Bab 12

1.5K 63 2
                                        

Malam itu selepas aku pulang dari bilik study, aku terus menuju ke bilik. Aku rasa nak tidur, nak rehatkan otak yang penat berfikir sepanjang hari ni. Aku tolak pintu bilik, selipar Am tiada, selalunya kalau dia takde tapi pintu tak berkunci, harus lah dia ke tandas atau ke bilik kawan melepak. Selepas salam kuberi, aku langkah masuk ke bilikku yang teratur kemas. Am dah tahu dan masak sangat dengan perangai aku yang tak boleh tengok barang bersepah walaupun sikit, sampai la dia dah pandai mengemas sendiri tanpa perlu dengar khutbah agung aku. Aku tersenyum seorang diri memikirkan hal tersebut.

            Eh, ada orang la. Siapa ni agaknya? Kawan Am gamaknya kot. Ish, kesian betul dekat budak ni, ha. Ditinggalnya sorang-sorang dalam bilik. Yang Am ni pun satu, kalau ya pun, tak perlu la kot ditinggalnya kawan ni sorang-sorang.

            Aku cuba belek-belek budak yang sedang tidur dengan amat lena itu. Tapi, aku tak dapat nak tengok wajah dia sebab dia tidur mengiring ke dinding. Aku malas nak ambil pusing, tambah lagi budak ni dah sedap tidur siap berselimut atas katil Am. Serupa nak tidur sampai esok pagi. Jadinya, biarkan aje la, kesian orang tengah tidur aku nak kacau-kacau.

            Aku baring-baring sebentar di atas katil, bagi menghilangkan peluh yang merenik pada badan dan muka sebelum aku ke tandas memberus gigi dan mencuci muka. Solat Isyak aku awal malam ni, jemaah di surau. Senang kalau jadi apa-apa, sekurang-kurangnya aku dah solat, tak lah tertinggal rukun Islam yang wajib tu ha.

            Selepas lima belas minit yang ditemani bunyi dengkuran makhluk yang sedang tidur di atas katil Am itu, aku lantas bangun dan menukar seluar kepada kain tuala untuk ke tandas. Elok aje aku nak buka pintu, pintu bilik aku diketuk dan kedengaran suara lelaki yang lantang dari luar memberi salam. Aku dengan laju dan senang hatinya membuka pintu tersebut..

            " Kami dari Majlis Agama, kami terima aduan menyatakan yang encik sedang berdua-duaan dengan seorang gadis. Boleh kami masuk?" soal seorang pakcik berkopiah ditemani tiga orang temannya. Aku hanya mampu menganga. Apa?? Aku berdua-duaan dengan gadis? Biar benar pakcik ni?? Aku nganga lagi luas, aku rasa kucing menguap pun tak menganga seluas aku sekarang ni! Daun pintu aku biar terbuka luas (selepas ditolak oleh orang dari majlis agama), memberikan laluan untuk mereka masuk walaupun bukan itu yang aku nak buat!

            " Err, tapi tuan, saya takde buat benda macam tu, tuan!" Aku cuba mempertahan diri. Aku memandang wajah lelaki seramai empat orang itu silih berganti. Semuanya boleh dikatakan di dalam lingkungan umur akhir 40-an.

            " Ya, saya juga harap macam tu. Tapi, kami tetap memerlukan bukti untuk membuktikan yang awak tidak menipu. Diharap awak boleh memberi kerjasama." Seorang daripada mereka bercakap dengan tegas sambil membetulkan kopiahnya. Aku gelisah. Tapi, kenapa aku nak gelisah sebabnya aku memang tak buat salah langsung pun!

            “ Awak berdua dah kahwin? Sila beri I.C.,” Tanya seorang pegawai suloh dan jawapan yang diterimanya hanyalah gelenganku bersama ICku yang kuambil dari dalam poket slackku yang tergantung di dalam almari.

            " Uhh, apa bising-bising ni?" makhluk yang berdengkuran tadi bangun dan bertanya dalam keadaan mamai. Matanya yang ala-ala tak boleh nak dibuka itu dipaksa dengan gigih untuk dibuka juga kerana dari samar-samar penglihatan matanya kelihatan begitu ramai makhluk bernama Adam mengelilinginya.

            " Awak berdua disyaki telah berdua-duaan dan berkhalwat di dalam bilik ini, ya cik," kalau tadi aku yang menganga, tapi kali ni budak tu pulak menganga luas. Eh, macam aku pernah nampak muka dia ni.. tapi siapa?

            " Huh?? Aaa.. aa.. ku berkhalwat??" gagap dia bertanya dan dengan pantas dia bangun dari katil untuk berdiri. Masih tak centre sebab dikejut dengan tiba-tiba.

            " Pangg."

