" Fazzy dah nak bertolak?" soal mama bila aku dan Faz menapak turun dari bilik.
"Emm," Faz menjawab ala kadar, nada seorang yang sedang merajuk, aku teka mesti Faz perang mulut dengan mama tadi sampai dia menangis.
" Khairul, makan dulu sebelum bertolak ya, ada macam-macam mak Minah sediakan," mama menarikku ke dapur.
" Tak apa la, ma, kami dah lewat, nanti sampai lewat-lewat pun tak elok jugak," ujar Faz menangkis pelawaan mama, aku juga yang telan air liur. Tapi, rezeki nak merasa sandwich ayam belanda dan nasi goreng cili padi masih ada sementelahnya aku melihat si Faz sibuk memenuhkan dua bekas tupperware untuk dibuat bekal. Mak Minah pula laju menghulurkan bekas minuman berisi air mineral dan air sunquick sejuk padaku. Aku juga pantas menyambut.
" Fazzy, hati-hati dalam perjalanan nanti, apa-apa beritahu mama, ya," pesan mama pada anak perempuannya itu, namun Faz pada penglihatanku cuma bereaksi seperti dengar tak dengar saja. Aku memandang sekilas pada wajah mama, bagaikan ada secalit rasa bersalah, mungkin disebabkan pertengkaran pagi tadi.
" Tak apa, mama tak perlu risau, saya boleh tolong tengok-tengokkan dia, insyaallah," kataku perlahan memujuk hati tua itu.
" Terima kasih, Khairul, mama percaya Khairul dapat jaga dia dengan baik," aku mengangguk mendengar jawapan mama. Kulihat Faz sudah menghidupkan enjin kereta BMW Five series berwarna kuning terang dan hitam miliknya. Muka makin lama makin toya, aku yang lapar ni pun tak setoya tu rasanya.
" Tak pergi dengan pak Rahman?" soalku selepas mendekatinya.
" Tak, aku drive," Jawab Faz pendek.
" Okay, kalau penat aku boleh ganti," sambutku ceria, kalau tak ada pak Rahman, okay jugak, agak-agak aku akan kekok tak dengan dia nanti? Kalau kekok jugak, buat-buat tertidur aje la, taktik lama, weh!
" Mama, saya gerak dulu, nanti dah sampai saya telefon," aku meraih tangan putih yang masih gebu itu lalu kucium penuh sopan. Aku jeling Faz, betul-betul merajuk ni, salam pun dia tak nak, duk buat-buat sibuk dengan kereta, entah apa yang sibuk sangat pun aku tak tau.
" Mama minta maaf buat Fazzy moody pagi-pagi buta ni, Khairul pula yang jadi mangsa," ujar mama kesal. Dia tahu kalau Faz merajuk, cakap la apa pun, mesti dia takkan dengar.
" Tak apa, mama, mama jaga diri, assalamualaikum!"
**
" Menantu soleh la konon?" suara Faz kedengaran memecah kesunyian yang menghiasi pagi yang indah itu selain suara Dj radio yang ceria menghiburkan pendengar.
" Mana ada, biasa la aku layan orang yang lebih tua daripada aku, standard aku memang macam tu,"
" Okay," diam. " Kau lapar kau makan la dulu, mana tau ini kali terakhir kau merasa sandwic ayam belanda," ujar Faz selamba. Air mukanya sudah hilang toya, diganti dengan muka tiada perasaannya.
" Maksud kau?" aku hairan. tapi apa aku kisah, ibarat pucuk dicita, ulam mendatang aku membuka tupperware nasi goreng cili padi dan mengambil sudu, laju aku suap masuk mulut. Sampai la..
" Wei! Kau nak mati ke??!" jeritan aku membuatkan senyuman sinis di bibir Faz terbentuk.
" Let's go to the heaven, mate!" enjin kereta mewah itu menderum kuat, bacaan meter aku jeling dah nak sampai 170km/sejam, aku dah berpaut kuat kat tepi tingkap, tangan aku boleh kira gigil la, cepat-cepat aku tutup tupperware dan lempar ke belakang. Tali pinggang keledar yang aku selalu abaikan sebelum ni laju aje aku capai dan pakai. Mulut pulak tak henti istighfar sebabnya si Faz ni perempit sejati rupanya, kalau tak ada kereta tak apa, ini kereta penuh di jalan! Menempah maut betul aku rasa bila kereta ni dia buat macam main game! Bila ada kereta yang menghalang, dia akan masuk jalan sebelah, memotong walaupun di lorong perlahan.
YOU ARE READING
Hero aku Tomboy
HumorSinopsis:- Khairul Ezzairy merupakan pelajar yang menitikberatkan soal agama telah menjadi popular kerana kelebihannya yang dapat melihat sesuatu yang paranormal dan telah membantu menyelesaikan kes misteri di universitinya. Kehidupannya yang biasa...