman. Ya, Luqman dan Musfirah diijabkabulkan dengan sekali lafaz sahaja. Sungguh, kebesaran dan segala puji hanya untuk Allah.
'Terima kasih Allah, atas segala nikmat ini. Aku belajar untuk lebih mengenali-Mu hanya disebabkan mimpi yang seketika itu. Belajar mentaati-Mu dan menjauhi larangan-Mu. Tiadalah aku andai bukan dengan izin-Mu. Terima kasih atas Hafiz Yang Dipinjam pada hari itu.' Muzammil berbisik perlahan di hatinya.
"Lepasni kita pergi ziarah kubur abi dengan Muddatthir ya." Ummi bersuara. Kami hanya menganggukkan kepala.
Abi, Muz dah dapat jawapan yang selama ni Muz nak tahu melalui mimpi Muz. Terima kasih abi. Muz minta maaf tak sempat berjasa sepenuhnya. Inshaallah Muz akan usaha sedekahkan al-Fatihah setiap hari untuk abi.
Muddatthir, terima kasih sebab ada dalam mimpi aku walaupun tak lama. Rindu aku terlepas juga walaupun sikit. Terima kasih sebab jadi wakil untuk kami sekeluarga ke syurga. Untuk kau pun, inshaallah aku akan cuba sedaya untuk sedekahkan al-Fatihah setiap hari.
-TAMAT-
YOU ARE READING
Hafiz Yang Dipinjam [ C ]
RandomTernyata lama dunia yang aku kejar bukanlah memberikan aku kebahagiaan. Tetapi sekejap yang aku gunakan untuk meluangkan masa bersama Tuhan, sakit yang bertahun seakan sembuh dalam sesaat. Ini Kuasa cinta Dia. "Terima kasih Allah, atas Hafiz Yang Di...