            " Aduh! Siot la katil ni!" Budak itu terjerit sakit terlanggar palang bawah katil double-decker Am sambil memegang dahinya laju menahan pedih. Matanya dikecilkan. Biol sekejap. Aku hanya ketap bibir melihat, aku faham rasa sakit dan peritnya macam mana. Tapi, aku dan Am sendiri hairan kenapa ada tiga katil dalam bilik ni, walhal yang ada cuma dua orang saja penduduk tetap di dalam bilik.

            " Kejap, kejap. Macam mana aku boleh ada dekat sini? Dekat mana ni?" dia lalu bangun menghadap pegawai majlis agama itu dengan seluar pendek paras lututnya dan t shirt hitam bertulisan Samsung.

            " Ish, takkan terlanggar katil sikit aje terus hilang ingatan?" perli seorang pegawai suloh yang berkenaan dengan agak sinis. " Untuk pengetahuan, cik berada di blok A, kawasan asrama putera kolej, tolong pakai selimut untuk tutup aurat awak ni," sambungnya lagi. Budak tadi yang mendengar arahan itu segera membulatkan pipinya dengan angin sambil mengambil selimut di atas katil Am dengan riak muka “aku tak tahu apa-apa, aku tak buat salah”.

            " Eh, bro! Bro ingat tak hari tu saya yang langgar bro? Tuan, dia ni lelaki, tak kan la tuan nak tangkap kami berdua-duaan kot? Kita bukan gay, kan?" ujarku (selepas aku berjaya mengecam) sambil meletakkan tanganku pada bahu bro tadi, yakni Faz yang aku terlanggar tempoh hari.

            " Memang aku bukan gay, sebab aku perempuan! Ish, sibuk aje!" jawabnya kuat sambil menolak tanganku yang sedang melingkar pada bahunya. Dahinya yang sudah mula membengkak biru itu diusap perlahan, dengan air muka yang keruh, dia menarik nafas dan menghembusnya kuat. Selimut yang dipegang tadi diselimutkan ke atas kepalanya kemudian melilit kain yang lebih pada pinggangnya bagi menutup bahagian kakinya yang terdedah.

" Hah??" aku macam tak percaya macam mana boleh ada perempuan dalam bilik aku, yang mana perempuan yang serius aku ingat lelaki! Aku laju menutup mulut tanda terkejut. Am tiba-tiba muncul entah dari mana. Keadaan di luar bilik agak kecoh dengan para pelajar lelaki yang mula mengerumuni bilik kami, kecoh sebab pasangan kekasih tertangkap sedang bercengkerama di dalam bilik, seperti yang sedang digembar-gemburkan waktu itu.
 " Apa dah jadi ni?" Am bertanya kecoh. Dia memandang mukaku dan muka semua makhluk di dalam bilik itu bersilih ganti. Pegawai suloh pula dilihat sedang berpusing-pusing di dalam bilik sempit itu mencari apa-apa bahan yang boleh dijadikan bukti sambil berbincang sesama sendiri ; mereka berdua ditangkap di dalam keadaan yang kurang mencurigakan walaupun berada di dalam bilik yang sama. Tetapi, kemungkinan mereka melakukan hubungan jenis sebelum tertangkap tetap ada kerana memang terbukti mereka berdua-duaan.
 " Weh, kau kenal tak mamat ni, Am?? Beritahu la dekat aku, beritahu yang dia lelaki, bukan perempuan!" aku bersuara kalut selepas Am tiba. Am terus blur diterjah sebegitu. Kalau tak blur, tu memang bukan Am! Aku pegang hujung dahi, tiba-tiba aku diperangkap dalam sesuatu kes yang amat berat di sisi agama. Berkhalwat dengan wanita! Tak pernah terfikir aku nak buat benda sebegitu, dah tu tuduhan berzina lagila aku tak boleh terima. Aduhai, ya Allah.. tolongla aku, hambaMu yang lemah lagi dhaif ini..
 " Ugh! Macam mana aku boleh berjalan sampai ke sini??" Faz tiba-tiba menjerit kuat, mengembalikan aku ke alam fana dunia ni, kemudian disambung pula jeritannya dengan makian "crap" dan segala benda yang boleh disebutnya dengan lantang di dalam bahasa Inggeris selepas dia berjaya mencari sebab-musabab kenapa dia boleh berada di situ. Dia tepuk dahi dan melurut rambutnya ke belakang.
 " Mamat celup betul dia ni, English pekat gila, sedap pulak aku dengar dia maki-maki macam orang putih tu, wei," terdengar bisik-bisik dari luar. Gila apa dia orang ni? Serabutla! Lelaki pun boleh tahan bergosip, sama naik aje dengan perempuan, aku mencebik sebelum aku kembali kelibut sendiri dan menghadap Faz.
 " Apa maksud awak, awak berjalan.. sampai ke sini, tapi awak tak tau macam mana??"

Hero aku TomboyCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang