Bab 18

1.4K 27 3
                                    

' Wei, Am! Aku lambat sikit balik malam ni. Kau jangan selak pintu pulak! Tidur bawah jambatan aku karang! Hujan, beb! Aku tak boleh redah la. Lebat gila ni! Okay, cau dulu.' aku menekan butang merah pada handphone dan meletakkannya kembali ke dalam poket. Sekilas mata aku tenung ke arah jam di tangan, 11.23 p.m. Siot, lambat gila dah ni! Dah la assignment berlambak tak siap, ini meeting karut tu la punya pasal! Ada pulak suruh datang malam-malam gini? 24 jam tu, ada 12 jam siang, matahari memancar, kenapa la timing gelap bulan mengambang jugak yang dipilih?? Hairan jugak la aku!

Angin malam menerpa-nerpa ke tubuh membuatkan aku mula seram sejuk. Di hall luas depan fakulti, aku duduk di atas kerusi panjang sambil merenung ke luar. Hujan tak nampak gaya mahu surut, ditambah pula dengan kilat yang memancar, hui, hebat gila aku bersendirian keseorangan kesepian kat sini!

' Hai!' Sapa seorang mamat kiut, yang hadirnya langsung tidak disedari. Tetiba je muncul dengan baju dan seluruh badannya yang basah kuyup. Aku mengangkat muka yang sedari tadi merenung ke arah kasut aku ni aje. Nak membaca pun buku takde, tu jela kerja yang paling mudah dan paling membosankan yang boleh dibuat pun.

' Lebat kan hujan malam ni?' Mamat tadi dengan selamba badak kurusnya melabuhkan punggungnya di sebelah. Bajunya yang basah itu menyentuh sedikit kulit aku, membuatkan aku bertambah sejuk, aku pun menjauhkan sedikit tubuh aku daripada dia.

' A'ah. Agak lebat.' Lambat baru aku menjawab sapaan dia.

' Awak buat apa sorang-sorang kat sini?' Mamat itu bersembang dengan ala mesranya, membuatkan aku mula tak senang duduk. Aku merenung ke arahnya yang sedang memerah-merah hujung kemeja kuning airnya yang basah dengan penuh semangat waja di sebelah. Sedar, lelaki itu mengalihkan pandangannya dan melemparkan senyum comel khas buat aku. Gulp! Apa kes? Hantu pondan mau ngorat aku ke ni? Lelaki normal, supposedly, tak guna 'saya awak' nak cakap dengan lelaki. Dan dia ni, pandangan dan aura dia lain macam sikit la aku rasa. Pelik.

' Saya Ray. Nice to meet you!' Senyum comel masih tak lekang dari bibirnya, diiring pulak dengan tangannya yang menghulur minta disambut, membuatkan aku mula serba salah. Akhirnya aku pun menyambut tangan lelaki tu dengan wajah pucat. Aku tak sedia lagi nak jumpa hantu baru, beb!

' Saya nak balik kolej, tapi tersekat dekat sini, hujan lebat. Biasala kan, student, takde duit nak beli kereta.' Sembang sakan dia ni. Tak nampak ala-ala gaya hantu pun. Yela, hantu mana ada main sembang-sembang, jumpa je terus cekik! Mungkin betul la kot dia ni orang kan? Aku cuba mengambus perasaan yang mula tercetus dalam hati, yang mengatakan lelaki ni bukan manusia.

' Ooo.. saya pun sama. Datang meeting persatuan tadi. Diorang yang lain naik kereta, tinggal saya dengan motor kapcai terkulat sorang-sorang kat sini.' Laju da nsedap pulak guna perkataan saya dengan Ray ni. Haha wondering why?

' Oh, biasa tu. Orang kalau nak dapatkan apa yang dia nak, tak fikir perasaan orang lain dah kan, betul tak?' Ray membalas dengan membawa beribu maksud tersirat. Aku ketawa je, memikirkan Ray cuba nak bergurau. Kami pun bersembang panjang menunggu berhentinya hujan pada malam itu.

**

' Wei! Bila masa kau balik? Aku tak sedar pun?' Aku yang sedap berlingkar di dalam selimut pagi subuh tu terasa ada gegaran yang nyata. Muka Am terpampang di ruang mata. Kemudian, aku terjaga dan memegang kepala. A'ah. Bila masa aku balik dan tidur? Seriously, aku tak ingat langsung! Semalam.. aku sembang dengan Ray sampai tengah malam.. Then..? Apa jadi? Ish! Macammana aku boleh tak ingat ni??

' Entah. Aku pun tak tau la macammana. Dah la. Kau pergi solat, aku penat ni, nak tidur.' Am menggeleng-gelengkan kepalanya. Serupa mamat dadah je si Rul ni, apa kes?

Aku merebahkan kembali badan yang terasa amat penat serupa tak tidur seminggu. Aku mula berfikir-fikir, kemudian berusaha bangun kembali kerana memikirkan waktu Subuh yang tidak berapa panjang itu dengan aku yang masih tidak solat lagi.

Hero aku TomboyWhere stories live. Discover now