Di tasik, aku tercari-cari klu lain. Serupa hero filem hantu aku beraksi. Dalam kepala aku berfikir. Kenapa di tasik, masa hari hujan? Ini teori geografi ke apa ni?
Aku mendongak, merenung ke arah langit di bumi Allah ini. Cerah tiada tanda nak hujan. Takkan nak aku buat solat sunat minta hujan kat sini pulak kot, Insyaallah memang tak akan dimakbulkan la sebab bukan kes darurat katanya. Tapi, aku tetap berdoa semoga hujan cepat turun supaya boleh lah aku selesaikan kes ni secepat mungkin sebab aku kena pergi kuliah dan tutorial jugak, matlamat aku datang universiti ni bukan nak cari hantu!
Aku duduk berteduh di bawah pondok wakaf yang tersedia di situ sambil menghadap ke arah tasik. Beberapa ekor burung camar berwarna putih kelihatan berterbangan ke sana sini.
Kalau ada orang tanya aku apa aku buat dok tercongok seorang diri dekat situ, harus la aku jawab, “sedang menikmati keindahan ciptaan Tuhan,” Seketika, aku mengeluarkan buku nota untuk membaca sambil membunuh masa yang ada. Seingat aku semalam hujan, insyaallah hari ni akan hujan jugak. Aku selak bahagian belakang buku tersebut untuk melihat jadual kelas, mujur lah jadual aku tidak padat sangat hari ni, aku mengeluh sendiri, kecewa kerana tertinggal waktu belajar di kelas.
Penat aku menunggu sehingga tertidur. Aku terjaga apabila terasa ada cuitan sejuk pada lenganku. Terdengar bunyi rintik hujan samar-samar menyapa bumbung wakaf. Ya Allah! Dah hujan! Alhamdulillah! Aku senyum sendiri dalam mamai sehingga terlupa sebabnya aku menunggu hujan. Segera hatiku kecut untuk berjumpa sang hantu yang seronok sangat hantar geng-geng hantu dia itu pada aku.
“ Awak.. ingat saya lagi?” satu suara lembut menyapa telinga.
“ Huh, Ray? Apa awak buat di sini?” aku bertanya dengan nada perlahan akibat suara aku yang semacam nak tak nak aje keluarnya. Mamai aku pun masih belum hilang sepenuhnya. Mata aku tenyeh dan muka aku raup selepas aku membetul-betulkan rambut yang kusut yang mana boleh menurunkan peratusan kekacakan aku he he.
“ Tolong saya, boleh kan,” ucap Ray dengan wajah yang mengharap.
“ A.. awak ke yang apek teksi maksudkan tadi?” dalam ketar aku bersuara. Kenapa ketar tiba-tiba, kau ni, kalut la, Rul! Jerit hatiku kuat. Ray pula mengangguk dalam senyum. Mujur kau senyum, wahai hantu. Geng-geng dia pun kerjanya senyum aje kat aku. Aih, geng hantu senyum agaknya! Namun, aku masih tidak dapat menerima yang Ray sebenarnya adalah makhluk comel yang bukan manusia.
“ Saya ada kawan lelaki dulu. Katanya dia suka dekat saya, kemudian dia ajak saya bercinta, tapi saya tolak,” Ray mula bercerita sementelah dia melihat aku bereaksi dengan muka kelat bersatu dengan hairan.
“ Sebab awak bukan gay?” Laju pertanyaanku meluncur keluar. Kau ni suka sangat berfikiran negatif, kan Khairul. He he, aku garu kepala sambil merenung pada Ray mengharap jawapan. Ray tergelak mendengar soalan aku.
“ Tak, sebab saya tak nak bercinta masa belajar. Awak nak tahu? Sebenarnya saya ni perempuan, bukan lelaki macam yang awak sangka,” ucap Ray riang sambil tangannya memerah lagi baju kemeja kuningnya semalam. Hairannya, hujan tak la lebat mana pun sampai nak kena perah-perah baju bagai.
Ohh, hantu tomboy rupanya. Sebab dia rupa macam lelaki tapi sebenarnya perempuan. Ini dah cukup membuktikan yang aku ni suka fikir negatif. Ish ish ish, aku bukan apa, selalu aku berfikir positif, hasilnya mesti negatif kalau berkait dengan hantu-hantu ni, itu pasal la kot aku jadi macam ni!
Seketika kemudian aku masih terdiam, aku masih cuba untuk berfikir, cuba mencerna perkataan-perkataan yang keluar dari mulut Ray. Ada rupanya ya hantu tomboy. Tak tau pulak aku! Aku ingat hantu ni ada dua aje, kalau tak lelaki, perempuan. Tak perempuan, lelaki la kan. Ada logiknya la juga kenapa dia ber”saya” “awak” dengan aku. Tomboy lemah-lembut katanya hu hu. Lagi sekali, ada ke tomboy lemah-lembut? Ada la tu, habis depan aku ni apa benda kalau bukan tomboy lemah-lembut? Tomboy sesat kut he he.
YOU ARE READING
Hero aku Tomboy
HumorSinopsis:- Khairul Ezzairy merupakan pelajar yang menitikberatkan soal agama telah menjadi popular kerana kelebihannya yang dapat melihat sesuatu yang paranormal dan telah membantu menyelesaikan kes misteri di universitinya. Kehidupannya yang biasa...