Bab 1

5.1K 115 9
                                    

*Pandangan Khairul*

Minggu Haluan Siswa yang memenatkan aku sudah pun berlalu. Sudah cukup seminggu aku berada di universiti ini. Pening kepala dengan nak mengisi borang tu, borang ni, serabai gila! Tapi tak apa, sebabnya bukan senang nak dapat masuk U ni, aku antara orang yang terpilih, bak kata PM (Pembantu Mahasiswa) di kolej aku tempoh hari.

            Kolej ni bagi aku nampak cantik sebabnya sangat unik. Bangunannya diasaskan seperti rumah Melayu lama, yang lainnya hanya ia diperbuat daripada batu dan simen. Kelilingnya pula hutan, dah macam hutan simpan pun ada. Pagi-pagi memang seronok sebab nyaman dan tenang. Dengan bunyi-bunyi alam seperti cengkerik dan burung, memang aku suka. Tapi tenang tak tenang la jugak, sebabnya ada beberapa kawanan makhluk ciptaan Tuhan daripada spesis beruk dan monyet selalu mengganggu ketenangan awam. Cipan pun aku agak ada dalam hutan ni cumanya tak menunjukkan diri kepada umum. Err, pandai pulak aku buat cerita.

            Aku selalu ternampak pelajar-pelajar perempuan menjerit nyaring bila spesis beruk ni mengejar mereka, kesnya sebab beruk dan monyet memang pantang nampak beg plastik, nanti haiwan-haiwan ni akan fikir itu adalah makanan. Dan ayat yang selalu keluar daripada mulut para pelajar yang diganggu ialah " I hate you so much!" Tapi pada aku, mereka tak layak dibenci, sebabnya manusia juga yang mula-mula mengganggu tempat tinggal mereka, kan. Melayu Proton yang berusaha memajukan penempatan sendiri .

            Petang yang sedang merangkak ke arah senja itu, aku tolak pintu bilik aku yang tidak berkunci. Kelihatan Am sedang duduk-duduk di atas katilnya sambil terhangguk-hangguk. Telinganya ditutup dengan headphone. Layan lagu rock jiwang lagi la tu, tak pun rock kapak. Tak padan dengan lembutnya. Kasut sukan Nike yang diimport dari Thailand itu aku buka dan aku letak di atas rak kasut di luar bilik yang aku bawa dari rumah tempoh hari. Peluh yang keluar selepas aku penat bersenam tadi aku lap menggunakan tuala kecil yang tersidai pada bahu.

             " Assalamualaikum," perlahan aku berbisik sejurus melangkahkan kaki ke dalam bilik. " Weh, dah maghrib ni. Insaf-insaf la sikit, dengar orang mengaji ke ada jugak faedahnya daripada dengar lagu rock tak tentu hala macam ni," bebel aku pada Am sambil menarik headphone daripada terus melekat di telinganya. Tapi, macam la aku tak dengar lagu-lagu macam tu kan, aku ada dengar tapi berpada-pada dan cuma kadang-kadang.

            " Ala, kau ni Rul, dari dulu sampai sekarang asyik membebel aje tak habis-habis. Kau ni memang stok imam kampung betul," perli Am dengan muka protes sambil mata merenung aku. Headphonenya dibetul-betulkan kedudukannya. Bengang pun ada aku tengok daripada air mukanya.

            " Stok imam ke, stok ayam ke, baik kau tutup lagu-lagu tu dan solat, maghrib tak lama ni, nanti tahu-tahu dah Isyak," aku bising padanya lagi memanjangkan bebelan aku. Sikit pun aku tak hairan dengan komen berbisanya tu. Dia ni memang kena bebel selalu, kalau tak, solat entah ke mana, mengaji entah ke mana. " Jemaah dengan aku," ayat terakhir tu aku tengok Am dah tarik muncung. Kau ingat comel?

***

" Rul, Rul, kau tak dengar ke pasal kolej kita ni??" tanya Am semangat. Tapi, mukanya aku tengok tetap serius tak boleh lawan.            

" Kenapa dengan kolej ni?" aku bertanya acuh tak acuh sambil terus membaca komik. Bagus betul! Dah masuk U pun boleh nak membaca komik lagi. Aktiviti yang kurang beriman sikit berbanding membaca buku ilmiah, ehe. Tapi tak apa la, sebabnya kuliah pun belum mula lagi. Selalunya kalau aku pergi kuliah pun sekarang ni, pensyarah akan masuk tapi mereka hanya akan bercakap benda yang ringan-ringan tak pun bebel benda yang berfaedah aje.

Hero aku TomboyWhere stories live. Discover now