" Faz, kau tengok la tu, laki kau la, Khairul Ezzairy, alahai hensemnya dia!" bersinar-sinar mata Wawa.
" Wei, kau gila ke, laki orang pun kau sibuk nak ushar-ushar," malas layan.
" Waa, kau cemburu ke aku ushar-ushar dia? Pertama kali ni aku dengar, selalu kau mengutuk dia ada la,"
" Wawaku sayang, tak ada maknanya aku nak cemburu buta, laki aku tak apa lagi kau nak ushar, jangan laki orang lain sudah. Tapi perlu ke dia sama kelas dengan kita? Menyemak lagi depan mata aku. Macam dah tak ada tempat lain dia nak pergi, kan?" bebel Faz sambil menjeling jam di tangan. 5 minit lagi kuliah keusahawanan akan bermula. Malang betul satu fakulti dengan dia, nasib baik tak sama kos! Bisiknya mencebik. Ruang dewan itu dirasakan sempit dan panas dengan kehadiran lelaki itu.
**
Satu minggu kemudian
*Khairul POV*
Awak dah makan belum? Saya kat kafe ni kalau nak pesan apa-apa?
Aku dah siap taip mesej ringkas ni untuk dia, tapi aku jadi ragu-ragu nak hantar tiba-tiba. Nanti dia kata aku ni penyibuk antarabangsa pulak, macam mana? sadis gila bunyi ayat tu, weh! Aku tak hantar, kesian kat dia aje kalau tak makan lagi. Baru la aku sedar yang aku ni rupanya suami teladan yang mengambil berat tentang isteri sendiri.
Ceh, baru sikit aje, kau dah perasan lebih, nanti yang nak dapat pahala, terus tak dapat. Dalam tak sedar, jariku tertekan butang send. Aduhai! Apa kena pulak dengan aku ni, aiseh! Aku tepuk dahi, menyesal gila bila telefon aku menyala memberitahu mesej sudah pun selamat sampai kepada si penerima.
" Weh, terima kasih suami solehku, aku ada kaki, aku boleh cari makan sendiri, okay. Kau tak payah nak rasa dan sibuk nak ambil berat pasal aku, aku dah cukup sempurna walaupun kau tak ada," ayat yang diucapkan tanpa jiwa itu kedengaran perit menyapa telinga tak sampai tiga minit kemudiannya.
" Dan sejak bila kau ada buat servis delivery ni, beb?" aku terus terpempan sementara waktu.
Aku angkat muka memandang ke arah suara tersebut. Aku dah tahu, siapa lagi kalau bukan isteri gangster aku! Kan dah kata. Aku pandang dengan muka-tak-tahu-nak-bereaksi-macam mana ke arahnya. Aku dah agak dah, gerenti punya dia nak perli aku! Tahap sakit hati punya perli sekali dia bagi! Najwa kawan baiknya pula aku lihat menyiku kuat rusuk kirinya selepas habis dia berkata-kata.
" Sakit la, kau ni apa kena, Wa??! Tak ada hala tiba-tiba nak menyiku aku?? Dah gila sangat nak masuk hospital?! Siku dah la tajam kalah pisau!" tempelak Faz kuat. Aku terus telan air liur. Nasi lauk paprik tengah hari itu aku tolak ke tepi sementelah Faz yang datang tiba-tiba dari belakang terus menghilangkan nafsu makanku. Yela, datang-datang aje terus cari pasal!
Esok la aku buat iklan kat Mudah.com, siapa yang nak kurus dalam masa sebulan, sila berkahwin dengan Faz (kalau aku nak ceraikan dia la, siapa tak sayang bini oii). Sebaris ayat dia aje dah cukup buat tak lalu makan!
" Kau tu la, jaga sikit cara percakapan kau, kau cakap dengan suami kau, bukan dengan kawan kau!" marah Najwa pula, sedikit kasar aku kira.
" Kau dengar tu, pakcik Khairul? Kau ceraikan aje aku, kau kahwin dengan dia. Wawa, kau suka sangat dengan mamat ni kan? Aku pun tak kisah kalau kau nak kat dia," ucap Faz bersahaja dan kemudian memeluk tubuhnya sendiri. Rambutnya dilurut ke belakang selepas itu sambil menjeling aku penuh benci. Dan dia tak hairan langsung dengan apa yang dikata.
Najwa yang mendengar butir katanya itu segera membulatkan matanya selari dengan pipinya yang mula kemerah-merahan tak tunggu masa. Malu apabila rahsianya terbongkar. Tambahan pula ada berpuluh pasang mata sedang menonton drama aksi di keliling kami. Siap ada yang berhenti berjalan semata-mata nak tengok pasangan pengantin baru nerd-gangster bergaduh. Mak ai. Standard macam kat panggung la pulak.. aku berdiri. Aku gigit bibir sebentar sebelum aku mengumpul kekuatan untuk bersuara melawan renungan berapi Faz.
" Fazlah Joanna binti Datuk Mohammad. Dengar sini. Saya tak akan sekali-kali menceraikan awak kecuali mati saja yang akan memisahkan kita!" aku bersuara kuat yang akhirnya mematikan renungan membunuhnya tadi. Dia diam dan pandang ke arah lain. Riak muka tak percaya terlihat pada wajahnya. Mulutnya pula diketap sambil merenung jari-jemarinya sendiri. Tak lama kemudian, dia mendekati aku.
" Okeh! Kau pun dengar sini, Khairul! Aku akan buat kau menyesal dengan kata-kata kau tadi, faham?!" jari telunjuknya diarahkan ke mukaku, dengan jelingan yang lebih tajam, dia berlalu pergi meninggalkan aku dengan haruman maskulin yang menusuk hidung. Baju jaket kulit hitamnya ditanggalkan sambil berjalan penuh amarah. Terserlah gelang tebal hitam yang bercorak bintang dan besi bulat pada tangannya. Dan gelang itu memang menyerlahkan kegangsterannya. Aku ketap bibir dan menggenggam penumbuk. Salah seratus peratus tanggapanku yang memikirkan dia diam kerana menimbang kata-kata aku sebentar tadi.
Najwa yang serba salah dengan situasi itu pula dengan pantas mengejar Faz dari belakang. Dan suasana ala-ala panggung wayang sementara tadi kembali normal. Aku duduk kembali dan mengusap wajah sendiri, kenapa dengan aku ni?? Aku kena guna-guna ke apa?? Kenapa aku terlalu rasa ingin menjaga dia, mengambil berat tentang dia, tentang dia yang langsung tak hiraukan keberadaan aku di sisi dia?? dan dia memang betul-betul bencikan aku!
Ya Allah, apa hikmahnya semua ni terjadi?? Aku menyesali takdir dan qadak qadar Tuhan untuk aku, padahal perbuatan tu sama dengan aku menyalahkan dan memarahi Tuhan, astaghfirullah! Aku kembali sedar dan beristighfar, nasi tengah hariku yang tidak daya untuk aku habiskan aku bawa ke kaunter untuk tapau dan bawa balik ke bilik. Malam nanti kut baru aku cuba habiskan, uhh alamatnya bertambah-tambahlah kurusnya aku nanti!**
*Khairul POV*
" Fazlah, awak dengar tak apa yang kita tengah bincang ni?" suara merdu seorang gadis cantik menegur di suatu malam yang indah.
" Apa benda kau nak aku cakap pasal perbincangan kita ni untuk menunjukkan aku mendengar, cik Hayati?" ego Faz berkata. Kakinya disilang panggung sambil muka berlagak hero, dia merenung tepat ke arah mata Hayati yang berada di hadapannya, agak jauh di sana. PSPnya diletakkan di atas meja.
" Apa yang awak faham dengan planning kita? Saya tengok awak asyik main Playstation aje," perli baik cik Hayati ni, memang cari pasal la.
" Kau ingat aku main PSP, aku tak dengar la? Aku tak pekak lagi. Okay, kau usulkan kita jual ice-blended dan bubble tea, kemudian jual strawberry and fruits chocolate dipping kononnya kan, plus biskut-biskut dan coklat homemade IKS (Industri Kecil dan Sederhana) makcik kau, why not kau tambah dalam list jual strawberry with fresh cream, else than that, boleh la kita beramah mesra dengan pelanggan-pelanggan, cari barang-barang dan sponsor bagai. Oh, kau nak mintak sponsor dengan berjalan-jalan di Jalan Tar, nonsense, kau bagi quotation, malam ni jugak aku mintak dengan papa, well done, ada benda lagi kau nak tahu, untuk membuktikan aku memberi perhatian atau tak, Miss Hayati binti Datuk Abdullah?"
" Em, okay then.. tak ada," pucat lesi Hayati menjawab, malu diperlaku sedemikian dan menyesal kerana dia mengambil tindakan sebegitu. Ego Faz terlalu tinggi untuk dicabar, dia pula pantang apabila seseorang tidak memberi perhatian pada apa yang diperkatakan sehingga membuatkan dia berani menegur Faz walaupun dia tahu bagaimana perangai Faz sebenarnya.
" Kalau tak ada, boleh saya minta diri, semua?" berlakon sopan la pulak, tapi kedengaran sinis di situ.
" Ikut suka kau la," kedengaran beberapa suara lelaki yang menyambut. Aku yang termasuk sekali di dalam kumpulan tersebut terkunci mulut dan terkedu sendiri. Ganasnya isteri aku ni, bukan dengan aku aje, tapi dengan semua orang yang cuba cari pasal dengan dia. Aduh, memang tak aku nafi lagi dia memang gangster! Gulp!
Aku lihat dia melempar pen dan buku nota kecilnya masuk ke dalam beg sandang hitamnya lalu mencapai PSPnya dan berlalu keluar dengan muka bengang tahap taiko kongsi gelap. Najwa ikut mengejar dari belakang dengan muka serba salah. Dah macam PA tak bertauliahla pulak kan. Faz ke hulu, dia ke hulu. Faz ke hilir, dia pun ke hilir. Kalau ke atas, aku pun tak tahu dia akan ke atas jugak ke?? Err..
Uhh, Faz, aku tahu kau baik, dan aku yakin kau sungguh cantik di dalam. Aku mengelap peluh yang keluar walaupun berada di dalam bilik studi kolej yang berhawa dingin. Wajah Faz masih membekas di fikiran.

ANDA SEDANG MEMBACA
Hero aku Tomboy
HumorSinopsis:- Khairul Ezzairy merupakan pelajar yang menitikberatkan soal agama telah menjadi popular kerana kelebihannya yang dapat melihat sesuatu yang paranormal dan telah membantu menyelesaikan kes misteri di universitinya. Kehidupannya yang biasa...