Maahad Tahfiz Lailatul Qadr itu dipandang kosong. Entah ingin digambarkan bagaimana perasaan ketika ini aku juga tidak tahu. Muddatthir yang baru sahaja keluar dari pejabat itu menuju ke arah aku.
"Assalamualaikum abang. " Salam diberi oleh dia dan menghulurkan tangan kanan untuk bersalaman. Aku berdecit dan memandang ke arah lain. Berpura-pura tiada apa yang berlaku.
"Abang tak rindu adik ke?" Dia menjatuhkan tangan dan menepuk bahu aku. Walaupun tidak memandang wajah dia, aku tahu bahawa dia sedang tersenyum.
"Aku benci kau, buat apa aku nak rindu?" Sentuhan dia di bahu tadi ditepis aku perlahan. Terasa kotor disentuh tangannya. Sengaja ingin menyakitkan hati Muddatthir.
"Aish mana abang tahu adik baru lepas korek hidung?" Muddatthir menyoal. Aku memadang dia dengan mata yang terbeliak dan mulut yang ternganga.
"Hahahahaha taklah. Adik takdelah pengotor sampai macam tu sekali." Dia ketawa riang. Kalau boleh tumbuk dia ni, sekarang juga aku tumbuk. Kerusi dihadapan taman menjadi pilihan aku berehat.
"Weh kau ada awek ak?" Soal aku kepada Muddatthir sebaik dia mengambil tempat disebelah aku.
"Takde." Jawab dia sepatah sambil tersenyum ke arah aku. Iphone12 pro max di tangan segera membuka aplikasi instagram dan mencari username seseorang.
"Tengok ni, cun tak?" Muddatthir memandang sekilas lalu menggelengkan kepala.
"Nasib baik kau kata tak cun. Awek aku ni, kalau kau kata cun tadi ha habis pecah muka kau aku bantai." Aku tersenyum dan Muddatthir tergelak perlahan.
Beginilah kami. Seorang terlalu penuh dengan kasih dan sayang. Seorang lagi benci tetapi sebenarnya sayang. Kalau disoal tentang rindu, ah malaslah berpuitis. Geli!
"Abang jom la kita selfie. Adik rasa kita tak pernah ada gambar sama-sama kan?" Dia merampas telefon aku tanpa sempat aku menghalang. Dia segera membuka aplikasi camera dan mengambil beberapa keping gambar.
"Abi kata dekat aku next week kau masuk maahad ni?" Muddatthir menyoal sambil melihat gambar-gambar tadi. Aku merampas kembali handphone itu kasar. Aku yang tadinya duduk berbongkok mula bersandar ke kepala kerusi batu.
"Aku bukannya apa tau. Tapi kau dah ada, dah la. Nak suruh aku sekali kenapa? Aku dah cukup bahagia bila takde orang kacau hidup aku. Ni dah la datang tiba-tiba. Lepastu nak tentukan hidup aku. Apahal." Luahan yang terbuku akhirnya sampai ke telinga Muddatthir.
"Tak semua orang dapat peluang macam ni Muz. Lagi-lagi abang, dapat peluang kedua. Serious abang tak nak?" Muddatthir memandang wajah aku dengan senyuman yang masih tersisa.
"Peluang kedua?" Soal aku pelik dan memandang ke arah Muddatthir dengan kening yang penuh tanda tanya. Entah bila abi suruh aku masuk maahad ni. Ni baru first time. Mana ada dua kali.
"Kau mabuk ketum ke?" Soal aku lagi apabila Muddatthir tidak menjawab sebaliknya terus tersenyum. Aku terasa tenang walaupun dia hanyalah adik aku. Jadi tidak hairan kalau abi selalu lebihkan dia dari aku.
"Nanti abang faham la maksud adik." Katanya lalu menepuk belakang aku dan bangun untuk beredar.
"Bila?" Soalan aku menahan kaki Muddatthir untuk melangkah pergi.
"Bila abang masuk sini." Dia tersenyum lagi. Seseorang yang tidak pernah lekang dari senyuman. Entah kenapa aku terasa sebak dan hati aku terasa dipujuk dengan senyuman dia. Seperti dia benar-benar berharap aku masuk ke Maahad Tahfiz Lailatul Qadr ini.
Abi yang keluar dari pejabat itu didekati Muddatthir. Bahu Muddatthir ditepuk beberapa kali dan dicium dahinya. Muddatthir membalas pelukan itu dengan erat sekali. Penuh dengan kasih.
Suasana itu mampu menyejukkan mana-mana mata, tetapi membakar hati aku. Terasa sakit. Terasa benci. Perasaan marah mula menjalar dalam diri. Segera aku mengambil langkah masuk ke dalam kereta. Benci.
YOU ARE READING
Hafiz Yang Dipinjam [ C ]
RandomTernyata lama dunia yang aku kejar bukanlah memberikan aku kebahagiaan. Tetapi sekejap yang aku gunakan untuk meluangkan masa bersama Tuhan, sakit yang bertahun seakan sembuh dalam sesaat. Ini Kuasa cinta Dia. "Terima kasih Allah, atas Hafiz Yang Di...